SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

100 Hari DSNTR sebagai PM.

Posted by Detguaq Saturday, July 11, 2009


Tahniah kerana berjaya mengharungi seratus hari berkerja sebagai Perdana Menteri Malaysia. Untuk berlaku adil aku secara peribadi berpandangan bahawa DSNTR telah berusaha semampu mungkin untuk menunjukkan prestasinya, namun sebagai hamba Allah yang tidak sesempurna AlKhalik, maka ada juga sisi-sisi gagal yang jelas dilihat(pada pandangan akulah).

Antara kejayaan beliau adalah berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan persekutuan dari Abdullah Ahmad Bedawi yang secara umum rrrakyat mengakui kegagalan serta kelemahan mengatasi sedikit kebaikan dan kejayaan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 5. Beliau juga dengan segera telah berjaya mencipta slogan baru bagi menggantikan slogan lama, iaitu 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan bagi menggantikan cemerlang..... lang....lang. Seterusnya berjaya memperbaharui kabinet bagi menggantikan kabinet lama yang telah rosak. Cuma dalam kabinet baru ni masih ada pintu-pintu dan laci(drawer) lama yang diubah tempat untuk memberi perubahan kosmetik(benda ni kgd2 perlu). Dan dimaklumkan juga laci kabinet bertingkat empat pula telah berjaya disusun dibeberapa bahagian baru agar tidak 'berapa nampak sangat'. Dan ada juga laci tu hendak di pasang kepada kabinet rumah lain yang diketahui tuanrumahnya adalah pengusaha minyak. Dan sehingga kini beliau telah berjaya menerima elaun sebanyak 3 bulan atas tugas sebagai perdana Menteri. Berapapun nilainya aku redho kerana beliau layak menerimanya atas tugasnya sebagai Perdana Menteri. Hangpa toksah dok dengki!

DSNTR juga berjaya melayan dengan baik LKY semasa menjadi tetamu istimewa yang boleh masuk sampai kedapur tuan rumah dan melawat keseluruh pelusuk rumah dengan bebas. Dan selepas itu dia menerima 'pujian' dari Berek Obama yang telah menaliponnya dari Amerika. 'Pujian' yang ada makna tersirat dan sudahpun tersurat.

Beliau juga telah berjaya mengengahkan dalam bentuk cadangan ilham terbaru mengenai jambatan ke3 dengan Sing N Pork dan telah di'sambut 'secara panas' oleh Sultan Johor dan rrrrakyatt Johor. Tahniah. Dan sebagai imbalan dari pembinaan berkenaan pihak sing N pork akan menderma pasir Malaysia dan ruang udara Malaysia kepada diri mereka sendiri diatas kebaikan Malaysia dibawah DSNTR sebagai Perdana Menteri. Hmmm kebijaksanaan kita dalam berniaga dgn sing N pork inipun satu hal juga. Air mentah kita telah berjaya di'beku'kan oleh mereka sehingga kini. Hebat betul teknologi politik mereka. Dengan teknologi politik jugalah mereka berjaya memutarkan garis sempadan dari merintangi selat teberau kepada memanjang seiring dengan tambak Johor sehingga satu kenyataan telah dikeluarkan oleh seorang menteri anak Johor yang kini sudah menjadi bekas bahawa tambak tersebut milik bersama dan kita tidak bebas untuk mendaulatkan tambak johor sebagai milik Malaysia. Begitu juga dengan Batu Putih yang berjaya dijelmakan sebagai Piadra Branca lalu mereka mendapat Piadra Branca dan kita hilang Batu Putih.

Manakala TDM pula menggredkan 'fail' kpd Najib.....fuhhh....brutal tu! Berbanding dengan aku, aku masih lagi mengharapkan Najib bangkit mengatasi kemelut dengan langkah kependekaran. Kerana aku nampak kejaguhannya lebih banyak berpencak dalam gelanggang Felda sahaja selain sikit-sikit mengatur langkah silat ala-ala silat pulut dilain-lain gelanggang.

**************************************************************************************
Ini pandangan dari akhbar rasmi:

Gambaran Keseluruhan 100 Hari Najib Sebagai Pm Dari Perspektif Pekerja

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Bagi pergerakan pekerja di negara ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sama seperti Allahyarham bapanya yang "sangat rapat dan bertimbang rasa dengan golongan pekerja."

Bekas Presiden Cuepacs A. Ragunathan berkata Allahyarham Tun Razak Hussein, Perdana Menteri Kedua, "sentiasa meletakkan kepentingan para pekerja dekat di hatinya dan sentiasa bersedia mendengar dan menyelesaikan masalah mereka."

"Tun sering mempelawa kami ke kediaman rasminya untuk makan malam di mana para pemimpin kesatuan boleh berbincang isu penting dengan beliau secara tidak rasmi dan dalam suasana yang santai," katanya.

"Hubungan baik dan peribadi yang dijalin beliau sejak beberapa tahun telah banyak membantu memperbaiki keadaan hubungan industri di negara ini," katanya.

Begitu juga, hari ini Najib sebagai Perdana Menteri Keenam telah "mewarisi sifat-sifat keperibadian itu" dan dalam tempoh 100 hari memegang jawatan, telah membawa banyak kegembiraan dan harapan kepada para pekerja terutama dalam kumpulan sokongan dalam perkhidmatan awam.

Keputusan kerajaan di bawah pentadbiran Najib, bagi melaksanakan kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan kepada 300,000 pekerja kumpulan sokongan dalam perkhidmatan awam merupakan keputusan besar bagi meningkatkan moral dan keyakinan mereka.

"Kenaikan pangkat bagi pekerja dalam kategori ini adalah isu "penting" yang diperjuangkan oleh Cuepacs dan kesatuan di bawah gabungannya sejak beberapa tahun tanpa banyak kejayaan.

"Walaupun begitu, hanya dalam tempoh sebulan menjadi Perdana Menteri, Najib mampu menyelesaikan masalah ini, yang kini membenarkan mereka yang berada di dalam kumpulan itu dipertimbangkan kenaikan pangkat berdasarkan tempoh tahun perkhidmatan mereka," kata Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd. Zin kepada Bernama.

Pegawai kumpulan sokongan yang berkhidmat selama 15 tahun dan masih berada pada tangga gaji maksimum selama beberapa tahun layak dinaikkan pangkat bermula bulan ini.

"Langkah ini akan memberi faedah kepada kepada kira-kira 105,000 petugas perkhidmatan awam," katanya.

Ahmad Shah berkata Perdana Menteri juga telah membayangkan bahawa beliau akan bertemu Cuepacs bagi mendengar rungutan daripada anggota kongres.

"Bagi 100 hari yang akan datang, Cuepacs berharap bahawa Najib akan dapat menyelesaikan lebih banyak isu bagi mendorong petugas awam bekerja kuat dan memberikan perkhidmatan seperti yang diharapkan oleh kerajaan untuk orang ramai," katanya.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Teknikal Malaysia (MTSU), Samuel Davadason, berkata keputusan Najib untuk melanjutkan kontrak Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, merupakan "keputusan yang amat baik bagi memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan di dalam perkhidmatan awam."

Bagi para pekerja sektor swasta, pentadbiran Najib telah memberi jaminan bahawa kehilangan kerja berada pada tahap minimum dan bagi mereka yang diberhentikan disediakan peluang untuk mendapat pekerjaan alternatif.

Pentadbiran Najib telah mencadangkan kenaikan gaji bagi para pekerja melalui budaya kerja yang lebih baik dan berinovatif.

"Cadangan Perdana Menteri adalah amat menarik dan sepatutnya diberi keutamaan dan perlu dikaji dengan mendalam," kata Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia Shamsuddin Bardan.

Beliau berkata kenaikan pendapatan boleh dibelanjakan memang dialu-alukan oleh masyarakat peniaga kerana ia boleh memacu perniagaan mereka dan ekonomi negara.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), G. Rajasegaran berkata selaras dengan cadangan itu, kongres itu telah mencadangkan gaji minimum RM900 bagi 10 juta pekerja sektor swasta.

"Kami berharap untuk berbincang perkara ini dengan Perdana Menteri tidak lama lagi," katanya.

-- BERNAMA
*************************************************************************************
Ini dari utusasn:

Najib yang mengambil alih kepimpinan kerajaan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April lalu akan genap 100 hari mentadbir negara esok.

Memperkenalkan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Perdana Menteri sepanjang 100 hari pentadbiran beliau antaranya telah mengarahkan satu kajian menyeluruh dilakukan bagi menangani isu kenaikan tol yang membebankan rakyat.

Dalam usaha memastikan kesejahteraan rakyat diteruskan, beliau turut mengarahkan supaya langkah-langkah segera diambil untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur selain mengarahkan projek Plaza Rakyat yang terbengkalai sejak beberapa tahun lalu disiapkan segera.

Dalam aspek perjuangan hak asasi manusia, Najib turut mengumumkan akan mengkaji Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang menimbulkan kritikan sesetengah pihak.

Menurut sumber itu, beberapa pengumuman yang berkait rapat dengan kepentingan rakyat dijangka dibuat secara berperingkat menjelang dan semasa pembentangan Bajet 2010 Oktober ini.

Dalam usaha memastikan kesejahteraan rakyat diteruskan, beliau turut mengarahkan supaya langkah-langkah segera diambil untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur selain mengarahkan projek Plaza Rakyat yang terbengkalai sejak beberapa tahun lalu disiapkan segera.

Dalam aspek perjuangan hak asasi manusia, Najib turut mengumumkan akan mengkaji Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang menimbulkan kritikan sesetengah pihak.

Menurut sumber itu, beberapa pengumuman yang berkait rapat dengan kepentingan rakyat dijangka dibuat secara berperingkat menjelang dan semasa pembentangan Bajet 2010 Oktober ini.

***************************************************************************************
Ini pula pandangan dari seorang cendikiawan:

Kuda Kepang.

Wednesday, July 08, 2009

Renungan sempena 100 hari kepimpinan Najib

Ruhanie Ahmad

Pada Sabtu,11 Julai 2009, jam 10.30 pagi, di KLCC, Kuala Lumpur, akan berlangsung majlis “100 hari Najib bersama rakyat.” Daripada jemputan yang saya terima, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, juga dijangka turut hadir.

Sempena majlis berkenaan, saya ada beberapa catatan buat renungan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia keenam merangkap Presiden UMNO Malaysia.

Satu: Segolongan orang Melayu kini berasa cemas terhadap beberapa pengumuman kerajaan mengenai liberalisasi baru-baru ini. Perkara ini perlu dijelaskan hingga ke peringkat akar umbi jika kerajaan mahukan kemenangan dalam PRU 13. Ada pihak mengatakan kesemuanya baik dan selaras dengan tuntutan global. Tapi banyak pihak juga yang merasakan kerajaan seolah-olah memberikan terlalu banyak muka kepada pihak bukan Melayu dan kelompok asing.

Dua: Konsep 1Malaysia perlu mempunyai satu dokumen yang rasmi dan komprehensif. Ini perlu dikeluarkan dengan seberapa segera untuk mengelakkan ianya dieksploitasikan oleh pihak oportunis yang mahu memesongkan rakyat kononnya konsep 1Malaysia adalah sinonim dengan konsep Malaysian Malaysia yang dihebahkan oleh PAP serta Malaysian Solidarity Council di Singapura pada 6 Jun 1965, dan diumumkan oleh DAP menerusi Deklarasi Setapak, di Kuala Lumpur, menjelang PRU pada tahun 1969.

Tiga: Biasiswa Nasional yang diumumkan oleh kerajaan atas dasar meritokrasi cukup menarik. Tetapi, belum pasti ianya diterima baik oleh pribumi, iaitu orang Melayu dan Bumiputera, terutama sekali bila soal biasiswa adalah soal yang termaktub dan dilindungi oleh Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Untuk merincikan polemik ini kajilah maksud dan semangat Perkara 153 dengan tenang dan terbuka. Pihak bukan Melayu yang asyik mendesak dengan tuntutan demi tuntutan mengenai soal biasiswa juga perlu memahami semangat Perkara 153 ini. Menurut Leong (2003:91), penganugerahan hak-hak kewarganegaraan kepada bukan Melayu (pada 1957) adalah sebagai pertukaran kepada pengiktirafan bukan Melayu pada ketika itu terhadap kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera (sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan). Oleh itu, kerajaan sewajarnya mempertahankan semangat dan maksud Perkara 153 tanpa sebarang kompromi.

Empat: Pengumuman kerajaan mengenai jambatan ketiga bagi menghubungkan Malaysia dengan Singapura kurang disenangi oleh sebilangan rakyat, terutamanya rakyat Johor Darul Takzim. Sebaliknya, kerajaan akan terbukti bijaksana jika Projek Jambatan Bengkok dapat diteruskan pembinaannya.

Lima: Adakah UMNO sudah benar-benar pulih dan kembali perkasa? Bukankah UMNO masih lagi dipalit dan dicalit dengan beberapa kontroversi membabitkan beberapa individu yang terbukti terlibat dengan rasuah politik? Apakah tindakan tegas sudah dikenakan ke atas mereka? Atau, masihkah UMNO mahu meneruskan patronage ke atas individu-individu ini? Persoalan-persoalan ini perlu dihayati demi kelangsungan UMNO dan kerajaan dalam PRU13.

Demikian lima perkara khusus buat renungan Najib dan Muhyiddin serta seluruh anggota kabinetnya sempena majlis “100 hari Najib bersama rakyat” pada 11 Julai 2009. Saya akan artikulasikan seluruh perkara ini satu per satu tidak lama lagi.

Mudah-mudahan kepimpinan Najib-Muhyiddin akan mampu memberikan sinar harapan serta keunggulan realiti kepada orang Melayu, Bumiputera dan bukan Melayu seluruhnya berasaskan semangat dan maksud perkara-perkara strategik dalam Perlembagaan Persekutuan yang diwujudkan khusus demi negara yang majmuk dan kelangsungannya di hari muka. KEPADA ALLAH BERSERAH!
*************************************************************************************
##Sebagai pandangan pertama terakhir untuk posting ini, lagi sekali aku nak Najib tahu bahawasanya publisiti berlebih-lebihan terhadap isteri beliau tidak akan kemana. Ramai dari kalangan rrrakyattt kureng selesa dengan approach Rosmah.

Dan sebagai pandangan kedua terakhir, secara ikhlas aku mahu Dato Seri Najib Tun Razak melangkah lebih jitu dan 'remarkable' untuk kebaikan parti dan kerajaan kerana anda adalah Perdana Menteri aku dan Perdana Menteri kepada seluruh rakyat Malaysia. Berbaik dengan jiran tak salah, bukan mengalah tetapi berhemah dengan penuh kebijaksanaan. Belajar dari orang yang lebih pandai dan berpengalaman akan dipandang mulia, jauhkan retorik dekati keikhlasan.

0 Responses to 100 Hari DSNTR sebagai PM.

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO