Di sebalik kisah panas UMNO Bahagian Merbok yang bagi aku kepalanya dah tak betul kerana tidak faham atau buat-buat tidak faham apa yang telah di ucapkan oleh Presiden UMNO di Taman Sri Pinang, Sungai Petani tempohari baik juga aku hilight aktiviti Dato' Mukhriz Tun Mahathir(DMM) bermula dari petang kelmarin di DUN Gurun kemudiannya berehat di DUN Guar Chempedak dan berceramah di DUN Sungai Limau.

Program Kongsi Raya anjuran Barisan Nasional Jerai yang di pengerusikan oleh Dato' Shuhaimi Hj Abdullah bersama-sama ADUN Gurun iaitu YB Dr Leong dengan melawat ke rumah-rumah kaum Tionghua dalam Kampung Baru bersama-sama dengan Ahli Perlimen Jerlun merangkap Timbalan Pengerusi BPUNK iaitu DMM cukup meriah. Dengan di iringi oleh pukulan gendang dan tarian singa, suasana meriah cukup terasa dan rata-rata kaum Cina yang di lawati cukup teruja dapat bertemu dengan anak bekas negarawan ulung Malaysia. Dapat bersalaman dengan Timbalan Menteri tentunya pengalaman yang akan terus di ingati oleh kanak-kanak dan ibu bapa mereka.
"Whoaaa....Latok punya muka banyak selupa itu you punya bapa Mahatey laa...." itulah antara kata-kata yang aku boleh dengar dari mereka yang di lawati oleh beliau. Tidak kurang juga wajah riang dengan gelagat gembira tidak terhingga bila tangan mereka dapat menggenggam tangan pemimpin mereka yang amat mereka kagumi...."The Promising Future Leader".....

Bagi aku sebagai marhien UMNO terus berdoa agar tiada ganggu-gugat terhadap gandingan Dato' Paduka Ahmad Bashah Mat Hanipah dan Dato' Mukhiz Tun Mahathir dalam mengemudi Badan Perhubungan Barisan Nasional Negeri Kedah begitu juga dengan Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah. Maklumlah dalam perjalanan yang agak genting ini, tentunya ramai oportunis yang hanya tahu bernyawa melalui polemik dan krisis akan terus mencari ruang demi untuk mendapatkan untung peribadi tanpa mengambil kira kepenitngan parti. Selagi daya, sekadar termampu aku akan berusaha bersama-sama blogger-blogger pro UMNO/BN lain di kedah untuk membantu agar gandingan ini terhindar dari mainan politik kuno UMNO yang cukup memualkan. Aku harap garapan dan gaulan kemapuan dan keupayaan mereka bakal merampas kembali kekuasaan berkerajaan kepangkuan UMNO/BN Kedah. Apa yang terjadi kepada Datuk Zubir patut di ambil iktibar oleh seluruh ahli parti.
**Aku akan buat tiga posting bergambar lanjutan dari lawatan DMM ke Jerai.
0 Responses to Sekitar Lawatan Dato' Mukhriz Mahathir ke Parlimen Jerai.