Tadi aku baru membaca dari blog medanmas-tempursakti yang memaklumkan bahawa pada 1hb ogos 2009 akan diadakan mesyuarat agung tahunan umno bahagian jerai. Dan Dato' Noh Omaq akan meresmikan mesyuarat itu pada sebelah pagi.
Baguihlaaa.....kena dah dengan bahagian yang dia nak pi rasmi tu. Jerai adalah antara penyumbang hasilan pertanian utama seperti padi dan sayur2an. Jerai juga berpantai dan ada nelayan, cuma penghasilan tangkapan ikan yang ada sekarang selalu cukup untuk bekalan tempatan, mungkin ada ruang kelemahan yang boleh Dato' Noh ndap dan baiki. jerai juga ada getah dan sawit, peladang-peladang sektor ini juga wajar merebut peluang untuk bertemu secara mata bertemu mata bercermin dgn Dato'. Jadi dari segi agrikultur jerai ada semua. Tak lupa juga kepada pengusaha kolam ikan dan udang baik kecik atau besaq. Eh eh penternak ayam bersaiz ladang juga ada. Ini peluang besar ni!
Berbalik kepada mesyuarat yang nak diadakan tu dan juga tetamu yang akan hadir nanti cuma satu aku harap, iaitu terjemahkanlah slogan rakyat didahulukan dengan mengurangkan acara-acara berprotokol seperti menyemat bunga didada baju dan makan berasingan dari marhaen. Tetapi kalau ndak sambut dengan gendang silat, tu aku tak bantah. itu budaya. bunyi gendang silat tu aku cukup suka, naik semangat!
Dan aku dok 'wondering' apakah Dato' Bad akan turut hadir? La lupa pula, sahih dia kena hadir, pasai dia pengerusi FAMA Pusat. Tak kan nak buat majlis lain pada hari yang sama pula sebab YB Guaqpun kenalagh juga tunjuk muka sebab dia ADUN BN dan yang mai ni menteri pusat. Dan AJK Pemuda Bahagian juga tentu akan hadir unutk menghormati tetamu yang juga merangkap menteri pusat. Bukan apa, KPI nak kena jaga! To' Razak tentu punya dah kerana aku sering nampak dia hadir dimajlis-majlis 'local' anjuran UBJ.

0 Responses to MENUNGGU KEDATANGAN ABANG NOH OMAR