SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

'TUHAN' BARU?

Posted by Detguaq Monday, July 14, 2008

Disclaimer: Tulisan ini adalah merupakan satira dan penulis tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya ada pihak-pihak yang menyalah tafsirkan isi kandungan reencana berbentuk satira ini. Harap maklum: Pemudaujungjulai.

--------------------------------------------------------------------------------------------------
_____________________________________________________________________

Hal ini telah lama aku fikirkan untuk kutulis dalam blog ini. Namun jika hendak beralasankan masa bila lagi nukilan ini akan aku perlengkapkan. Lalu aku bertekad untuk bersengkang mata bagi memperlengkapkan apa yang nak aku perkatakan, iaitu mempertuhankan politik.

Sudut yang aku lihat mungkin berbeza dengan sudut yang mereka lihat, anda lihat dan dia lihat. Ini adalah bersubjekkan politik Malaysia, tidak kira parti

Begini:

Tuhan: Politik

Syahadah: Matlamat Menghalalkan Cara.

Rukun Kepercayaan:

1. Berbohong -wajibulhalal
2. Memfitnah - halal
3. Mengadudomba - halal
4. Tidak tepati janji - halal
5. Maksiat - halal
6. Rasuah - halal
7. Bermuka-muka: sunat
8. Melindungi Jenayah - halal
9. Menjual Kepentingan Negara - harus
10. Memutarbelitkan isu - WAJIB.

MAZHAB:

1. BN yang terbahagi pula UMNO dan lain-lain komponen seperti MCA, MIC, PBRS, SUPP dll.
2. PAS
3. PKR
4. DAP
5 dan lain-lain parti kecil.

Tidakkah kita melihat persamaan penganut politik bila setiap tahun mereka mengadakan perayaan sekurang-kurangnya 3 kali. Raya Cawangan, Raya Bahagian dan Raya Perhimpunan Agung. Dan setiap 2 tahun sekali mereka memilih Imam baru di cawangan dan Bahagian. Manakala diperingkat Pusat pula penganut-penganut selalunya dilarang menukar Imam dan 'orang sepuluhnya' ? Kononnya demi keutuhan agama politik mereka? Sungguh patuh mereka ini dengan perintah dari imam mereka seolah-olah ianya adalah wahyu yang tidak boleh disanggah.........

Dan naik 'haji' mereka adalah empat atau lima tahun sekali mengikut 'falak' mereka yang 'Aleem dalam agama ini, serta ber'umrah' dua tahun sekali untuk mazhab politik masing-masing(baca: tahun pemilihan). Dan ketika ini, Imam yang rajin memberi fatwa politiknya telah beberapa kali menunda kerja 'umrah' untuk mengelakkan kegawatan dalaman. Dan ketika musim naik 'haji' inilah segala rukun kepercayaan mereka ini mereka akan praktikkan dengan lebih giat lagi. Malangnya musim 'haji' dalam agama ini tidak dapat ditunda melebihi lima tahun kerana telah tercatit dalam kitabul Akbar tidak seperti kerja 'umrah' yang boleh ditunda mengikut keadaan. dan ketika musim 'haji' inilah Ber'tawaf' mereka-mereka yang dilantik oleh siImam yang dilingkungi oleh 'juak yang sepuloh' sekeliling kawasan/mukim parlimen masing-masing. Ada yang dua marhalah, ada yang tiga. Tetapi tak kurang dari dua.

Mereka ini betul-betul 'takwa' dengan tuhan politik mereka. Mereka sembah 'tuhan' mereka dengan penuh takwa setiap hari kerana tuhan mereka inilah yang menjamin kuasa dan harta tetap didalam kantungan mereka. Kerana tuhan inilah juga mereka dapat mengkayakan kaum keluarga. Manakala penganut-penganut berkasta bawahan atau yang tidak berada dalam 'circle' of power hanya dapat sedikit tempias atau sekadar 'kuah tanpa isi'. Dan demi untuk terus menunjukkan kepada tuhan mereka akan ketakwaan dan kepatuhan mereka maka mereka terus-terusan berhempas pulas mempraktikkan rukun kepercayaan mereka pada ssetiap hari sebagai ibadah mereka kepada tuhan mereka iaitu POLITIK.......

Dan bangsa yang paling banyak menganut agama ini ialah MELAYU.........

1 Responses to 'TUHAN' BARU?

  1. Bro...tak semua melayu begitu...

    Sebab tu aku kata, letakkan Islam di atas politik. Maka, insyaAllah, perjuangan kita tak lari dari landasan. Islam itu syumul (menyeluruh). Politik jatuh no.2 atas sebab perjuangan demi Islam, Melayu dan Tanahair. Malangnya, ramai yang tersasar...ramai yang jenih "politik perut"! Paling teruk ialah PAS, apabila menjenamakan/mempergunakan Islam demi kuasa diri sendiri. Mempersoalkan aqidah orang lain jika tidak memilih PAS. Itu adalah salah satu contoh politik jumud! Sedangkan Islam tidak berparti! PKR lagi teruk...tak payah sebut laaaa...buat dosa je..

    Dok gitu?

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO