Pertama sekali aku nak ucap syabas kepada PERKASA yang sudah menetapkan keputusan untuk turun berarak bagi menyaingi kumpulan HARAM yang tidak layakpun menggunakan istikah bersih dalam mempengaruhi rakyat untuk berdemo gara-gara hasrat busuk lagi meloyakan yang terdapat dalam perut pekong mereka.
Biarlah mereka sedar bahawa tindakan mereka memprovokasi secara salah semangat sebahagian kecil rakyat agar bangun menentang sesuatu yang kabur tujuannya walhal ada saluran lain yang lebih aman dan tidak akan menimbulkan rasa tidak puas hati sebahagian besar rakyat yang menetang perbuatan mereka secara senyap.
Disebalik tentangan sengit PERKASA serta lain-lain NGO dengan sering membuat lapuran-lapuran polis bagi menghalang demo bersih yang kotor didalam tiba-tiba aku cukup teruja bila PEMUDA UMNO Malaysia juga mahu turut serta. Kalau betullah jentera Pemuda UMNO mahu turut berarak bagi mengimbangi demo haram bersih tapi kotor itu maka aku awal-awal lagi ingin mengucapkan TAHNIAH! Tetapi tahniah aku hanya berakhir di sempadan Naib Ketua Pemuda UMNOnya sahaja iaitu seluruh ahli pemuda UMNO serta Dato' Razali Ibrahim. Untuk Ketua pemuda aku nak ucapkan TAKZIAH kerana sikap kluk-kleknya. Aku tak rasa dia akan turut turun berdemo kerana tentunya di tak ingin menjadi apa yang di ucapkannya dahulu kepada penunjuk perasaan jalanan dari pihak pembangkang. Apakah katanya?
Jadi apakah kj akan sehingga tergamak untuk MEMBERUKkan diri bersama Pemuda yang lain? Aku harap biarlah Naibnya sahaja yang turun menyertai ahli-ahli Pemuda yang lain yang berhasrat untuk menyaingi demo haram bersih yang kotor itu nanti.
Selasa, 06 Mei 2008
NAIB ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini enggan menjawab bila diminta komennya terhadap cabaran supaya beliau memohon maaf kerana memanggil peserta perhimpunan Bersih November tahun lalu sebagai beruk.
Perasaan skeptikal ini timbul kerana kemungkinan kj akan mengeluarkan kenyataan seperti sebelum ini bahawa mereka akhirnya tidak jadi untuk berarak bagi menyaingi demo haram bersih tapi kotor atas nasihat polis dan demi ketenteraman awam....
AYUH PERKASA DAN PEMUDA(tanpa KJ)....TURUN BERHADAPAN DENGAN HARAMI-HARAMI BERSIH TAPI KOTOR SEBAGAI MENIFESTASI RAKYAT YANG TIDAK PUAS HATI DENGAN CARA PROVOKASI KETERLALUAN PIHAK PEMBANGKANG!
napa perlu buat lagi sedangkan perkasa dah rancang lebih awal pun..AKU RASA DIA NI ADA NIAT YG X ELOK..UMUM PUN TAHU SI KITOL NI PERNAH HENTAM PERKASA SEMATA2 NAK PERTAHANKAN WEE KA SIONG..KJ JANGAN LAH KAU BUSUK HATI SANGAT..BILA MELAYU NAK BERSATU..PERKASA DAH PLAN DULU BENDA NI DAN RAMAI PUN DIDALAM PERKASA TU SENDIRI ADALAH UMNO ATAU PEMUDA UMNO.ADAKAH KAU SENGAJA NAK KURANGKAN JUMLAH YANG AKAN SERTAI PERKASA PADA 9 JULY NANTI...KENAPA TIBA2 PEMUDA PULAK NAK BUAT BENDA YG SAMA??ADAKAH TANGAN2 GHAIB DIBELAKANG KJ??ANWAR KER??BUKAN KE KAU YG HANTAR PASPORT PADA ANWAR LEPAS DIA KELUAR PENJARA DULU..JANGAN JADI GUNTING DALAM LIPATAN SAUDARA!!!KELAK BANGSA YANG BINASA