SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

PAU MAC 2009: KEPUTUSAN BIJAKSANA ATAU BODOHSANA?

Posted by Detguaq Thursday, November 27, 2008

Setelah duduk menyejukkan diri dan akal fikiran, aku amat terusik dengan keadan sekarang, dimana kalau dicongak ada empat bulan lagi untuk UMNO menghalakan fokus keluar dari dalam rumahnya yang sedang dalam 'pengubahsuaian'.

Secara analoginya beginilah.....Aku mengambil contoh sebuah rumah. Rumah ini sebenarnya pemilik lama telah menyerahkan pada pemilik baru secara kemas dan teratur. Dan pemilik baru berkenaan pula telahpun maklum akan keadaan rumah berkenaan sebelum diserah kepada beliau, dan beliau pula berjanji akan menjaga dengan baik rumah berkenaan, baik keadaan rumah mahupun barangan serta perabut dalaman hatta KABINET dapur rumah tersebut, malah berjanji akan membuat persekitaran dalaman dan luaran rumah berkenaan bertambah elok.

Namun apa yang berlaku ialah sebaliknya, sebaik sahaja menduduki rumah berkenaan, perkara yang pertama dilakukan ialah memburukkan pemilik rumah sebelum beliau dengan mengatakan rumah berkenaan telah dikosongkan oleh pemilik lama sehingga perlukan pengubahsuaian secara besar-besaran. Manakala sempadan rumah berkenaan telah di'genjak'kan bukannya untuk meluaskan 'compound'nya malah menyempitkan lagi kawasan sendiri dengan memberi jiran sebelah yang tidak mesra langsungpun dengan penghuni rumah berkenaan. Kononnya hendak mngmabil hati jirannya yang kiasu itu.

Kemudian disebarkan kemerata-rata tentang keburukan yang sengaja diadakan oleh oleh beliau terhadap pemilik lama yang telah berhempas pulas menaiktaraf rumah berkenaan dari sebuah rumah kampung kepada rumah yang lebih elok dan tersusun hingga kehebatan rumah baru ini mempersona orang luar yang jauh, sehingga jiran kiri, jiran kanan, jiran atas dan jiran bawah merasa teramat irihati atas kepandaian pemilik lama mengurus rumah berkenaan.

Lebih malang lagi, sempadan dengan jirannya bukan sahaja digenjak, malah diroboh dan pada masa yang sama mempelawa jirannya untuk membuatkan sempadan rumah mereka sebagai milik bersama.....disamping itu juga membenarkan mereka bercucuk tanam dikawasan sendiri, punyalah baik konon...... Padahal kepentingan semapdan berkenaan adalah penting unutk mengawal jiran yang kiasu tersebut.

Tidak cukup dengan itu, dia mengubahsuai kabinet dapur rumah berkenaan sehingga menjadi kabinet yang tonggang-langgang sehinggakan nak masak nasi, nasi menjadi bubur, nak goreng telur, telurnya pula kemuruk sehingga ruang kabinet berkenaan berbau busuk dengan telur kemuruk.

Kamdian tu lagi, dek kerana kurang inovatif, maka pemilik baru berkenaan terlalu mengharap menantu beliau dalam usaha membaiki kabinet yang bau busuk telur kemuruk tersebut masih belum hilang, kerana menantunya menjamin bahawa dia berkeupayaan membaikinya, lalu diajaknya kawan-kawannya yang bermain teng-teng dan gundu diluar untuk tolong membaiki kabinet yang telah sedia busuk dek kerana telur kemuruk tersebut, maka kerana tersilap memilih tukang, kabinet itu bertambah lingkup.

Pada mulanya bekas pemilik lama yang begitu sayangkan rumah berkenaan hanya mendiamkan diri kerana memikirkan beliau harus menghormati pemilik baru rumah berkenaan, walaupun beliau telah mencium bau yang kurang menyenangkan dari rumah berkenaan. Lagi pula pemilikyang baru tersebut berkata beliau hanya akan menginap rumah berkenaan sebentar sahaja, memandangkan beliau dan pemilik rumah terdahulu amat mengetahui keupayaan beliau untuk mengurus rumah berkenaan.

Bila keadaan kabinet bukan sahaja semakin teruk, malah kerosakan pada bahagian-bahagian lain juga telah mula berlaku angkara menantu beliau yang belum matang itu bergelandangan dengan kawan-kawannya yang hanya pandai main teng-teng dan gundu diserata bilik dalam rumah berkenaan. Pada mulanya tidak begitu ketara dari luar, kerana kerapkali ada sahaja pekerja yang diimpot dari jiran sebelah selalu menjalankan kerja mengecat rumah berkenaan dari luar agar kelihatan sentiasa cantik.....malangnya hanya cantik dari luaran sahaja, dan sementara pula, kerana cat yang digunakan tidak bermutu dan cat yang lama tidak ditanggal secara rapi. Maka setiap kali rumah itu hendak dicat dengan cat baru yang tak bermutu, semakin buruk nampak rumah berkenaan sehingga penghuni lain didalam dan kejiranan tidak tertahan lagi.

Yang herannya pemilik berkenaan sanggup pula untuk memberi upah yang tinggi kepada tukang cat yang hampir merosakkan pandangan luar rumah berkenaan, nasib baiklah upah yang tertinggi itu tidak jadi diberi setelah ada penentangan dari tuk penghulu.

Setelah sekian lama anak dan menantunya membawa keluar hampir segala perabut dan kelengkapan dalaman rumah berkenaan untuk dijual kepada jiran, barulah penghuni lain tersedar dan melapurkan kepada pemilik rumah lama yang amat sayangkan rumah berkenaan.

Setelah pemilik lama dan beberapa penghuni didalam rumah berkenaan memperotes sikap pemilik baru berkenaan yang jika dibiarkan, bukan sahaja barang dalam rumah akan 'clear', malah rumah juga boleh ranap menyembah bumi kerana tidak mustahil struktur rumah itu juga sedang cuba diusik ganggu tanpa sedar oleh bebudak yang seronok bermain teng-teng dan gundu serta menantunya yang kebudak-budakan itu barulah pemilik baru berkenaan mengendurkan sedikit kebongkakannya.

Dan setelah diasak bertalu-talu oleh penghuni lain yang tidak dapat membiarkan situasi ini berlanjutan dan denga nsokongan pemilik rumah lama yang amat sayang akan rumah itu akhirnya pemilik sekarang ini bersetuju untuk menyerahkan rumah yang pada asalnya cantik dan tersusun itu, tetapi sekarang yang bukan sahaja kabinetnya berbau telur kemuruk, malah strukturnya juga sudah menjadi lemah dek gara-gara mereka yang leka bermain didalam.

Yang menghairankan walaupun bersetuju unutk menyerahkan kepada pemilik baru yang lain yang memangnya sudah mendapat persetujuan dari penghuni lain, beliau telah menetapkan syarat yang tak perlu dan kini syarat itu pula telah menjadi beban kepada mereka yang tinggal untuk membaikinya. Ini kerana tempoh untuk keluar, walaupun sepatutnya tidak perlu diperpanjangkan, telah dengan bodohsana diperpanjangkan. Ini menyebabkan masih lagi berlaku kerosakan disana-sini yang hanya dapat benar-benar dibaiki sekiranya pemilik baru ini benar-benar telah keluar dan menyerahkan kepada pemilik yang lebih baru yang mendapat persetujuan dari penghuni-penghuni lain.

Nampaknya pemilik yang bakal menyerahkan rumah ini kepada pemilik yang lebih baru sengaja hendak melihat huruhara terus berlaku didalam rumah berkenaan sehingga kekemuncaknya barulah beliau akan melepaskan keseluruhan rumah berkenaan kepada pemilik baru yang sudah pastinya akan menanggung liabiliti yang besar kosnya bagi memeperbaiki kerosakan yang telah belaku. Sepatutnya rumah berkenan wajar diserahkan dalam masa terdekat, bukannya perlu menunggu beberapa bulan lagi sehingga rumah berkenaan sekarang ini berselerak-tabak dan benar-benar perlukan tenaga dan belanja yang besar untuk dibaiki. Dan masaalahnya tukang-tukang yangbeliau upah untuk membaiki rumah berkenaan sebelum beliau menyerahkan rumah berkenaan bukanlah tukang yang berkepakaran dengan bidang masing-masing. Yang seorang tukang yang beliau rekomen tu adalah tukang kasut dan tidak mahir berbahasa asing dan seorang lagi ialah tukang gunting rambut yang gagap, sedangkan bakal pemilik telahpun ada tukang rumah yang berwibawa untuk membantu beliau membaiki rumah berkenaan disamping terus tinggal untuk terus rela membantu beliau sebagai 'handyman'.

Kerja-kerja segera untuk pembaikan wajar dilakukan sekarang, bukan menunggu selepas MAC 2009!!!

0 Responses to PAU MAC 2009: KEPUTUSAN BIJAKSANA ATAU BODOHSANA?

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO

    PELENGGAQ DETGUAQ