SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

Coretan Perjalanan

Posted by Detguaq Sunday, July 13, 2008

Memang semenjak dua menjak ni nafsu kau untuk menulis bab politik agak menurun.....tak berahi sangat....setakat 'mengkai' lagu tu saja.... he he he....

Ni aku nak coret skit pengalaman aku yang terbaru mengenai perjalanan aku pulang dari kelompo dan semasa aku di kelompo.

Petang Jemaat lalu selepaih aku habih urusan, aku niat nak lepak diujung minggu di kelompo dgn kawan-kawan lama. Kebetulan malam tu ada mesyuarat tak formal diShalam yang tak sempat aku hadiri kerana keletihan. Ralat gak pasai tak bleh attend. Ada yang dah lebih dari doploh tahun tak besua muka selapas masing-masing grad. Petang tu aku singgah ke Puduraya kerana nak beli tiket. Mak aih..... payah betoi nak dapat tiket utk balik malam nanti. Yang ada bas tambahan yang aku amat tahu risikonya. Aku dah kena beberapa kali disebabkan tak ada pilihan. Serik. Tapi kalu tiada pilihan itulah yang kena dihadapi.

Puak-puak pengusaha bas ekspress nipun sampai ke la ni pun tak 'ubah gaya hidup' depa ni. Bila beli tiket bagi tiket sementara yang hanya tulis kemana desitnasi kita dan berapa harga. Bila tanya pasai platform, semua kata bas yang kita nak naik, memang akan tunggu kita diplatform. Tapi bila kita turun jer......mulalah depa belakon dengan walkie-talkie depa dan bermulalah adegan usung-mengusung.......tetapi bukan usung tilam. Bayangkan betapa berat beg yang kita bawa yang terpaksa diheret kesana kemari dilambung oleh ulat-ulat bas ni. Bertambah perit lagi jika ada anak-anak terutama yang masih kecil dan dalam dukungan kita. Kesian aku melihat kesengsaraan marhein seperti mereka yang tak mampu.....nak 'ubah gaya hidup' macamana lagi???

Dan ada sekali tu aku membawa anak lelaki aku kerana ada gathering dengan kengkawan diPD. Hala nak pi dari Kedah(SP) OK jer...... Tapi bila balik dari PD dan nak balik dari KL, mulalah adegan menyayat hati golongan marhien spt aku. Ajak dia TIDO semalam dibudget hotelpun dia tak nak(mungkin pengalaman sebelum membuat dia fobia dengan budget hotel) dan beria-ia mengajak aku pulang. Lalu dlm kekalutan itulah aku terbeli tiket dari ulat tanpa sedar. Aku kata begitu kerana sipenjual itu walaupun berdiri diluar kaunter, tetapi menulis pada tiket diatas meja kaunter, itu yahg aku ingat tiket bas berkaunter. Lalu bila bas sampai kami-kami yang membeli tiket dari ulat berkenaan telah dikerah ke satu tempat yang agak jauh dari Puduraya. Sampai, bas dah tunggu. Tetapi malangnya tikat yang aku beli tidak melayakkan aku duduk diatas tempat duduk yang sempurna selayaknya. Diaturkan supaya aku dan anak aku tu duduk diatas lantai sehingga Ipoh sehingga ada penumpang turun disana....Cis apa dia ingat aku ni PATI ke??? Mengamuklah aku. Hingaq aku depan restoran nasi kandaq tu sambil memaki siulat tiket ni. Aku bagi kata dua. Samada kembalikan duit aku atau aku panjangkan perkara ni atau apa saja.....(aku benar-benar marah dengan apa yang berlaku. Nasib baik peristiwa itu berakhir bila ulat itu sanggup memulangkan duit aku sepenuhnya. Dan akhirnya aku berjaya membeli tiket bas yang berkaunter dan berplatform dan dapat balik keKedah dalam keadaan letih. Nasib baik anak jantan aku tu tak banyak songgel.

Dan ada sekali tu aku uruskan pekerja aku untuk balik dari kelompo ke Sg Petani. Janji bas pukoi satu t/malam. Tup-tup pukoi lima pagi baru depa bleh naik bas. Sampai Butterworth depa kena turun walaupun bayaq sampai SP. Tu pun siap minta duit tambah. Nasib baik aku tak bagi duit lebih kat depa. Kalau tak soheh depa tekena dengan puak-puak tak berhati perut ni.

Berbalik kepada cerita aku setelah aku selesai urusan, tempat pertama yang aku tuju ialah Puduraya untuk beli tiket balik ke SP. Aku tak dapat balik berkeratakerana kawan aku ada urusan keluarga di Bidor. Tuju ke kaunter Transnasional dulu. Hampa....tiket habis termasuk tiket untuk keesokan hari. Beralih ke Mara Liner.....pun habis. Tiket untuk keesokan ada tapi malam. Aku nak balik pagi. Ronda punya ronda dari kaunter kekaunter lalu aku dapat tiket untuk keesokan dari sebuah syarikat bas ekspess. Harga tiket RM30.00 yang pada aku agak berpatutuan berbanding bas lain kedestinasi yang sama (Transnasional dan Maraliner terkecuali). Yang lain-lain rata-rata demand antara RM40.00 ke RM50.00. Aku dapat tiket tu pun setelah balik dari mencari tiket keretapi diKL Sentral yang aku dah agak pasti mengecewakan aku. Setelah mendapat tiket untuk balik pada esoknya, akupun balik kehotel. Kerana keletihan pukoi sepuloh seteng terus belayaq..... Pepagi aku bangun dan kemaskan pakaian aku dan turun kebawah untuk chechk-out dan breakfirst. Sesudah tu aku ber'beka' samada nak naik LRT atau nak naik teksi. Kaki aku laju jer menuju keJln TAR. So aku niat naik teksi. Tengok ada satu teksi tu, ada pakcik dalam tu.....dok kira duit sehinggit demi sehinggit. Aku tanya, "Puduraya boleh?". "RM6.00 boleh?". "Tak pakai meter?" "Rugi dik....". Tak payah. Aku tahan teksi lain. Apek . Bawa aku pakai meter. Dalam perjalanan dan juga aku bersembang kosong dengan dia. dia tanya aku,"Apa pasat talak naik itu teksi?". "Tak mau pakai meter". "Apek, gua sudah manyak kali bila mau naik itu melayu punya teksi, dia olang talak mau pakai itu meter". "Dia olang mau hantam lebih harga". "Tapi wa juga sudah manyak kali naik lu punya bangsa punya teksi, tapi talak hat punya pasai meter". Apek tu kata,"Wa pun tak tau apa mau cakiap....dia olang ingat mau cinang saja....". itulah sikap sebahagian pemandu teksi bangsa aku. Dan apa yang paling mengesankan pada aku bila dia merungut agak sukar mendapatkan hasil seperti dulu.....seperti zaman Tun Dr Mahathir dulu......sebak aku mendengar pengakuan dari seorang marhein seperti aku. Dia kata, "Apa pasat itu maguih punya olang dia olang kasi paksa tulun. Ini ganti punya olang bikin satu Malaya(ini versi aku) susah..... Aku kata,"Itulah bangsa aku"....ramai PHD. Masih lagi dok petikai ke'patriotik'kan TDM, termasuklah palanivel......'yennadey'......

Sampai di Puduraya, meter tunjukkan RM3.10 SAHAJA. Aku bagi RM3.50. Empatkupang sebagai tips(stakat mampu) pasai layan aku bersembang. Terus aku melintas jalan kePuduraya(Salah ni) dan menuju kekaunter. Disana seorang gadis montel bersaiz jumbo mengarahkan kau keplatform 16. Ada lagi seteng jam. Aku beli tabloid untuk aku sendal masa aku dalam perjalanan nanti. Cukup masa aku kebawah, lepas 15min bas tak mari lagi, aku naik balik. Tengah dok baca tabloid tu aku dipanggil kebawah smula. Bas dah sampai, tapi bukan diplatform 16, rupanya diplatform 19.....lari tiga mata saja(language of the number's leg).....tu yang ramai dok melopong tu. Sampai atas bas, sebelum bas bergerak aku diberi satu tiket rasmi yang tertulis RM24.70(kot...kurang pasti)Nanti esok aku check n verify. Tak apa...bagi aku itupun dah kira beruntung dari dok terkena dengan ulat dan caj yang cekik darah.



Tu dia tiket asal. Nanti aku upload tiket rasmi kalu tak hilang dari simpanan aku.

Sepanjang perjalanan aku dapat melihat suasana yang berbeza ketika memandu sendiri. Yelah selain dari darjah penglihatan yang berbeza, mana boleh mata terlalu meliar ketika tangan memegang steering.....kecualilah ada tangan memegang 'gear'.....oppss...sekadar bercanda...

Terlelap entah bila, terjaga ditol Ipoh Selatan dan mohon perkenan drebar bas untuk turun mengosongkan ginjal yang dah 'cekang'. Aku ingat aku sorang jer...... Bila pintu bas dibuka dan aku yang pertama menerpa ke'pejabat kecil' dibelakang aku ramai pula staff-staff aku yang mengekori CEO mereka meeting di'pejabat kecil' tol plaza Ipoh Selatan.

Perjalanan disambung. Mata dah tak ngantuk. Buka tabloid dan belek-belek. Dah habeh berita dan cerita aku baca, aku melayari iklan. Sampai di hentian sebelah Bukit Gantang, bas berenti berehat untuk seteng jam. Aku pula memang tengah lapaq. Jam dah pukoi satu setengah. Elok sangatlah tu..... Pekena nasi campoq dengan ayaq suam(salah satu ciri dalam meng'ubah gaya hidup')....RM 4.50. Harga Lebuhraya......

Lepas makan, aku ronda gerai buah.....jamu mata sajalah....buah-buahan disitu tak 'mahal'. Tetapi saja aku nak 'ubah gaya hidup'. Tu yang tak beli buah tu. Yang aku beli ialah kacang rebuih 2 hinggit dengan ayaq mineral sehinggit(botoi kecik). Tetiba mata aku tertarik pada salah satu kenderaan pacuan empat roda. Diatasnya ada satu sangkar. Didalam sangkar terlompat-lompat kesana kemari seekor kera(bukan BEROK) yang pada aku agak cerdik. Ditengah kepanasan diambilnya sehelai tuala untuk menutupi kepalanya yang kepanasan. Kebetulan kau membawa kamera digital 'cap ayam' aku(inipun ciri2 'ubah gaya hidup') dan membidiknya. Untuk bidikan awal, hanya pungkoq dan bahagian belakang saja yang aku dapat bidik. Mungkin ketika itu ramai org yg mengerumuni, lalu dia buat perangai gila-gila. Tetapi bila melihat manusia-manusia tadi beredar, aku kembali menghampiri sikera(aku ulangi, bukan BEROK)tadi dan memujuk untuk berposing depan kamera digital cap ayam aku. Seolah faham atas 'rayuan'aku, diapun berposing sakan untuk dua shoot aybg aku ambil. Satu sahaja yang aku nak paparkan didalam blog ini. Yang satu lagi 'agak peribadi' untuk dipertontonkan disini.

Sicerdik.

Aku sampai keSP pukul 4.22ptg dengan slamat.......Alhamdulillah.....

0 Responses to Coretan Perjalanan

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO