“RASUAH DAN KEAZAMAN POLITIK”
| Permalink | Comments (518) | TrackBacks (0) | Previous Blog
1. Saya bersetuju dengan pendapat Dato Seri Najib Tun Razak bahawa usaha membanteras politik wang perlu keazaman politik.
2. Soalnya - keazaman politik siapa?
3. Apakah keazaman politik mereka yang ingin dicalonkan dan sudah hulur wang sogokan?
4. Apakah keazaman pemimpin UMNO untuk lihat UMNO bersih daripada politik kotor?
5. Jika pemimpin yang perlu banteras, yang mana satukah pemimpin yang perlu berazam; pemimpin cawangankah, bahagian, Majlis Kerja Tertinggi atau Presiden parti?
6. Saya akui di masa saya jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri pun sudah ada politik wang.
7. Ia amat ketara semasa saya dan Tun Ghafar Baba dicabar pada tahun 1986.
8. Walaupun saya dapat pencalonan yang terbanyak (70 peratus) tetapi saya menang dengan kelebihan undi hanya 43 sahaja. Jelas perwakilan tidak undi ikut pencalonan oleh Bahagian.
9. Untuk mengelak perwakilan dipengaruhi semasa bersidang maka perlembagaan dipinda supaya 10 undi bonus diberi apabila dicalon oleh Bahagian.
10. Malangnya ada calon yang berjaya mendapat begitu banyak pencalonan sehingga lawannya terpaksa tarik diri.
11. Lepas itu dibatalkan undi bonus dan diganti dengan kuota 30 peratus bagi jawatan Presiden dan peratusan tertentu bagi jawatan-jawatan lain.
12. Dalam pencalonan untuk pemilihan kali ini ternampak jelas yang kuota tidak berjaya membanteras politik wang.
13. Ya, memang pun semasa saya dahulu sudah ada politik wang.
14. Tetapi peristiwa sogokan secara terbuka dan besar-besaran sehingga ramai dalam masyarakat pandang jijik akan politik UMNO tidak berlaku dahulu.
15. Tidak pernah terjadi yang Presiden parti didakwa terlibat dengan politik wang melalui laporan kepada polis dan Badan Pencegah Rasuah.
16. Tidak pernah Lembaga Disiplin parti menerima sehingga 900 laporan berkenaan politik wang.
17. Tidak pernah BPR terima banyak laporan rasuah untuk pencalonan bagi jawatan dalam UMNO.
18. Membuat alasan bahawa dulu pun ada rasuah tidak menghalalkan rasuah sekarang, terutamanya rasuah terbuka dan besar-besaran.
19. Sesungguhnya hari ini di mana-mana juga rakyat bercakap berkenaan rasuah dalam pencalonan kepimpinan UMNO. Ini tidak berlaku dahulu.
20. Juga dahulu rakyat tidak pernah tolak sebahagian besar calon UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999 seperti yang berlaku pada pilihanraya umum 2008. Jika rasuah dahulu tidak berbeza dengan sekarang kenapakah BN menang majoriti 2/3 tiap pilihanraya umum dari tahun 1982-1999?
21. Dahulu rakyat/pengundi tidak anggap UMNO sebagai parti pimpinan perasuah seperti hari ini.
22. Kerana tidak suka pada kepimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, BN sudah ditolak di
23. Ramalan saya ialah UMNO akan kalah teruk pada pilihanraya umum ke-13. Mendapat sokongan daripada parti (melalui rasuah) tidak akan menjamin kemenangan dalam pilihanraya umum.
24. Yang memberi kemenangan kepada calon-calon UMNO dahulu ialah undi ahli bersama dengan penyokong luar, penyokong bukan UMNO. Jangan fikir hanya dengan undi ahli UMNO sahaja kemenangan akan diperolehi.
25. Dalam pilihanraya umum ke-12 ramai ahli UMNO-pun tidak undi calon BN. Dan amat ramai daripada penyokong-penyokong (bukan ahli) UMNO yang undi parti lawan. Itulah yang memberi keputusan yang buruk bagi BN dalam pilihanraya umum ke-12.
26. Ingatlah kelebihan undi bagi calon UMNO yang menang tidak sebesar dahulu. Jika hanya separuh lebih sedikit daripada kelebihan kecil ini berpaling tadah dan mengundi parti lawan UMNO akan kalah dimana dahulu ia menang.
27. Mereka yang ghairah menggunakan wang untuk dicalon oleh bahagian harus ingat jika parti UMNO kalah, kemenangan jadi pemimpin UMNO tidak bermakna. Lihat ketua-ketua perhubungan Kedah, Perak, Kelantan dan Selangor dan mereka yang dicalon bertanding pilihanraya umum ke-12. Di mana mereka?
28. Jika BN kalah, Presiden UMNO tidak akan jadi Perdana Menteri, Timbalan Presiden tidak akan jadi Timbalan Perdana Menteri dan lain-lain pemimpin UMNO jika menang pun tidak akan jadi Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen atau pengerusi-pengerusi syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dan lain-lain dan ketua-ketua bahagian tidak akan dapat kontrak dan lain-lain.
29. Lebih buruk lagi UMNO akan hancur. Pengasas-pengasas UMNO akan kutuk mereka yang kerana tamak telah musnahkan UMNO.
30. Orang yang terkenal menyogok wang untuk jadi pemimpin UMNO, jika mereka dipilih akan menyebabkan UMNO ditolak dalam pilihanraya umum.
31. Rakyat tahu siapa mereka walaupun sukar bagi mendapat bukti yang mereka ini adalah perasuah.
32. Perwakilan UMNO yang menerima sogokan dan memilih orang yang dikenali sebagai perasuah, harus ingat apabila mereka memilih orang ini, mereka sebenarnya mengkhianati bangsa, agama dan negara hanya kerana sedikit wang yang akan habis dibelanjakan dalam sekelip mata. Kamu dan zuriat kamu akan dikutuk oleh bangsa kamu tiap kali mereka menderita kerana kamu telah jual bangsa dan negara kamu untuk sedikit wang.
Dan ini pula rentetan komen dari penulis dalam satu forum di mykmu :
*Tulisan berwarna hijau adalah komen saya
Assalamualaikum,
Setelah membaca 18 muka komentar dalam tajuk ini, saya fikir saya perlu mengulas beberapa perkara.
1. saya tidak nampak artikel yang tersiar merupakan serangan terhadap mana-mana calon dalam pemilihan UMNO kali ini. Sebaliknya jelas artikel tersebut meminta Tun agar tidak menyerang mana-mana calon dalam pemilihan UMNO kali ini.
Jika demikian bagaimana pula mereka boleh mendakwa UMNO ini penuh dengan ahli yang mengundi berdasarkan wang?
2. Tindakan Tun mendakwa calon-calon Timbalan presiden yang mendapat pencalonan lewat sebagai menggunakan wang untuk mendapat sokongan bukan sahaja tidak wajar malah merupakan satu serangan ke atas calon tertentu. Apakah ini satu bentuk pertandingan yang sihat dalam UMNO?
Apakah ini bermakna calon-calon yang mendapat pencalonan awal tidak mengeluarkan sesen wang pun? Janganlah buat lawak.
Kita boleh berhujah jika Tun buat tuduhan tidak benar maka samanlah beliau di mahkamah. Bukankah alasan yang sama digunakan oleh mereka yang menuduh Tun dahulu? (Ini lagi satu kenyataan berbau politik…..sekadar untuk menghalakan pemahaman pembaca jauh dari isu sebenar!)
Siapa yang bertanding dan siapa yang memberi komen? Adakah orang yang memberi komen itu turut bertanding? Dan seperti kebanyakan forumers yang memberi respon, jika mereka-mereka itu tidak mengamalkan rasuah politik, mengapa harus melatah, dan kenapa pula latahan itu perlu disalurkan melalui orang ketiga yang juga tidak bertanding apa-apa jawatan? Apakah benar ujudnya orang ketiga ini atas tiket menyelamatkan UMNO atau menyelamatkan calon-calon tertentu seperti beliau dakwa terhadap TDM?
3. Saya terima hakikat apabila menulis sedemikian saya akan dituduh sebagai telah dibeli, mementingkan perut dan juga menjadi alat kepada calon tertentu.Hairannya, ketika yang saya bermati-matian membela Tun menentang Pak Lah tidak pula dituduh perkara yang sedemikian.
Sudah gaharu cendana pula. Membela UMNO selaras atau seiring dengan suara dan idea TDM adalah perbezaannya. Menentang paklahpun bukan kerana peribadinya, tetapi kerana polisinya. Adakah selama ini penulis menulis menyerang peribadi paklah, bukan paklah sebagai perdana menteri dan polisi-polisinya? Penulis kena merenung kembali tulisan-tulisan dalam blog beliau dari seawal artikelnya yang pertama dan membandingkannya dengan tulisannya yang akhir-akhir ini. Jadi kemana dan dimanakah arah sebenar tulisan-tulisan beliau yang terdahulu? Peribadi atau Pertubuhan?
4. Saya menulis untuk keadilan semua calon yang bertanding. Adalah tidak manis dan wajar seorang negarawan seperti Tun memberi isyarat yang salah kepada orang ramai. Adalah juga tidak wajar Tun dilihat
Saya hanya mempertahankan hak calon-calon lain yang telah dipilih oleh Mesyuarat UMNO Bahagian untuk bertanding.
Sebaliknya jika diteliti secara jujur Tun lah yang menyerang calon-calon tertentu.
Fuhh…Sound very noble but behind the curtain? Pada aku ada dua sisi sahaja tujuannya dalam tulisan TDM berkaitan tajuk
“RASUAH DAN KEAZAMAN POLITIK”
Ya, hanya dua sisi sahaja, politik tanpa rasuah dan politik dengan rasuah. Jadi disisi mana mereka yang bertanding berada, itulah yang perlu pembaca-pembaca nilaikan. Tun tidak beri isyarat yang salah. Yang salah ialah orang yang membaca isyarat itu dengan cara yang salah kerana hati mereka ‘gelap’ dari menerima cahaya kebenaran. Jadi keadilan semua calon yang bertanding pada sisi mana yang penulis hendak pertahan?
Tiada kaitan dengan saya.
Benarlah kata pepatah panas setahun dihapuskan hujan sehari. Hanya kerana satu artikel yang mengkritik pandangan Tun maka saya dianggap menjual kepentingan agama, bangsa dan parti. Jika itu anggapan saudara/i saya redha.
Menjadi kehairan juga kepada saya dalam mengkritik pandangan Tun, kenapa DSNTR juga dikaitkan dengan keputusan beliau yang menang tidak bertanding, yang nampaknya pada saya sepeti orang yang kurang senang dengan DSNTR (ini andaian saya sahaja)? Lihat perenggan dibawah:
0 Responses to MENEGAK KABEL BASAH?