Satu ni aku petik dari harakah daily bertarikh 25/11/2008. Manakala berita itu pula bertarikh 24/11/2008
Dilaporkan kekecohan juga tercetus pada awal perhimpunan apabila peserta perhimpunan bertindak memukul beberapa individu yang lalu lalang di kawasan perhimpunan iaitu di Wisma Sejarah.Pihak polis didakwa hanya duduk berehat di perkarangan jalan bangunan Bernama yang terletak berhampiran bangunan Wisma sejarah itu.
Manakala dibawah ini pula berita yang disusuli gambar yang aku petik dari fotopages minaq jinggo:
18. Ini lah wanita Cina yang menyebabkan kekecohan berlaku sebelum perarakan bermula. Mula2 nya wanita ini merungut kepada kami (jurufoto) yang berada diatas jejantas. Dia kata "Bloody unfair. When you all Malays apply you get (permit la gamak nya) When the opposition apply they reject. Bloody racist". Kemudian dia turun dan pergi berdepan dengan budak2 yang sedang berkumpul untuk berarak. Berlaku lah jerit menjerit diantara mereka.
19. Dia dah pergi balik kekereta dan kembali semula kejejantas untuk memaki hamun para peserta.
20. Polis kemudian mengiringi beliau untuk mengelak perkara yang tidak diingini dari berlanjutan
21. Ketika diringi, wanita tersebut cuba melarikan diri
22. Paaannnng... kena penampar dari salah seorang peserta
23.
24. Dan terus tersungkur
25.
26. Polis kemudian cepat2 melarikan wanita tersebut menuju ke kereta beliau
27. Peserta yang berang melepaskan geram kat kereta la pulak
28. Ini lah rupa kereta wanita Cina yang mencuba nasib mencabar orang Melayu. Dibelakang kereta tertulis Add Maths Tiution.... cikgu add maths gamak nya dia nih...
29. Kejadian kejar mengejar tersebut telah menyebabkan kesesakan lalulintas sepanjang kedua dua hala Jalan Tun Abdul Razak
Lihatlah apa yang dipaparkan oleh pihak pembangkang dan lihat pula apa yang dipaparkan oleh mereka yang berada disitu..... Dan lagi-lagi mereka menghina polis, asyik-asyik menghina polis. Sesiapa yang membaca disini boleh melihat samaada polis duduk berehat, atau polis sedang menjalankan tugas.....hissshh....
0 Responses to ANTARA DUA BERITA