Hmmm..................
Dah beberapa hari aku tak jengok blog aku. Sibuk dengan hambatan hidup selagi nyawa dikandung badan. Aku ni sebab seorang yang setia dengan UMNO maka bila pemimpin suroh ubah gaya hidup, maka akupun la ni dok tengah edjaslah gaya hidup aku. Kalu dulu rajin pi pekena tomyam dikedai petani, la ni beli instant noodle berperisa tomyam. Kalu dulu rajin pi pekena nasi kandar, la ni singgah juga, stakat pekena capati atau tosei......kuah campur: spt kuah udang besar, kuah sotong dan kuah kari kepala ikan. Udang tak ambik, sotong tak ambik.....kapla ikanpun tak ambik. Pasai apa? Pasai nak ubah gaya hidup seperti yang depa sarankan...punyalah nak ikut!!!
Kalu dulu rajin pi booking bilik karaoke dengan kawan-kawan(setengah dekad yang lampau).....la ni insaf dah. Tak karaoke dalam bilik dah....takat pi teran sora kat Karaoke Mat Ki jer.....selagu sehinggit!!! Tu pun la ni dah kureng dah.....ubah lagi gaya, stakat pi dengaq depa teran sora. Aku teruih hilang mood. Hebat betoi saranan depa. Sian Mat Ki, Bri, Bang usop dll kelab karaoke sehinggit, sebab la ni aku agak gayat nak kluag waima sehinggit utk teran sora.....kecualilah aku pula dibayaq utk penaik oghat ayam aku(acceewahh...macam artis pula, siap demand lagi!!!)
OK lah bebalik pada blog, kunonnya blog ni di kendalikan oleh pemastautain Kg TTTraz. Aku ucap tahniahlah pasai rajin buat blog. Ada chat box lagi. Macam blog-blog lain, macam blog aku juga.
Isi blog tu masih aku blum sempat perincikan kandungannya. Dan aku akan edit selepas ni setelah aku tinjau sekali lagi blog tu.
Sambungan:
Ropanya dia bahasakan diri dia Pak Ngah. Dan merupakan pejuang bangsa.......bangsa apa dia tak habaq pula. Tapi aku agak pejuang bangsa Melayulah Kot...... Selamat berjuang melalui blog Pak Ngah.
Play88 Review – Everything You Need to Know
1 week ago
0 Responses to Ada Lagi Blog Baru Jerai