SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

Tolong Berhenti Sat. ....Tumpu PRU 13 Dulu.

Posted by detguaq8 Sunday, January 16, 2011

Bersetuju dengan saranan oleh Timbalan Pengerusi BPUNK, Dato' Mukhriz Mahathir(DMM), aku sebenarnya telah beberapa kali menyuarakan perkara ini kepada beberapa pemimpin yang aku kenali agar mereka berhenti sekejap bersaing sesama sendiri apabila PRU ke 13 semakin hampir.  Dan kembalilah merebut pengaruh dalam parti apabila tiba musim pemilihan di bahagian-bahagian nanti.  Aku bukannya tidak tahu, kerana memanglah adat dalam parti, masing-masing ada cita-cita hendak menjadi pemimpin dan berlakulah perebutan untuk itu.  Tetapi biarlah ianya mengikut prioriti dan musimnya.

DAN TOLONGLAH...TOLONGLAH!  TOLONGLAH!! JANGAN SABOTAJ PARTI LAGI BILA PRU MENJELMA LAGI.  BIARLAH YANG BERLAKU ITU BERLALU DAN PERTEGUHKAN DALAM HATI AGAR IA TIDAK AKAN BERLAKU LAGI.  SESIAPA JUGA YANG MELAKUKANNYA TERUTAMA PEMIMPIN(KERANA ANDA RAMAI PENGIKUT) JANGAN BERCAKAP YANG ANDA ADALAH PEJUANG PARTI JIKA NIAT SABOTAJ KAWAN MASIH TERSELIT DALAM NIAT ANDA!!!

15 Januari, 2011 14:30 PM
Amalan Cantas Mencantas Dalam Umno Buka Ruang Kepada Pembangkang - Mukhriz
KULIM, 15 Jan (Bernama) -- Amalan cantas mencantas di kalangan pemimpin Umno akan membuka lebih ruang kepada kemaraan pembangkang yang sentiasa mencari faktor melemahkan aktiviti jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata para pemimpin Umno Bahagian di Kedah perlu menjauhi amalan politik cantas jika mereka bertekad mahukan BN merampas semula Kedah pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita tidak lagi sanggup melihat senario pilihan raya umum ke-12 berulang kerana kini Perdana Menteri telah berusaha keras mengembalikan kepercayaan pengundi yang telah dipesongkan pengaruh kempen pembangkang," katanya kepada pemberita pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Terat Batu, Padang Serai, pada hari Sabtu.

Mukhriz berkata demikian mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad berhubung isu amalan cantas mencantas di kalangan pemimpin Umno di Kedah yang disifatkannya akan melemahkan usaha menawan semula Kedah daripada pembangkang.

Mukhriz berkata pemimpin dan anggota Umno di Kedah kini perlu menumpukan kepada perpaduan dan kerjasama lebih padu dan erat kerana amanat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dijadikan kenyataan.

Program anjuran Umno Bahagian Padang Serai itu bermula dengan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu bermalam di rumah seorang penduduk di kampung itu malam semalam.

Pagi tadi, Mukhriz bersama hampir 100 penduduk di kampung itu bersolat Subuh di Masjid Jamik Al Syahida yang diimamkan oleh imam masjid tersebut Mohd Saad Bakar.

"Ini diikuti dengan sesi minum pagi yang diadakan di sebuah warung bersebelahan masjid tersebut yang dapat lebih memesrakan lagi pemimpin di peringkat pusat dengan masyarakat di kampung tersebut," kata Ketua Umno Bahagian Padang Serai Abdul Rahman Mahamud ketika ditemui hari ini.

Abdul Rahman berkata pihaknya memang berhasrat mendekatkan pemimpin Umno Kedah dengan rakyat supaya mereka lebih memahami kehidupan masyarakat bawahan, lebih-lebih lagi yang dekat dengan pembangkang.

Bagi keluarga Mohamad Zaki Abdul Rahman, 47, dan isterinya Fatimah Mohd Noor, 40, merasa amat terharu dan gembira kerana Timbalan Menteri itu telah bermalam di rumah mereka dalam lawatan pendeknya semalam dan pagi ini.

-- BERNAMA

18 Responses to Tolong Berhenti Sat. ....Tumpu PRU 13 Dulu.

  1. anak sg kob Says:
  2. Rahman laa kaki sabotaj pilihanraya yang lalu.frust pasai tak jadi calon.kerana dialah umno padang serai lingkup dan hancur.UMNO kg keladi selerak pun kerana dia.Double standard punya ketua.janji bohong pada orang taman mutiara sk kob.Ego dan sombong.

     
  3. Ana Says:
  4. Apa Tun M kata tu betul dan apa yang Mukhriz kata tu betul. Jangan sabotaj parti, jangan sabotaj calon BN, jangan cantas mencantas tu betul, sesungguhnya semua itu betul. Apa yang Ketua Bhg Pdg Serai kata tu untuk mendekatkan pemimpin tertinggi UMNO peringkat Negeri dengan peringkat akar umbi betul dan dah mula di lakukan, syabash. Tapi apa yang Rahman dan UMNO Bhg Pdg Serai buat untuk menguatkan UMNO dan menyatupadukan perpecahan yang kian parah dalam UMNO Bhg Pdg Serai itu pun betul-betul dilaksanakan. Usaha Rahman berterusan ialah, cantas, pencilkan, kecilkan dan asingkan mana-mana barisan kepimpinan cawangan yang tak mencalonkannya semasa pemilihan dahulu. Contoh kesannya, yang berlaku di UMNO Cawangan Terat Batu, kenapa dia membelakangkan Cawangan tersebut, membelakangkan Ketua Cawangan, mengetepikan barisan kepimpinan Cawangan tersebut sehingga sanggup memberikan tugas memangku Cawangan tersebut kepada Mohamad Zaki Abdul Rahman, 47 yang menjadi ahli UMNO Cawangan Taman Serai Setia, kenapa dan mengapa. Adakah Ketua Cawangan Terat Batu dah mampussssss.....Ini amalan apa, ini bukan sabotaj...bercakap biar betul. Mukhriz mungkin tidak tahu perangai busuk Rahman dan konco-konconya yang hebat dan kreatif dengan perbuatan sabotaj. Cuba tengok jari-jarinya yang busuk itulah menggambarkan penulisan laporan yang busuk menyebabkan UMNO Bhg Pdg Serai terparah. Dari 100 orang yang hadir solat subuh dan minum pagi bersama Mukhriz tidak lebih 15 orang ahli UMNO Cawangan Terat Batu ataupun pengundi UMNO dalam Lokaliti Terat Batu. Adakah ini kejayaan gelombang merah yang di canangkan itu....
    Ini saranan saya kepada Mukhriz yang tidak memihak kepada mana-mana pihak demi untuk masa depan Melayu dan UMNO sebelum PRU ke-13 tidak berapa lama lagi.....Dato' perlu berjumpa sendiri [bersemuka] dengan Ketua-Ketua Cawangan/SU Cawangan tanpa pengetahuan Bahagian bagi mendapatkan gambaran sebenar apa yang sedang dan dah berlaku di Bahagian Pdg Serai. Ataupun wujudkan satu unit khas yang bebas dari memihak kepada mana-mana Ketua Bhg untuk menangani masalah sebenar yang melanda Bahagian dan sejauh manakah penerimaan ahli terhadap Ketua Bahagian dan kesan kepada pilihanraya.....Rahman..anda sebenarnya gagal membawa perubahan positif...anda sebanarnya nakhoda bengis di era viking yang menguasai Carribean satu ketika dulu dengan tipu helah yang tidak menguntung yang mana akhirnya viking hanya tinggal nama dan pupus di mamah oleh kezaliman sendiri. Ana rasa anda mungkin rasa puas dengan apa yang anda alami dan lakukan keran anda sebanrnya di kuasai oleh nafsu amarah dan dikelilingi syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia seperti beribesaq, zuberkongkang, cot uban, rahman batu 8, p3 yang yang syok sendiri, pemuda kaki judi dan barisan AJK yang hampeh......tunggu dan lihatlah apa akan jadi kepada UMNO Bhg Pdg serai dalam PRU ke-13 nanti...bolehkah Rahman selaku Ketua Bhg menyatupadukan kembali perpaduan dalam UMNO Bhg Pdg Serai yang dia sendiri bertanggungjawab meronyehkannya....jangan salah orang lain yang kononnya didakwa ramai pengaruh yang lakakukan sabotaj. kalauorang lain yang kuat pengaruh, kenapa orang tu kalah dalam pemilihan...jangan buat cerita bodoh macam perangai PAS dan PKR....."Anda yang ramai pengikut tu sapa dia...cuba cakap bagi jelas...kalau orang yang didakwa mempunyai ramai pengikut itu dituduh melakukan sabotaj, awak ni kaki temberang. Kenapa dia kalah dalam pemilihan"

     
  5. Al Labu Says:
  6. Program Dato Mukhriz di Keda Bagan Sena pun kenapa Rahman pinggirkan ketua cawangan Keda sndiri.Aku tak nampak pun muka ketua cawangan Keda dan orang KEDA.yang ramai pun orang luar sahaja.Nasib baik ada pemuda bermotor.Betoi lah istilah duoble standard yg diamalkan oleh Rahman ini.Bawa pemimpin besar turun ialah untok menguatkan sokongan parti umno.Ini tidak apa yg Rahman buat sebaliknya.Bawa pemimpin besar turun padang untok menekan oarang umno yg tak suka pada Rahman.Aku kesiab pada Dato Mukhriz sepatutnya seluroh ahli UMNO turun sambut hero ini.Dia pandang ringan hala tuju UMNO.Yang penting dia jadi calon.Musoh dicipta setiap hari.Bukan makin kurang......

     
  7. Anonymous Says:
  8. ingatkan itu komen asal dari dato mukhriz... rupanya komen dari Tun asalnya

     
  9. pengasas kepada kerosakan umno padang serai ialah:
    1.abd rahman mahmud
    2.marlia bt latiff
    3.halim bin hj hasaan(halim bas)
    4.asri bin ariffin.
    PENASIHAT MEREKA ASALNYA IALAH;
    Zuber sehingga kini.

     
  10. ulaqayaq Says:
  11. Macam mana nak menang dalam pru ke-13 ni...kalau macam punya dok ada. Sapa punya kerja ni yang dok mintak "Tolong Beghenti Sar....Tumpu PRU 13 Dulu"....sapa ni.....gila babi kot...maknanya bukan suruh UMNO Pdg Serai puleh sepanjang masa, cima beghenti sat...apa punya orang ni...ni tentu orang Raman punya kerja ni....
    aikkkkkk. PU3 dulu bagai nak ghrak sokong Raman, pasai apa jadi macam tu. sebenaqnya cik adik oi....yang dok rosakan UMNO Bhg Pdg Serai ni ada lagi, yang tak boleh punya orang yang ada dalam AJK Bhg lani. Menantang haram jadah ni akan buat perangi setiap kali tiba PRU ataupun PRK dalam bahagian kiat. Menang haram jadah ini guna ugutan, tak mau tubuh jentera pilihanraya di DM dia. Boleh tubuh jentera p/raya dengan syarat yang tersangatlah banyak, kalau tak dia dan orang-orang dia nak keluar UMNO...masuk PAS/PKR. Haram jadah ni spa dia, Pak Su Mie, Shuhaimi Nik Mat, Samseng kampung Dusun. Dia ni ugut UMNO Bhg dengan berbagai cara untuk menghalalkan cara khianatnya. Dia ni mentor Beribesq anak haram Tiga Line pengkhianat Bangsa [kaki pau..tak ada kerja]. Kalau lagu nilah mampuih UMNO, hancoq UMNO...punah Melayu. Kalau macam ni punya dok ada di Bhg Pdg Serai dan kalau macam ni jugak dok ada di seluruh Bhg dalam malaysia....tok sah dok buat tranformasilah, jangan dok harap dengan 1Malaysia. Kalau malaikat maa sekalipun jadi Presiden ataupun Pengerusi Perhubungan Negeri akan telungkup....sapa punya kerja ...tentulah Tun Lah dan menantunya si lahanat KJ yang bersekongkol dengan Raman/konco-konconya dalam UMNO Bhg Pdg Serai......puas hati hang Rahman, zuber, halim bas, asri, kak malia, wati bini cot baiiii.....nak sangat.......

     
  12. Mula pakatan mereka ini ialah untok menjatuhkan Dato Hadzir waktu itu sebagai ADUN Merbau Pulas dan Ketua Bahagian Padang Serai.Di Wujudkan sebelum pilihanraya lagi.Itulah agenda politik mereka ketika itu.

     
  13. Rahman janji bohong pada mak cik ditaman selasih sejak terbakar sampai hari ini tak dengar berita.Ketua umno cawangan pun dah cabut lari menghilang diri.Kesian makcik tu punya tunggu.Ibu tunggal pula tu.

     
  14. Pak Lah Bom Says:
  15. Laaa depa tak tunai janji.Tu dia baru padan muka hangpa semua umno padang serai.

     
  16. Di pendekkan cerita.Sekarang kumpulan perosak UMNO Padang Serai ini sedang berentap hebat berebut untok nak jadi calon pula iaitu kerusi DUN Merbau Pulas.Rahman curiga pada Marlia dan Halim Bas.Ini lah kerja perosak UMNO Padang Serai kini.Mereka bertiga ini punca segalanya dgn diikuti pengukut mereka yg terpaksa diberi upah sebagai askar.

     
  17. Mana dia orang2 UMNO Padang Serai ni??? Tenunya jurublog tertunggu-tunggu hujah balas dari pejuang2 UMNO Padang Serai pula.

     
  18. AnaQarbana Says:
  19. Askar upahan Rahman semua buta IT/ICT...nak harap sapa..beribesaq main teloq bolehlah....wati main games....rosni asyik dok lelah je....biah apalah dia tau sangat...midah asyik dok mekap je...zuberkongkang dok buat agenda sendiri...paksu me dok rancang nak sabotaj apa pulak.....sepatutnya Rahman lah yang tampil dengan idea bernas menjawab segala tohmahan, fitnah yang dilemparkan oleh pembaca, berilah penjelasan...berani kerana benar......kalau takut dilambung tsunami jangan berumah di tepi laut.........

     
  20. masalodeh Says:
  21. UMNO Padang Serai adeke......adeke......ade ateh korteh je kot...ahlinya, pemimpinnya dah mampuih dak kot..sonyap yo....entah-entah sedang di talqinkan kot.....Ketua dia kena penyakit kuku dan mulut, pasai tulah tak boleh bercakap dan tak boleh menulis...kalau bercakap macam orang nyanyuk je.....Ketua Bhg, SU Bhg dan AJK BHG serta saya-sayapnya dah gila babi dah kot, asyik dok seghondoi Pengerusi dan Naib Pengerusi BPUK....kan tak laama lagi musim kerat padi.......

     
  22. Pakda Says:
  23. UMNO Padang Serai tarak berani jawap punya.....aku nak tergelak jugak tengok kelaku Rahman ni...masa pemilihan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dulu dia sokong KJ...la ni dok seghondoi Mukriz plak...Cikgu Madi pun sama.Hampa ingat Mukriz tu bodoh ka...Aku ingat masa Rahman jadi Ketua Pemuda dulu jemput Mukriz mai bulan puasa lepas tu dia tinggal Mukriz kat surau KEDA Bagan Sena sembahyang Tarawikh dia hilang...tak respek kat Mukriz langsung..la ni pi sondoi pulak....Orang Padang Serai masih ingat kesah sabotaj PRU 12 yang dibuat oleh Rahman dengan konco2nya Wahab n Hashim Non Sengau jual buluh bendera UMNO kat org PAS,Bribesaq buat kecoh masjid Nagore Pdg Serai,Halim Bas kambus poster belakang rumah,Cikgu Madi pun sama.......Zubir kongkang biat rumah banglow atas rizab JPS...muka-muka ni ka nak jadi calon PRU 13......

     
  24. Anonymous Says:
  25. Lepas tu depa jual pula rumah umno di taman mahsuri padang serai pi buka pejabat di taman seluang .Kedai cina pula.Tak malu ke pemimpin macam ini.

     
  26. pesona Says:
  27. Bila Rahman gaduh sakan cincang lumat Halim Bas.Yang seronok tengok depa belaga kepala Marlia juga lah.Marlia juga yang untong.He he he he he.

     
  28. Anonymous Says:
  29. Awat treuk sgt org UMNO ni. Yg sudah tu sudah la, tunggu la masa pemilihan nak mai ni pulak. Terima saja lah yg kita tak dipilih oleh perwakilan hari, tak dipilih bukannya bermaksud kita kalah. Masa akan sampai nanti. La ni kalu sayang kat UMNo pakat2 buat kerja untuk parti dah la.
    Orang lain adalah cermin bagi diri kita.
    Kita rasa kita dok nampak kesalahan orang lain yang sebenaqnya itulah kesalahan yang kita buat.Perwakilan dah pilih depa, bagi la peluang kat depa nak buat kerja.
    Cuba ingat balik masa kita ada kuasa dalam UMNO dulu, semua yang kita buat tu betoi ka? Kalu tak silap kita pun dok cantas jugak, dok kerat jugak supaya depa tak naik.
    Tapi Allah Maha Kuasa, nak bagi kita sedaq, ada benda yang kita buat tak betoi. Lepas ni kalu depa pun buat tak kena depa pulak akan terima.
    Pakat2 dok berebut, tak habis2 dok mencantas lepas ni KEDAH pun terlepas, baru semua padan muka. Masa tu nak salah sapa pulak?
    Pakat2 pikiaq, apa sebenaqnya perjuangan kita ni.

     
  30. Anonymous Says:
  31. Di Padang Serai ini yang dok berkelahi ini bukan yang kalah.Yang menang dok berkelahi sesama depa.Dulu seraga.Depa lah pelingkup umno.sebenar.Memang tak guna punya pemimpin macam ini.Dah ada jawatan pun gila babi lagi.

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO