Aku sempat mendengar ucapan DSNTR bersempena 100 hari beliau sebagai Perdana Menteri. Isi ucapan beliau juga boleh dibaca dalam portal beliau, iaitu 1Malaysia. Berkenaan visi beliau, aku harap dapatlah ianya dijayakan dengan baik walaupun tidak 100%.
Seperti biasa selepas ucapan diadakan sedutan wawancara dengan rakyat untuk mendapatkan pandangan dan harapan mereka. Rata-rata yang melepasi tapisan semuanya memuji langkah yang beliau ambil. Aku sendiri juga mengambil pandangan sederhana tentang pengumuman beliau itu.
Aku juga berharap ianya bukanlah retorik semata kerana masih aku ingat ttg seorang pemimpin yang sungguh idealis pada permulaan penjawatannya. Dia mencari dua orang manusia hebat (yang telah tiada) dan sehinggalah dihujung pencariannya, beliau tidak berjumpa. Apa yang beliau temui ialah pintu keluar dari jawatannya. Dia juga menggesa untuk bekerja bersama-sama beliau, padahal sebelah petang begitu sibuk dengan golf dan semasa mesyuarat kerap tertidur menyebabkan banyak keputusan eksekutif dan eksklusif dibuat oleh orang lain dan tugas sebenar beliau hanya membuat endosmen.
Aku juga terkenang akan pemimpin itu yang terus bersajak diawal penjawatannya, dan aku harap DSNTR tidak menjadi seperti itu, dimana sajak beliau hanyalah untuk dideklamasikan bukan sajak yang berpijak.
Harapan
Di wajah suci anak-anak ini ku lihat sinar
Di hati murni mereka terpahat sebuah impian
Andai sengketa membelenggu sesama
Andai kerakusan menguasai kita
Ke manakan tumpah harapan mereka
Kerna,
Di bahu kitalah terpikul segunung amanah
Di jemala kita terjunjung selaut ikrar
Melunas sumpah, menunai janji
Ayuhlah,
Rakan dan taulan, sahabat dan saingan
Lupakan beda lebihkan menerima
Bertatihlah bersamaku, kita berjalan seiringan, kita melangkah sehaluan
1 suara, 1 impian, 1 harapan, 1Malaysia
***************************************************************************************
Apakah sajak DSNTR akan menjadi sebuah sajak yang berpijak?
Play88 Review – Everything You Need to Know
1 week ago
0 Responses to UCAPAN DSNTR SEMPENA 100 HARI SEBAGAI PERDANA MENTERI.