Pilihanraya Permatang Pasir masih lagi hangat diingatan. Keputusannya tidak payah diungkit lagi. Dilubuk mereka tidak ada pengundi hantu, yang ada penghuni hantu dimana terdapat lebih dari seratus penghuni mendiami rumah seluas sekangkang kera. Disana juga tiada pengundi POS, hanya yang ada ialah pejabat POS, kerana apa? Kerana itu lubok depa.
Namun situasi sekarang amat berbeza, bila PRK kali ini membabitkan kawasan yang depa 'susah nak makan'. Kalau Permatang Pasir ibarat 'jentik kerongkong', tetapi Bagan Pinang ibarat 'sangkut dikerongkong'.
Janganlah pula artikel aku kali ini disalah anggap seolah-olah membuka pekung, tetapi anggaplah ia jadam yang memulih. Janganlah sikap diPermatang Pasir terus diamalkan oleh penyokong UMNO dan BN di Bagan Pinang. Jagalah bendera parti, hormatilah ia. Kalau perlu dikilek, kileklah, kalau perlu diselimut, selimutlah ia, kalau perlu dililit, lilitlah ia. Tetapi janganlah dibiarkan tersadai dipagar, terdampar dirumput, terkeronyok ditanah, tersangkut diranting. Gambaran di Permatang Pasir jangnalah diulangi diBagan Pinang. Jangan malukan UMNO dan BN, jangan malukan Tan Sri Isa Samad dan UMNO Telok Kemang. Dan setelah berkalan dijamah, janganlah disepah sepah yang tinggal, bersyukurlah......apa salahnya kita buang kedalam tong sampah? Betul ada petugas untuk membersihkan, tetapi apakah alasan ini rasional untuk kita menyepah? Kita juga yang marah apabila mereka kata kita seumpama BERUK diberi bunga. Air disedia, makan disiap.
Berbanding mereka yang datang penuh semangat dan peniaga kecil dapat tumpang cari rezeki kerana yang datang dari jauh sedikit benar yang ada 'sponsor'. Tetapi sesudah penamaan, masing-masing menggulung dan mengilek bendera, ada yang meriba diribaan.....tirulah! Tiru yang baik tak ilang biso eh.....
DiBagan Pinang, penyokong UMNO dan BN perlu menyerapkan diri dengan perasaan bangga terhadap lambang keramat UMNO!!!! YAAA!!!!jadikan BAGAN PINANG pelantaq pemulih semangat!!!!
Play88 Review – Everything You Need to Know
1 week ago
0 Responses to MENJELANG HARI PENCALONAN