Pada hari yang sama(4/07/2009), pada pukul 5 petang, bertempat dirumah bekas ADUN GUAQ, Dato' Razak Hashim yang juga Ketua Cawangan Guar Chempedak telah diadakan satu kenuri kecil-kecilan pesta makan derian anjuran PUTRI UMNO UBJ yang diterajui oleh Che Ton Mat Isa dengan kerjasama UBJ.
Aku tak pasti dan tak kisah tujuan disebalik aktiviti ini, tetapi pada aku ia adalah signal yang menunjukkan Putri UBJ telah berkeputusan untuk kembali berdiri teguh bersama-sama UBJ. Aku harap pergerakan Wanita UBJ juga akan mengambil langkah pembetulan dengan segera untuk kembali bergabung dengan UBJ bagi tujuan menambahkan kememantapan jentera UBJ. Aku nampak masih ada dari kalangan AJK Wanita YBJ yang masih menjauhi UBJ.
Aku menyeru agar langkah yang sama juga diambil oleh Pemuda UBJ dengan segera, kerana tidak dapat dinafikan bahawa Pergerakan Pemuda UBJ bukan sahaja kurang mengadakan aktiviti kepemudaannya, malah bila diadakan pula ujud fragmantasi denganUBJ.
Pertandingan merebut jawatan dalam kepimpinan UBJ telah lama berakhir, sepatutnya setiap pihak yang telah berikrar untuk kembali bertaut sewajarnya menterjemahkan ikrar mereka sebaik sahaja Kepimpinan yang dipilih oleh majoriti cawangan-cawangan dinobatkan.
Hal yang sama juga pernah disentuh oleh aku sebelum ini dan selepas itu disentuh pula dengan lebih pedas oleh medanmas tempursakti dan sekali lagi aku sentuh kerana yang telah lepas semakin jauh meninggalkan kita manakala yang mendatang semakin menghampiri......PRU13!
Play88 Review – Everything You Need to Know
1 week ago
0 Responses to KENDURI PULUT DERIAN ANJURAN PUTRI UBJ