Baru tadi aku di 'pandu' oleh blog flying kick yang membuat link dengan Mummy Rokiah dan melalui blog Mummy Rokiah aku di perkenalkan satu blog yang baru ujud dalam pertengahan Oktober 2010 yang lalu.
Ceritanya sudah tentulah byk berkaitan dengan politik Kedah. Blog berkenaan yang aku maksudkan ialah Blog Tok Senawi. Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan
SELAMAT DATANG KE DUNIA BLOG!
Nampaknya blog baru ini juga turut panas menceritakan tentang UMNO Negeri Kedah dan bakal penerajunya.
___________________________________________________________________________________
Yang menariknya bagi aku ialah si penulisnya dan komen dari anon dalam blog mummy rokiah dan blog Tok Senawi sendiri. Dari tulisan Tok Senawi dan dari komen anon juga dari komen Mummy Rokiah sendiri, menurut analisa aku adalah bahawa setiap dari mereka adalah orang lama dalam UMNO Kedah dan cukup tahu dengan mendalam akan sejarah UMNO Kedah tetapi mengupas perkara yang sama mengikut kepentingan masing-masing. Tidak nampak pada aku apa sebenarnya yang ingin di ungkap dari segi pengajarannya ttg sejarah Montoya sehingga membolehkan Osman Aroff mengambil alih jawatan MB.
Ini komen-komen yang ada sesuatu untuk di nilai:
*. MR, bila aku baca Tok Senawi, jelas, depa dok sembang tuuu... kosong. Fikiran depa dua oghang jeeerrr... Yang Che Gu sekoq tuuu... orang pembangkang. TS boleh dok dengaq dan fikiaq pula apa yang Che Gu cakap pasai Bashah yang hanya ada kelulusan SRP. Awat?, yang ada kelulusan Dr pun jika tak gheti politik, tu yang jadi, dok jeghkah wartawan tuuu.. Haa, tu ceghdik lebih lah tuuuu... Bekas pensyarah UKM oooo....
Cakap pasai hengky-pengky UMNO Kedah niiii... bukan pasai tak dak pemimpin. DSNTR sebagai pemimpin dah ada pilihan.
Cakap pasai DS Syed Nahar dalam kes Mentoya. Lepas je kes tu berlaku ada PRK Perlimen Pdang Terap. Arwah Tun Syed Ahmad bertanding dengan Arwah Dato' Asri. Tun Syed Ahmad menang dala PRK tuuu.. Masa tuuu... PAS gaduh kuat. Nik Aziz menentang Dato Asri, Dato Nasir menentang Datok Asri, lalu tubuh parti baru. Masa PRK tuuu... banyak tokoh PAS tak turun membantu. PAS Kedah pun tak kuat kerja, sebab Dato Asri mai dari Kelantan. Fadzil Nor pun buat kerja lepas tangan. Maka BN menang.
Siknifikennya, walau ada isu Montoya BN tetap menang PRK tersebut. MR cakap MB Kedah dan Selangor berhenti kerana ada cerita sensasi. Kenapa tak cakap pasai MB-MB lain yang berhenti?. Ada cerita sensasi juga kah?. Khir Toyo lain ceritanya. Itu pun belum tahu berliau salah. Dia berhenti bukan fasal cerita sensasi, tapi fasal BN kalah.
MR, saya rasa elok buat sikit risech mendalam fasal politik Kedah niii... lpas tuuuu... MR tulis. Yang MR tulis niii... banyak sangat tak kena. Tulis ikut hati dan cerita-cerita orang saja, kan?.
Saya banyak bahan, tapi saya tak mau tulis, kerana banyak pihak akan rasa tak seronok.
Dan sudah tentunya anon yang memberi komen itu secara tak langsung secara jelas mempertahankan kewibawaan Ahmad Bashah. Itu hak dia kerana bagi aku orang itu kemungkinan rapat dengan Tok Bashah dan tahu style kerja politik Tok Bashah.
Jawapan dari Mummy Rokiah:
**Usah tuan putar fakta isu Montoya, MR tidak berhasrat berhujah dan mendedahkan apa yang ada dalam arkib MR, MR ketika itu membuat liputan bersama DS Syed Nahar.
MR tahu jasa DS Syed Nahar begitu banyak khasnya kepada penduduk dalaman di Langkawi dan Padang Terap.
Untuk makluman followers MR sekelian selepas DS Syed Nahar melepaskan jawatan MB Kedah ia diambil alih oleh DS Osman Aroff.
Cukup setakat itu.
MR tahu jasa DS Syed Nahar begitu banyak khasnya kepada penduduk dalaman di Langkawi dan Padang Terap.
Untuk makluman followers MR sekelian selepas DS Syed Nahar melepaskan jawatan MB Kedah ia diambil alih oleh DS Osman Aroff.
Cukup setakat itu.
Sejarah eloklah pakat buat pedoman, begitu juga sejarah yagn baru sahaja berlalu sehingga membuat UMNO/BN trrsungkur di Negeri kedah antaranya.....
Teruskan menulis Tok Senawi.