Hari ini, Penyelaras Parlimen Sik, Yang Berhormat Tajuddin Abdullah telah dengan rendah diri mengadakan satu majlis penting kepada beliau dan rakyat Sik yang akan berangkat ketanah suci, Makkah bagi mengerjaan ibadat haji yang berjumlah 92 orang.
Majlis berkenaan telah diadakan tepat pukul 2.30ptg dengan dihadiri sama oleh pegawai dari Tabung Haji dan bakal-bakal jemaah haji. Beliau antara lain berharap agar mereka terus menjaga tahap kesihatan mereka sebelum, semasa dan selepas mengerjakan haji, menjaga nama baik Malaysia dan mendoakan kesejahteraan serta keamanan Malaysia serta menjadi duta kecil 1Malaysia yang disegani tahap disiplinnya berbanding dengan negar-negara lain.
Antara mereka ialah seorang ustazah yang telah mengajar beliau mengaji AlQuran semasa dialam kanak-kanak dahulu. Beliau juga berharap mereka turut mendoakan kesejahteraan beliau agar beliau dapat terus menjalankan tanggungjawab beliau sebagai wakil rakyat dan pemimpin UMNO Sik.
**Beberapa hari terdahulu beliau ada menyuarakan hasrat beliau untuk memadamkan persepsi yang tidak benar mengenai beliau yang mendakwa beliau hanyalah Ketua Bahagian UMNO Belantik yang seolah-olah menunjukkan beliau cenderung berkhidmat diDUN beliau sahaja. Walaupun sebelum inipun khidmat beliau diberikan secara menyeluruh atas kapasiti beliau sebagai penyelaras Parlimen, tetapi khabar-khabar angin terus bertiup untuk menyegarkan persepsi tidak sihat ini. Aku harap beliau segera melakukan pemutihan terhadap persepsi ini memandangkan jurang beliau dengan rakyat Sik tidakpun terlalu renggang. Hanya yang menjauhkan diri dari beliau bertanggapan negatif.
Pada aku YB Tajudin juga perlu melihat senior-senior yang terus setia dengan UMNO hatta dari era sebelum Tan Sri Paduka Dr Hamid Othman( jika masih hidup) dengan menemui mereka secra lebih kerap untuk memerah 'santan' politik dari mereka untuk digaul dengan pendekatan beliau sendiri bagi menghasilkan pendekatan jitu politik UMNO Sik kerana bagi aku YB Tajudin akan beroleh keberuntungan jika dapat menimba pengalaman lampau yang berguna dari senior-senior UMNO Sik. Aku masih berkeyakinan bahawa UMNO tetap utuh di Sik.
Tanda awal STD: Simptom, Ujian & Rawatan Awal
2 weeks ago




0 Responses to MAJLIS MERAIKAN JEMAAH HAJI YANG BAKAL BERANGKAT KEMEKAH DISIK