SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

JANGAN TERUS MENGOMEL:KETUA CAWANGAN PUN WAKIL RAKYAT!

Posted by Detguaq Monday, October 19, 2009


Jika mengikut rentak, tidak ada satupun yang sempurna bagi mereka. Semuanya salah, semuanya pincang. Padahal dahulu merekalah yang memilih, kini mereka pula yang nak menyembelih. Suatu ketika dahulu, majoriti ahli-ahli UMNO dicawangan mahukan perubahan terhadap status dan personaliti Ketua-ketua bahagian, termasuklah UMNO Jerai. Rentak mereka termasuk aku ialah mahukan golongan koporat yang berimej sederhana menjadi Ketua Bahagian mereka(termasuklah aku). Dan setelah mencukupi pencalonan dan layak bersaing untuk menduduki tempat Ketua Bahagian UMNO Jerai, hasil dari jumlah pencalonan yang diterima maka sepatutnya UMNO Jerai kini berada dalam keadaan bersatu, kerana defisit antara Dato' Suhaimi Abdullah dan pencabar beliau agak besar juga. Ini bermakna mandat beliau adalah mantap. Malangnya sehingga kini keadaan ini tidak berlaku.

Walaupun keadaan in berlanjutan, tetapi nampaknya usaha-usaha kearah itu belum menampakkan hasil. Dan keadaan bertambah senget bila sehingga kini tidak semua sayap berada seiring dengan saf kepimpinan Bahagian. Ini diakui sendiri oleh beliau dan barisan AJK Bahagian. Dan terkini, sudah ada beberapa kerat Ketua-ketua cawangan sudah mula merungut inginkan Ketua Bahagian berfungsi seperti Ketua Bahagian period yang lalu. Mereka mahu Ketua Bahagian selalu ada pada tiap-tiap kenduri-kendara, melihat mereka ketika sakit demam juga menziarahi kematian.

Aku juga seketika terdorong untuk berfikiran yang selari dengan kemahuan mereka. Mana mungkin ini terjadi. Dato' Suhaimi bukan seperti Tok Bad. Tupun bukan selalu Tok Bad yang hadir jika ada jemputan, selalunya di'passing' kepada Datuk Razak sebagai wakil jika ada jemputan-jemputan mahupun lawatan-lawatan. Dan aku yakin hampirr 75% jemputan kenduri-kendara berkaitan perkahwinan adalah datang dari ketua-ketua cawangan, jika dari ahli-ahli akar umbi tidak sebanyak manapun. Tetapi peranan Datuk Razak dapat mengimbangi 'demand' dari ketua-ketua cawangan kerana sikap beliau yang mudah bergaul dengan orangramai sehingga kini. Namun, akibat ketiga-tiga pemimpin teratas kini kesemuanya tinggal diBandaraya Kolompo, maka peranan alternatif menjadi lompang. Kelibat Dato' Suhaimi sebenarnya dapat diimbangi jika ada kelibat timbalan beliau, iaitu Tuan Haj Fadzillah ataupun Saudara Ikmal. Namun koordinasi ini belum dapat dilakarkan diJerai kerana masaalah seperti yang aku katakan tadi. Hanya saudara Ikmal aku nampak sedikit sebanyak dapat melayani kehendak ini, tetapi adakah kelibat beliau secara otomatik dilihat kelibat yang menggantikan kehadiran Dato' Suhaimi? Apakah dirasai begitu oleh ketua-ketua cawangan?

Bukan setakat itu, jika ada hal-hal kecemasan kehadiran mereka amat dirasakan ketiadaannya. jika hanya pembantu peribadi-pembantu peribadi mereka sahaja yang pergi ketempat bencana, pada pandangan ketua-ketua cawangan, ianya hambar tak bergula.......

HELLO! HELLO! HELLO!...... Zaman dah berubah......kita yang memilih maka kita juga sepatutnya cepat menyesuaikan diri. Bukankah kita yang memilih mereka? Bukankah kita yang mahukan mereka? Bukankah kita sudah tahu status pekerjaan mereka? Mengapa terus memahat rumah UMNO Jerai yang dah siap? Belajarlah mendudukinya mengikut keadaan.

Aku lihat peranan AJK-AJK diBahagian perlu ada anjakan paradigma. Mengapa mereka bertanding sebagai Ahli Jawatankuasa Bahagian dahulu? Adakah sekadar untuk berseronok-seronok duduk ditemapt-tempat yang lebih tinggi didalam dewan sambil menyilang kaki dibelakang pemimpin ketika berucap dirostrum sambil mengangguk-angguk kepala seperti cendiakawan padahal tidak faham apa satu pun. Menang hanya kerana rajin pergi menyondol kecawangan-cawangan ketika adanya mesyuarat pemilihan. Kemudiannya bila berada di barisan AJK bahagian, yang sepatutnya menjadi penolong bermandat kepada Ketua Bahagian tetapi malangnya ini tidak berlaku. Sebaliknya mereka turut terkinja-kinja mengkritik Ketua bahagian keran tidak dapat memenuhi 'demand' mereka yang agak sukar dipenuhi oleh Ketua bahagian seperti Dato' Suhaimi. Bagi aku merekalah yang sepatutnya menjalankan peranan KB ketika KB tidak dapat berada dikawasan masing-masing. dan ini bukan pula beermakna KB boleh lepas tangan. Ini sudah tidak betul juga. Keadaan ini sepatutnya hanya bila keadaan terdesak sahaja. AJK bahagian ada mandat dari ketua-ketua cawangan, ketua-ketua cawanganlah yang memberi mandat, kerana dalam kebanyakan pertandingan merebut kerusi bahagian, mereka selalunya berada dalam satu pasukan. Mengapa pula bila tiba masa untuk berkhidmat, semua jari menghala kepada KB sahaja? Lebih bermasalaah ialah bila pembantu-pembantu kepada KB walaupun ramai, namun tidak disenangi oleh ketua-ketua cawangan.

Dan sebagai kesimpulan, aku berpandangan pada alaf memilih KB dari kalangan Prefessioanl Korporat, maka sikap ketua-ketua cawangan juga pelru berganjak dari takuk lama, dimana jika sebelum ini mereka umpama posmen kepada ahli-ahli (kebanyakannya posmen kepada diri sendiri sahaja), mereka sudah kena berubah. Fungsi mereka kena berubah. Mereka perlu menjadi wakil rakyat kepada komuniti kecil mereka dalam menyelesaikan setiap permasaalahan terutama yang tidak membabitkan PERUNTUKAN. Bukannya menjadi posmen. Biar posmen buat kerja posmen.

APAKAH PERKARA INI JUGA BERLAKU DIBAHAGIAN YANG KETUA BAHAGIAN MEREKA ORRANG KORPORAT YANG TINGGAL DIKUALA LUMPUR?

3 Responses to JANGAN TERUS MENGOMEL:KETUA CAWANGAN PUN WAKIL RAKYAT!

  1. Ada juga Ketua Bahagian dari kalangan profesional/korporat dan tinggal di luar kawasan, namun memberi perkhidmatan/sumbangan cukup baik kepada rakyat. Ada pula Ketua Bahagian dari kalangan anak tempatan, tapi perkhidmatan/sumbangannya cukup mengeciwakan.

    Ada juga Ketua Bahagian dari kalangan cerdikpandai/berijazah tapi tidak dapat memberi perkhidmatan/sumbangan sebaiknya kepada rakyat. Sedangkan ada Ketua Bahagian tanpa apa-apa sijil kelulusan,namun memberi perkhidmatan/sumbangannya cukup cemerlang.

    Maksud Ekeng, soal utama ialah sikap atau sahsiah individu bukan profession atau kelulusan yang menjadi penentu.

     
  2. Anonymous Says:
  3. CCTV setuju ngan Ekeng yg penting bukan cerdikpandai/berijazah tapi adalah individu yg buat kerja dgn tak buat kerja. Sebenarnya nk jd pemimpin ni senang ye la lobi sana lobi sini MENANG la tapi nak buat melaksanakan tanggungjawab n SUSAH! Kalau senang semua orang nak jadi pemimpin..BETUL TAK?

     
  4. detguaq Says:
  5. Ekeng, CCTV,

    Anda berdua betul. Sisi pandangan oleh Ekeng merangkumi kepelbagaian rentak dan rencah diBahagian-bahagian UMNO masing-masing dan berlaku diseluruh Negeri yang UMNO ada ahlinya. Tujuan aku skop kepada Bahagian aku ialah ingin meluahkan pandangan dan rasa reash hati seorang insan kerdil marhien UMNO yang ingin melihat mereka-mereka yang diatas agar melihat kepentingan UMNO melebihi kepentingan peribadi.

    Mengenai tahap akademik pemimpin, kita harus akur bahawa kebanyakan ahli-ahli UMNO kini mahukan pemimpin mereka bukan ssahaja terpelajar, lulusan peringkat tertinggi ikhtisas mereka dan berjaya dala mkerjaya yang mereka ceburi sebagai tauladan kepada anak-anak mereka. Itu yang aku alami diJerai.

    Namun ada juga bahagian yang Ketuanya tidak setinggi mana tahap ikhtisas mereka, namun tidak malu belajar waima dengan marhien seperti aku tentang perkara-perkara yang mereka tidak tahu dan ingin tahu. Aku sedang mengalaminya sekarang, kerana itu aku berani bercakap begini. Dan bagi Ketua-ketua Bahagian yang hebat tahap ikhtisas mereka tentunya kebolehan yang setakat aku ada tidak bernilai kerana kakitangan yang mereka sebagai majikan lebih jauh tahap ilmu yang mereka miliki dan dapat mereka eksploit apabila keadaan memerlukan.

    **Rasa dihargai bila dapat bertukar-tukar pandangan dengan YB yang menggelar dirinya YB PPRT sahaja....

    Ada juga pemimpin-pemimpin UMNO Kedah yang hanya bercakap dengan aku tetapi memandang garis fatamorgana.....bercakappun loyyyyy

    Dan aku suka mereka yang bila bercakap dengan aku ada eye contact, menunjukkan mereka fokus dengan apa yang dibualkan waima berlainan pandangan dan pendekatan.

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO