Petang kemarin semasa dok berlegar kat luar aku didatangi oleh kawan yang agak lama tidak aku ketemui. Dia dari DUN Gurun. Dia minta aku war-warkan hasrat untuk bertanding, dan dia juga minta tolong war-warkan seorang lagi kawan beliau yang diperkenalkan secara spontan. Kedua-dua mereka memang pandai berpidato. Dia cikgu dan kawan diatu pun pengerusi koperasi felcra(kawasan).
Beliau adalah cikgu Art(Jeniang) dan Sdr zulkifli(Kg. Berjaya).....semuga berjaya.
Tetapi aku nasihati kepada diri aku sendiri dan juga ahli akar umbi yang lain, silalah bertanya dengan mereka yang ingin menawarkan diri, apakah misi dan apakah visi mereka dalam UMNO
Aku cakap sebagai parlimen yang diwakili oleh 3 DUN, aku berharap akar umbi membuat pilihan seadil-adilnya untuk menempatkan wakil-wakil dalam AJK Bahagian secara saksama, dimana ketiga-tiga DUN ini ada wakil dalam AJK, dan mereka amat bersetuju dengan saranan ini.
Mereka juga setuju dengan saranan aku agar tiap-tiap jawatan penting yang tiga diatas tu turut ditandingi bagi mengambarkan kesuburan demokrasi di Jerai, baik di tahap Pemuda, Puteri, Wanita mahupun Bahagian. SUBURLAH DEMOKRASI DALAM UMNO JERAI!!!!
Play88 Review – Everything You Need to Know
1 week ago
0 Responses to HARAPAN