SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

MENJELANG LAPAN NOBEMBA( I )

Posted by Detguaq Monday, November 3, 2008

Dengan keputusan untuk kerusi Presiden telah diketahui, iaitu DSNTR yang telah mendapat pencalonan secara majoriti, maka debaran sekarang lebih dirasakan terhadap persaingan calon unutk Timbalan Presiden. Secara peribadi aku mahukan TSMY digandingkan dengan DSNTR walaupun mungkin ada pertandingan, kerana bagi aku Ali Bollywood dan Maik Taisen tidak selayaknya menduduki kerusi nombor dua itu. Jika ditanya aku, Ali Bollywood lebih sesuai untuk terus berada diDUN dan terus menerajui Melaka, sangatlah sesuai. Maik Taisen? Hmm..... lebih baik bertanding di mana-mana parlimen dulu, dengan mengenepikan status senator agar mandat dari rakyat benar-benar terjelma sebagai menifestasi sokongan, maksudnya kena tunggu selepas PAU13lah sekiranya dicalonkan oleh BN dimana-mana parlimen dimana-mana negeri, kemudian tu barulah difikirkan kembali samada untuk melayan nafsunya untuk mencalonkan diri sebagai timbalan Presiden atau tidak. Lagi satu DRMMT aka Maik Taisen kenalah memperkemaskan keupayaan Bahasa Inggerisnya jika nak menjadi orang terpenting dalam UMNO.

Bukan apa, belum ada dalam sejarah Perdana Menteri Malaysia kena ada translator bila hendak berkomunikasi dengan pemimpin luar seperti amareka, beriten, nu zilen atau ostolia hatta singapork. Lainlah kalu nak berkomunikasi dengan pemimpin cina ka, jepun ka atawa rosia, yang tu mahadzir lokman pun kena pakai translator, pasai dia pun boleh melayu, inggeris dan prancis.

Tang Naib tu aku ingat DSHTH, Shapie Afdal dan Zahid dah cukup kot.

Tang MKT tu aku kira semua layak kecuali dua tiga muka yang teralau kuat menjadi tembok mentalun(yang menggemakan suara orang)kepada bakal bekas perdana menteri.

Manakala di Jerai ini, jika ditanya aku secara peribadi, tentulah pilihan aku Datuk Suhaimi Abdullah sebagai KBUJ dan Dato' Dr Ku Rahman sebagai TKBUJ, kerana secara tradisi ADUN Guar Chempedak adalah Timbalan Ketua Bahagian!!! Gandingan SAKu akan menjadi satu gabungan yang akan boleh memBANTU mengembalikan kepercayaan rakyat tidak berparti Jerai kepangkuan BN, terutamanya DUN Sungai Limau serta DUN Gurun. Manakala DUN Guar Chempedak, Alhamdulillah sehingga kini BN/UMNO masih lagi mendapat kepercayaan rakyat hasil ayaq tangan Mantan ADUN terdahulu, iaitu yang dikasihi, lagi dihormati serta dikenangi, Dato' Abdul Razak bin Hashim yang selalu dan masih mendampingi rakyat di Parlimen Jerai ni.

Tapi kalu DrKARKI tak mau TKUBJ, adik dia boleh juga. Adik diapun ada talent juga. Hebat juga semasa jadi KPUJ walaupun agak mendatar sikit geraf semasa jadi AJK bahagian, walaupun berpeluang memegang Biro Penerangan. Dia juga antara nama-nama yang sering dimasukkan dalam senarai calon-calon setiap kali adanya pilihanraya. Yang terbaru nipun nama dia disenarai pendek untuk jadi calon DUN GC, tapi sayang, walaupun dah dipendekkan tetap juga dicantas disaat-saat akhir .........SIAPALAH yang pi cantas tu? Tapi tak kisahlah, perkara dah berlalu, BIDULK LALU KIAMBANG BERTAUT. Jadi kiambang-kiambang lainpun kenalah bertaut juga...alaaa....kan ker kita ni seUMNO!

KuKu? dah kalau kehendak ahli nak buat gena? Ini demokrasi. Tapi Jerai ni bukankah banyak pemimpin, takkanlah nak kita gambarkan bahawa Jerai ini sudah kekeringan barisan kepimpinan sehingga kedua-dua jawatan tertinggi UMNO nak diberi kepada adik-beradik.

Prestasi kerja? DSA memang dah diuji serta teruji. Tekanan dalam kepimpinan juga dapat beliau serap dengan baik dan berhemah, walaupun tekanan datang dari atas, tepi, tengah mahupun bawah. Beliau tak lokek idea juga tak lokek sumbangan. Tanyalah kepada mana-mana cawangan diParlimen Jerai ni, cawangan mana yang kalau minta tolong yang dia tak bantu, tak kira masa, tak kira ketika...... tapi mungkin dalam mpat lima bulan ni suhu bantuan dia turun, kerana takut disalah ertikan oleh ahli UMNO dan calon lain. Dan aku tabik bila dapat tahu dia sedang giat berkempen secara 'direct contact' dengan cawangan-cawangan yang ada(Kaedah ini sentiasa aku tekankan kepada beliau dahulu). Datuk!!! Jentera tu jentera juga, tetapi janganlah terlalu berharap.......usaha sendiri lebih mendatangkan kesan.

DDrKARKI? Aku juga akui dia dah mula turun padang bertemu rakyat atas kapasiti dia sebagai ADUN. Pelantaq sebagai ADUN memberi banyak peluang untuk dia bertemu pelanggan(rakyat le tu). Melihat gambaq dia duk bertinggung dengan sluaq yang disintin kebetih sambey anyam daun palaih buat ketupat(masa bah di TT Traih) memberi kesan kepada nurani aku. Sesuai kalau dia meneruskan tradisi ADUN terdahulu sebagai TKBUJ, molek benar........

Walaupun aku dengar bahawa Bang Dot sedang diusung sakan oleh jentera yang digerakkan semata-mata nak menghalang sdr Ikmal dari kedudukan selesa sebagai calon peberit untuk NKBUJ, aku harap sangatlah perwakilan yang akan bersidang nanti berfikir secara mendalam akan jawatan ini. Sdr Ikmal merupakan barisan muda pelapis kepimpinan yang paling menonjol yang Jerai ada diperingkat UMNO pusat. Kenapalah pula hendak di gegarkan fokus perwakilan yang hendak mengundi calon bagi jawatan NKBUJ ni? Aku tak pasti misi dan visi Bang Dot sehingga beliau mahu terus bersaing dengan Ikmal. Untuk makluman, Bang Dot telah agak lama juga berada di AJK Bahagian, tetapi seperti terumbang ambing. Aku sebenarnya secara peribadi adalah kawan dan akan terus berkawan dengan Bang Dot waima apapun terjadi dalam pemilihan nanti, sebab aku dan dia adalah orang UMNO. Tetapi untuk jawatan NKBUJ ini biarlah perwakilan memilih sdr Ikmal unutk mendudukinya. Beri peluang kepada Ikmal yang sudah menunjukkan 'bekas' diPusat sebagai pengerusi Biro Pendidikan. Beliau juga memerlukan pelantaq(platform) untuk terus menaburkan bakti kepada anak-anak Jerai Khususnya dan anak-anak Malaysia amnya. Doa aku agar Ikmal juga berjaya dalam pencalonannya dalam EXCO Pemuda UMNO Pusat, InsyaAllah. Jasanya dalam menunaikan tanggungjawab sebagai pengerusi Biro Pendidikan tidak perlu diperjelaskan lagi. Kita boleh google dalam internet untuk menjejaki usaha beliau dalma memertabatkan mutu akademik anak Melayu Khasnya dan anak-anak Malaysia amnya. Wajar serta layak para perwakilan untuk memberi undi mereka kepada Ikmal bagi membolehkan beliau menjawat sebagai NKBUJ.

Gandingan ketiga-tiga jawatan diatas bagi aku adalah umpama gandingan DSNTR , TSMY dan DSHTH di UMNO Pusat, InsyaAllah.

0 Responses to MENJELANG LAPAN NOBEMBA( I )

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO

    PELENGGAQ DETGUAQ