Aku amat berbangga dengan sikap salah seorang kawan aku dalam Pergerakan Pemuda UMNO Jerai(PPUBJ). kali ini dia awal-awal lagi ingin menarik diri dari bertanding walaupun jika menawarkan diri, pemuda-pemuda cawangan tidak akan fikir 2x untuk memilih beliau.
Alasan beliau untuk tidak berada dlm barisan AJK Pemuda ialah kerana kesibukan terhadap karier utama beliau. Terus-terang beliau kata masa yang ada tidak dapat lagi dibahagikan antara komitmen dalam menguruskan syarikat dan menguruskan portfolio dan biro beliau dalam pergerakan Pemuda. Namun sebagai Bendahari Pemuda, beliau telahpun menjalankan tugas beliau dengan memuaskan semasa sessi yang lepas.
Maka pada sessi kali ini kepada sesiapa yang dipilih untuk mengepalai PPUBJ kenalah mencari calon lain(yang bakal dipilih oleh pemuda akarumbi) sebagai bendahari baru. Biarlah dia menjadi ahli biasa sahaja, kerana aku lihat semasa sedang berdialog dengan akupun tidak putus-putus dia bercakap dengan kakitangan dia menggunakan PTT dan plan 3+1......sibuk sungguh. Ini disebabkan ayahnda beliau tidak lagi dapat meneruskan tugasan kerana uzur, manakala calon yang layak untuk membantu beliau dalam menguruskan syarikat beliau yang sedang berkembang(terima kasih UMNO)........
Tahniah diatas keikhlasan anda kerana tidak tamakkan jawatan........
Play88 Review – Everything You Need to Know
1 week ago
0 Responses to IKHLAS