Saya kenal baik dengan sdr. Bassori Abu Hassan. Petah berpidato, kerana itulah sesuai beliau bekerja dengan Jabatan Penerangan(dulu). Hasrat beliau untuk terus menerajui kepimpinan Pemuda UMNO Jerai pada saya tidak ada masaalah. Tetapi baru-baru ini, tindakan beliau yang agak terburu-buru pada saya tidak perlu. Beliau tidak perlu panik bila ada orang lain menawarka n diri untuk bertanding pada posisi yang sama. Kewibawaannya dalam mengepalai Pemuda walaupun diragui pada peringkat awal dahulu(selepas menang tidak bertanding)kerana pada masa itu tidak dapat tidak ahli-ahli Pemuda semestinya akan membandingkan beliau dengan sdr Ku Razak, namun beliau dapat meneruskan tugas sehingga sekarang dengan dibantu oleh beberapa kerat AJK Pemuda. Bagi aku yang lain tu hanya seronok bertanding tapi baloq bekerja. Yang bekerja keras membantu sdr Bassori walaupun tanpa mendapat mandat dari perwakilan Pemuda dahulu apatah lagi yang menang terkejut, tetapi buat kerja "tak terkejut" sehngga mendapat kepercayaan dari barisan AJK lain untuk naik menjadi deputi kpd sdr Bassori, saya ucapkan tahniah. Tak dak jawatanpun pun boleh berkhidmat....apatah lagi jika ada jawatan(?).
Sila nyatakan dengan jelas misi dan visianda ketika berkempen.
Play88 Review – Everything You Need to Know
1 week ago
0 Responses to PESANAN UNTUK KETUA PEMUDA