Setelah mendapat panggilan dari salah seorang teman bertanyakan hal status tanah berkenaan, aku terus pergi keBilik Gerakan Taman Intan Perdana untuk berjumpa dengan Ketua mereka ,iaitu Encik razak Arifin dan juga Pemuda beliau Encik Azizi untuk menanyakan hal yang sebenar mengenai kononnya tanah berkenaan tidak diluluskan untuk pembinaan sekolah berkenaan.
"Provokasi! Provokasi!". Inilah luahan serentak suara mereka apabila aku ajukan pertanyaan ini. Ini kerja orang gila, orang yang dah tak betul 'tune kepala' dia orang kata Azizi. Awat la hal masa depan anak-anak kita yang nak pi tuntut ilmu pun depa nak provok? Kata Abang Razak pula. Depa ni dah habih pikiaq ka?
Sebenarnya tanah berkenaan telahpun dibeli oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pendidikan dengan tuuan khusus untuk membina sekolah yang dimaksudkaan kerana keperluan mendesak. Jumlah keseluruhan rumah-rumah di Taman Intan Perdana dan Taman sekitarnya adalah berjumlah lebih dari4000 unit membolehkan kawasan berkenaan menerima kemudahan sekolah kebangsaan dan sekolah menengah untuk anak-anak mereka belajar dan seterusnya berjaya dalam akademik sebagai bekalan hari muka.
Selepas mendapat pengesahan aku terus menalipon teman kau tadi dan menasihatkan dia terus bertanya dengan pihak yang berkaitan seperti Pejabat Tanah Port Dickson, MPPD dan pejabat Menteri Besar. Selepas dia menalipon pihak-pihak yang aku cadangkan ternyata kesemua mereka membuat kenyataan bahawa projek berkenaan adalah akan diteruskan. Alhmdulillah untuk penduduk Taman Intan Perdana dan kawasan sekitarnya.
Jika selama ini anak-anak mereka pada setiap pagi terpaksa berasak-asak didalam feri sekolah kerana hendak pergi sekolah yang agak jauh dari rumah mereka, mungkin dalam masa tidak sampai dua tahun dari tarikh perlaksanaan kerja-kerja tapak projek berkenaan, anak-anak mereka hanya samada perlu berjalan kaki atau berbasikal untuk kesekolah. FIKIRKANLAH SIAPA YANG HANYA PANDAI BERTEATER DAN SIAPA YANG BENAR-BENAR BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT?
Play88 Review – Everything You Need to Know
1 week ago
0 Responses to TANAH CADANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN INTAN PERDANA TIDAK MENDAPAT KELULUSAN.......