Ha ha ha....hwakaka...mwahahaha...kehkeh keh...hik hik hik...huk hu huk....ahaks!
Hangpa tengok berita hampas yang aku ambil dari kertas bungkus belacan HAPRAKAH ni...ha ha ha!
Saman: Mustafa sifatkan laporan tidak beretika
Majdan Yahya |
KUALA LUMPUR, 10 Dis: Laporan akhbar pro Umno, Utusan Malaysia hari ini kononnya Kerajaan PAS Terengganu cuai sehingga disaman RM1 bilion dianggap menyalahi etika. Hal ini dinyatakan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika diminta mengulas laporan akhbar tersebut. Kerajaan Terengganu disaman oleh syarikat pembalakan, Riyapadu Sdn Bhd dan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Datuk Abdul Rahim Muda telah membuat keputusan memihak kepada syarikat berkenaan dalam penghakiman 27 Oktober lalu. Menurut Mustafa, kes tersebut masih dalam proses perundangan dan pihak kerajaan negeri sedang dalam proses rayuan. “Adalah tidak beretika untuk meletakkan kesalahan itu kepada parti,” ujarnya yang juga bekas Exco kerajaan negeri kepada Harakahdaily. Hal ini, katanya kerana mana-mana pihak yang mengambilalih kuasa, tidak kira PAS atau Umno akan bertanggungjawab atas segala perkara termasuk hal saman tersebut. “Ketika kes ini berlangsung di mahkamah, PAS tidak lagi memerintah. Malah sepanjang kes ini berlangsung tiada seorang pun pimpinan PAS yang pernah menjadi kerajaan dirujuk,” katanya. Kerajaan PAS sendiri, jelasnya pernah menerima tanggungjawab disaman ketika dalam kes Yee Seng Sdn Bhd lawan kerajaan Terengganu. Pada ketika itu, katanya PAS memerintah Terengganu dan kes tersebut telah pun bermula pada zaman pemerintahan Umno. Sebagai kerajaan negeri, jelasnya PAS bertanggungjawab penuh dalam kes tersebut. “Walaupun kalah PAS tidak pula meletakkan kesalahan itu kepada Umno,” jelasnya lagi. Dalam hal ini, Mustafa menyifatkan laporan akhbar tersebut telah diperbesar dan lebih bermotifkan politik. Walaupun kalah hampasrael tidak pernah salahkan UMNO? Bengong ka mimpi ni? Rakyat Kedah boleh nilai macamana perangai kerjaan pas Kedah sekarang ini. Sikit-sikit salah kerajaan lama, ada sahaja runguta n rakyat, terus jari di tuding kepada kerajaan terdahulu. tapi oleh kerana kertas balut belacan ini hanya di baca oleh mereka yang otaknya sentiasa di seluti oleh belacan poltik busuk, maka mereka sentiasa alpa dan lupa dengan apa yang mereka ucapkan, zahirkan dan tuliskan, baik melalui ceramah-ceramah, mahupun melalui kertas-kertas balut belacan mereka. Maka beberapa lapuran dari akhbar-akhbar maya dan juga akhbar konvensional ini pula menunjukkan bahawa MB kedah dari hamPASrael juga adalah tidak beretika, malah jauh dari seorang yang ada wibawa. 1. Malaysian Insider 2. Mstar Online Dan lihatlah juga bagaimana kerajaan hamPASrael Kedah sekarang ini asyik menyalahkan UMNO/BN ketika menjadi kerajaan dahulu dalam kes balak dan banjir lumpur di Sik. Beretikakah ini??? |
0 Responses to Amboiiiiii....Baiknya pas pis pus pus pus!