Semalam aku dan kawan-kawan berada diBagan Pinang sehinggalah pukul 5 petang, iaitu setelah masa mengundi selesai. Kami terus berada diBilik Gerakan Taman Intan Perdana, sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang kami semua disitu atas tujuan supaya disaat-saat akhir kesemua pengundi awam keluar mengundi dan membantu BGTIP jika dalam keadaan tertentu seperti kekurangan petugas kenderaan dan kenderaan dapat diatasi. Sehingga saat-saat yang kami anggap critical zone pihak kami masih lagi keluar kerumah-rumah penduduk untuk terus merayu mereka supaya pergi kepusat-pusat mengundi untuk menunaikan tanggungjawab sebelum pukul lima. Aku sempat juga pergi kerumah salah seorang pengundi untuk memastikan pengundi yang aku maksudkan keluar mengundi walaupun disaat-ssaat akhir.
Maklumlah, peti undi kami adalah salah satu kawasan peti undi yang panas, ini menyebabkan ramai pengundi beranggapan mereka lebih selesa dan selamat jika keluar mengundi pada lewat petang ketika militan-militan hijau pis keletihan setelah beraksi berok ala kingkong yang piantan biang pada sebelah tengahari membawa keawal petang. Memang mereka akui benar-benar tidak selesa melihat berok-berok militan hijau itu terkinja-kinja melaung yang entah apa bahasa dan entah apa gaya ketika melihat ketibaan pengundi-pengundi ditempat membuang undi.
Ternyata andaian aku bahawa mereka sengaja mencipta keadaan untuk menimbulkan keresahan penduduk tempatan tidak berjaya dengan sepenuhnya kerana mereka juga lupa bahawa sebahagian besar penduduk awam Port Dickson adalah juga bekas-bekas pejuang yang mempertahankan negara suatu ketika dulu dimana semangant kecintaan mereka berada ditahap tertinggi pada setiap masa dan tahu parti mana yang selama ini berbakti atas kebajikan mereka-mereka sebagai pejuang negara setelah parti berkenaan berjaya membentuk kerajaan.
Jika pihak pembangkang memasang pelbagai strategi untuk mengurangkan majoriti pengundi awam yang keluar mengundi, penduduk yang menjadi pengundi juga mempunyai perancangan mereka sendiri untuk mengelak apa yang mereka gelarkan 'sabo' pihak militan hijau. He he he he...istilah SABO menjadi mainan bibir aku setelah mereka memperkenalkan isitilah ini kepada kami, petugas-petuags parti. Umpama buku bertemu ruas bila militan hijau yang merancang SABO tersungkur dengan ANTISABO pengundi awam bekas pejuang yang biasa dan mahir dengan taktik perang dan taktik psiko musuh.
Kami berempat meninggalkan TIP, Bagan Pinang dan Port Dickson pada petang itu dengan perasaan lega, kerana telah selesai tugas kami membantu mereka, puas kerana tugas itu kami jalankan dengan teliti dan bersungguh-sungguh, seronok dengan berita yang kami terima dari massa kesemasa, sayu kerana terpaksa meninggalkan seluruh penduduk-penduduk Taman Intan Perdana dan Taman Bukit Perdana dan juga Taman Politeknik yang telah menjadi begitu rapat dengan delegasi UMNO Kedah, delegasi UMNO Sabah dan juga UMNO Bahagian Rasah.
Aku bermohon kepada Allah dan berharap kepada Yang Berhormat Tan Sri Isa Samad agar sentiasa menemui seluruh rakyat Parlimen Telok Kemang secepat mungkin bagi menjalankan tanggungjawabnya sebagai ADUN Bagan Pinang dan Ketua Bahagian UMNO Teluk Kemang kerana rakyat sebenarnya masih sayangkan UMNO/BN. Prestasi beliau dalam masa terdekat ini akan menjadi sebahagian dari KPI UMNO seluruh negara. Tiada masa bermimpi untuk TSIS!!!!
Play88 Review – Everything You Need to Know
1 week ago
0 Responses to GELANG SIPAKU GELANG.......