Nasi kandaq merupakan antara makanan kegemaran rakyat malaysia yang berbilang bangsa , ekspatriat, PADI dan PATI. Dimerata-rata kampung, pekan kecil, pekan besar, bandar kecil, bandar, bandaraya, metropilitan, IPTA, IPTS, KLIA dan lain2 lapangan terbang, Kompleks Kerajaan seperti diPuterajaya, Hospital-hospital dan pelbagai lokasi lagi. Lazimnya ianya dikuasai oleh mamak-mamak Malaysia dan ada juga kaum India yang berugama Hindu menyelitkan diri. Dan jangan hairan jika kaum Cina Malaysia juga ada yang menjalankan perniagaan nasi kandaq ini sepertimana juga nasi lemak dan roti canai. Tetapi kedai ini bossnya adalah melayu. Selain beliau Hj. Ramli juga menjadi sebutan. Tetapi jika dibandingkan, harga makanan disini adalah lebih berpatutan.
Sebut pasai roti canai, jika tahun tahun kebelakangan hendak mencari wanita sebagai penebar adalah hampir mustahil, begitu juga penebar dikalangan bangsa Cina, tetapi kini ia bukan lagi sesuatu yang mustahil. Saya pernah melihat seorang lelaki cina menebar roti canai di SS2 Petaling Jaya semasa saya tinggal sekejap disana. Dan kelibat wanita yang menebar roti canai sekarang merupakan fenomena yang lumrah, seperti lumrahnya kita bertemu pemandu teksi dan bas dari kalangan wanita.
Berbalik kepada kisah Nasi Kandaq Batu 1, Bedong yang amat digilai sekarang ini, saya amat kagum dengan usaha bersungguh boss nasi kandaq berkenaan. Selama saya ikuti perkembangan beliau, eloklah saya paparkan disini sebagai tauladan. Secara ringkas, beliau bukannya memperolehi kejayaan ini dengan mudah. Beliau mengorbankan hampir sepuluh tahun ditempat yang sama sebelum "BOOM"! Merangkak dengan menawarkan kursus menebar roti canai dan memperdagangkan roti canai beku, perjalanan perniagaan agak perlahan, sehinggalah beliau melebarkan sayap dengan menambahkan satu portfolio iaitu nasi kandaq dan ketering. Bermula dengan sambutan dingin, namun berkeyakinan tinggi, beliau terus menjalani kegiatan dengan tabah. Dari terpaksa melambai dan menggamit untuk menarik perhatian pelanggan, kini kerap pula tangan digawang menghala kejalan untuk memberi isyarat lauk-pauk sudah habis dan perniagaan terpaksa ditutup awal.
Jarang benar roti canainya yang tebal lagi gebu, segebu anak gadis yang bekerja penuh mesra melayan pelanggan tinggal berbaki. Seawal pukul sembilan malam yang selalu dapat dilihat hanyalah besen kosong, kulai kilat berminyak dan bekas berisi minyak nyioq yang hanya tinggal.
Seawal pukul tiga petang, perniagaan dimulakan, kecuali hari Ahad dan jika ada tempahan 'catering', jarang operasinya melintasi pukul 12 tengahmalam. Paling-paling lewat pukul 11 malam sudah boleh lihat pekerja-pekerjanya mencuci periuk. Lauk yang menjadi 'killer menu' ialah...aaaa....aaa....ehh...mana ada 'killer menu'! Semua lauk-pauknya setaraf. Habis hampir serentak pada tiap-tiap hari.
Lihatlah semasa pelanggan sabar beratur, tidak ada barisasn untuk melayu sahaja, atau melayu satu barisan, kaum lain satu barisan. Atau dengan kata lain semua bangsa beratur dalam satu barisan!!! Nampaknya nasi kandaq adalah salah satu wadah untuk menyatukan bangsa malaysia!
Secara peribadi aku paling menyukai sambal sotong yang disediakan pada setiap hari. Sotongnya besar-besar dan harga berpatutan, malahan semua harga lauk-pauk adalah berpatutan.
Aku dimaklumkan mereka akan berpindah kepremis baru yang lebih 'environmental' atau dalam bahasa kebangsaannya ialah envairomental untuk kekomfortabelan klien. Kedudukan premis baru adalah dalam row yang sama tetapi lokasinya dihujung tanjung blok tersebut. Semuga site baru ini akan menggamit lebih klien pada masa hadapan, insyaAllah.
Play88 Review – Everything You Need to Know
1 week ago
awat buat promo nasi kandag batu satu......dapat makan free ka apa ka?........he he he.....
Hanya ingin membantu kerana sekadar rasa terpanggil untuk free promo!
War-warkanlah kehebatan rasanya.....
Free? Depa bagi gear free!!!
Bang Det,
kalau lagu ni bila balik kpg nanti nak kena singgah ni... perghh!!!
Hang buat aku lapaq....muahahhaha...
red rooster,
jgn lupa ajak saya sama, leh gak berkenal-kenalan, menambah sahabat membina silratulrahmi.
Duke,
jgn tak cuba....
Nanti kalau cemuih tulis bab politik lagi, aku akan tulis bab-bab kedai makan kepunyaan melayu yang sedap2 lagi.
Paktam nak jual nasi kandaq tapi warung Paktam kecil jer... tak celuih org nak berbaris...
Pak Tam,
Sapa kata ta kceluih, mamak malabar pakai kandaq jer, tak payah ada kedaipun! Janji lauk pauk sedap. Depa kata mamak suka boh daun ganja sikit dalam nasi, nak bagi sedap, naik Syan....