SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

PRO ISA - ANTI ISA

Posted by Detguaq Thursday, July 30, 2009

Baru kini ku tahu berdemonstrasi bukanlah pilihan Ketua Pemuda Setia Kat Wang. Tetapi pada zaman Hishamuddin dulu siapa yang dok pi berdemonstrasi? Beruk ka? Ini petikan dari kenyataan beliau:

KetuaPemuda: Demonstrasi ISA : Pemuda Ambil Sikap Berkecuali
Posted on Sunday, July 26 @ 07:55:08 MYT
Topic: Berita Terkini

Oleh Haris Razali


Alor Star -- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu mengambil sikap berkecuali daripada menyertai dua kumpulan yang merancang mengadakan demonstrasi berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan berarak ke Istana Negara, 1 Ogos ini, sama ada bagi menyokong atau membantah undang-undang terbabit.


Beliau seterusnya menyifatkan perarakan itu sebagai tidak wajar kerana ketika ini pindaan terhadap ISA sedang dikaji dan diperhalusi Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN), sekali gus tidak wajar rakyat mendahului proses kajian semula undang-undang berkenaan.

"Kita berkecuali….malah saya sendiri dijemput menghadiri demonstrasi itu dari kedua-dua belah pihak tetapi sebagai Ketua Pemuda UMNO, saya beri arahan kepada ahli supaya berkecuali dalam hal ini kerana pindaan kepada ISA sedang berlaku. Jangan kita mendahului proses kajian semula itu.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah arahkan KDN melakukan proses kajian semula, jadi tidak payahlah kita nak ada demonstrasi pro atau anti-ISA. Tiada sebab untuk melakukannya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pemimpin Pemuda UMNO Kedah, di sini, Sabtu.

Beliau diminta mengulas tindakan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang membantah ISA dan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) yang mempertahankan akta itu untuk berdemonstrasi dan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum masing-masing pada 1 Ogos ini.

Khairy seterusnya berkata, beliau tidak mempunyai kuasa melarang secara fizikal ahli Pemuda yang ingin menyertai demonstrasi terbabit, tetapi menegaskan mereka yang berbuat demikian bukan kapasiti sebagai ahli pergerakan itu.

Sementara itu, beliau berkata, Pemuda UMNO sedang menumpukan usaha menambah keahlian baru yang terdiri daripada kelompok berpengaruh bagi memastikan kuantiti dan kualiti ahli seiring demi meningkatkan imej sayap parti berkenaan.

"Kita bukan sahaja mahu tarik ahli serta mereka yang berpengaruh malah yang diterima oleh akar umbi.

"Kita percaya gabungan yang ada sekarang digabungkan kelak akan memantapkan lagi organisasi", ujarnya.

Beliau turut meminta ahli Pemuda melontarkan pandangan bernas dalam mesyuarat Pemuda bahagian yang sedang berlangsung ketika ini berhubung pindaan perlembagaan.

"Beri maklum balas secepat mungkin. **Cadangan mereka cukup penting untuk pastikan pemilihan akan datang berjalan baik tanpa ada unsur yang meragukan", katanya.

**Nasihat dari Ketua Pemuda SetiaKat wang yang diragukan!

******************************************************************************************
Dan sebagai Ketua Pemuda BN, kenapa dibiarkan Pemuda Gerakan menyertai pihak GMI? Dimana kesetiaan Gerakan sebagai komponen BN dalam beberapa isu termasuklah isu ini? Atau dia sememangnya hanya Ketua Pemuda kepada segelintir Setia Kat Wang?

Sedutan dari malaysiakini:

Pemuda Gerakan sertai demo anti-ISA
Jul 13, 09 2:23pm
Dalam satu tindakan yang berani, Pemuda Gerakan secara terbuka menyatakan sokongan terhadap - dan turut serta dalam - demonstrasi besar membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) awal bulan depan.

"Pemuda Gerakan akan menggerakan sekumpulan ahli (Pemuda) untuk menyokong perhimpunan aman MANSUH pada 1 Ogos ini bersempena ulang tahun ke-49 (pelaksanaan) ISA," kata ketua biro khidmat guaman dan aduan awamnya Andy Yong.

Perhimpunan besar anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) turut disertai parti-parti pembangkang dan NGO hak asasi.

Menurut satu kenyataannya hari ini, Yong berkata keputusan itu dimaklumkan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat kebangsaan Gerakan.

Beliau juga berkata parti komponen BN itu beriltizam melindungi dan mempertahankan hak-hak asasi manusia dan kebebasan asas seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia (UHDR) 1948.

"Keputusan kami telah dimaklumkan kepada pengerusi GMI Syed Ibrahim (Syed Noh) dan beliau menyambut baik," kata Yong lagi.

*****************************************************************************************
ini aku sedut sebahagian sahaja dari harakah:

Himpunan sebelum dan selepas Zohor, 1 Ogos ini: Siapa berniat jahat?
Ahmad Tajdid
Mon | Jul 27, 09 | 3:23:36 pm MYT

PELIK juga memikirkan tindak-tanduk sebuah pertubuhan NGO pro-ISA, Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) untuk mengadakan demonstrasi dan perarakan ke Istana Negara pada Sabtu, 1 Ogos ini.


Bukan menjadi satu kesalahan untuk berdemonstrasi dan berarak secara aman bagi menyokong ISA. Sokonglah, kalau itu difikirkan wajar. Tetapi sengaja mengadakan perhimpunan pro-ISA di hari yang sama perhimpunan anti-ISA diadakan sebenarnya boleh menimbulkan kejadian dan insiden tidak perlu.

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mengumumkan cadangannya secara rasmi pada 22 Jun lalu untuk mengadakan perhimpunan Mansuhkan ISA (Mansuh) di ibu negara bertujuan menyerahkan memorandum ke pejabat Yang Dipertuan Agong.

Manakala Pewaris yang mendakwa mewakili sepuluh NGO Melayu yang lain menyatakan hasrat mengadakan perhimpunan menyokong ISA pada tarikh dan tempat yang sama hanya pada petang 21 Julai - hampir sebulan setelah GMI menyatakan hasrat mereka. Antara yang bakal menyertai perhimpunan pro-ISA Pewaris adalah sebuah pertubuhan silat!

GMI bersama 83 NGO lain (termasuk Pemuda Gerakan) akan bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi � kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara � dengan berpakaian hitam dan merah ke Istana Negara.

Manakala Pewaris dengan 10 NGO Melayu dan ahli-ahli Silat Lincah akan berada di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada 1 tengah hari.

*****************************************************************************************

Kenapa mereka tidak menghormati Pemuda BN? Atauapakah mereka menganggap Pemuda BN tiada ketua atau adakah kerana mereka juga tidak mengiktiraf kemenangan yang mencurigakan itu?

0 Responses to PRO ISA - ANTI ISA

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO