SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

Kedah: pkr dan dapig hanya melutut di tepi gantang.

Posted by DetGuaq6 Saturday, December 11, 2010

Di bawah ini aku CnP dari Kedah Times yang semakin mendapat perhatian pembaca maya.  Tahniah Kedah Times di atas minat yang di tunjukkan oleh warga maya.

*************************************************************************************

Membaca laporan yang di keluarkan oleh Pusat Demokrasi dan Pengajian Pilihan Raya UM (Umcedel) mengenai relevansi PKR selepas era pemilihan parti yang lepas, nampaknya tahap kepercayaan /keyakinan penyokong-penyokong PKR makin merudum. 

Tahap keyakinan ini dibanci  di kawasan-kawasan yang terdiri dari penyokong 'hardcore' PKR  PRU12 lalu. Cuba lihat carta pai yang dipaparkan dan nilai sendiri keadaan semasa PKR.

Ini apa yang berlaku di sekitar Cheras, Pantai Dalam, Gombak dan kawasan sekitar Wilayah Persekutuan. 

Bagaimana jika satu bancian dilakukan di Kedah? Mungkin pihak UUM, UITM atau Insaniah boleh melakukan bancian serupa bagi mendapatkan status terkini tahap keyakinan penyokong-penyokong PKR terhadap parti itu dan juga Ketua Umumnya.

university malaya survey on pkr 091210 confident towards pkr 02

Jika sentimennya adalah sama seperti apa yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, maka sudah tentu PKR sudah tidak relevan lagi dalam politik dan kerajaan Kedah sekarang. Maka Kerajaan Kedah sekarang bolehlah dianggap bukan lagi kerajaan PR tetapi kerajaan Kedah dibawah PAS.

Maka dakwaan Dato Seri MB Kedah bahawa kerajaan sekarang adalah kerajaan PR sudah tidak boleh diterima lagi. Ini kerana EXCO lantikan dari PKR sudah tidak relevan lagi dan hanya boneka kepada pembentukan kerajaan di Kedah. Mereka ini boleh diibarat kan sebagaimana Anwar memperalatkan PAS dan Nik Aziz untuk mempertahankan kredibilitinya dalam politik Malaysia.

Maka Kedah Times mencabar Kerajaan Negeri Kedah sekarang :
1. Bentuk kerajaan negeri dibawah PAS tanpa ada sokongan dari PKR.
2. Lantik semua EXCO dari kalangan ADUN PAS, ADUN PKR sudah tidak perlu lagi
3. Laksanakan apa yang dijanjikan kepada rakyat selama ini. Hudud, negeri Islam dan pemerintahan Ulamak dan sebagainya.
university malaya survey on pkr 091210 confident towards pkr4. Hapuskan pusat-pusat hiburan dan rumah-rumah urut haram di Sg Petani, Alor Setar dan Langkawi.

Cukup setakat 4 cabaran sahaja. Kita boleh cabar banyak lagi kerana PAS selama ini bersyarah macam orang boleh buat semuanya. Walhal  perkara seperti Kohilal yang mana pentadbiran dan pengurusan Koperasi Al-Hilal (Kohilal), sebuah koperasi yang dianggotai oleh ahli PAS, pun terpaksa diambil alih oleh Kementerian Pembangunan Koperasi dan Keusahawan.

Mungkin dengan ketiadaan PKR dan juga mungkin DAP dalam kerajaan sekarang maka semua cabaran di atas boleh dilaksanakan seperti yang disering disumbatkan ke dalam benak fikiran ahli-ahli yang rata-ratanya dahagakan syurga.

Ayuh Dato Seri MB Kedah, sila lakukan!


Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/12/masih-relevan-kah-lagi-pkr-di-kedah.html#ixzz17lnd1f3K

***********************************************************************************
Amat ketara bahawa kerajaan pr kedah sebenarnya adalah kerajaan yang di dominasi dan di monopoli oleh pas Kedah.  Lihat sahaja perbahasan dewan DUN, jika tidak ada Manikumar yang aku tengok semakin kelat mukanya kerana semakin berserabut dgn masalah dalaman pkr Merbok yang cukup parah dan pkr Kedah yang hanya tinggal nama sahaja, umpama jasad tanpa roh.  Jadi keadaan ADUN dari pkr dan dap kedah adalah umpama MELUTUT DI TEPU GANTANG.  Mengapa aku kata melutut, bukan melukut?  Kalau melukut, itu ertinya masih lagi dapat tumpang makan walaupun hanya sisa-sisa, tetapi kini mereka langsung tidak dapat me umpang dari pas kedah, hatta sisa-sisa.  Kerana apa?  Kerana pas Kedah telah memonopoli segalanya dan monopoli itu berlaku dalam semua sektor.


Dan aku nampak bahawa pas Kedah seolah-olah hendak membolehkan semua ADUN dari parti depa dapat merasai kerusi EXCO sementara kuasa masih dalam mandat yang di beri dalam PRU yang lepas.  Ini kerana jika mereka dah tak berkuasapun sekiranya gagal dalam PRU yang akan datang, mereka akan terus menikmati 2 pencen sehingga akhir hayat. 1 pencen ADUN dan 1 pencen EXCO.  Dan mereka bolehlah hora dgn pencen-pencen tu nanti sambil terus menikmati hasil lumayan dari kutipan projek derma ceramah mereka selepas lepas diri dari tanggungjawab sebagai kerajaan selepas PRU nanti.


Jika di fikirkan dengan senario yang aku rasa akan kekal sehingga PRU nanti, maka ahli-ahli bawahan pkr yang masih terumbang-ambing, ambil lah 'langkah seribu' untuk kembali menyokong UMNO/BN kpd yang pernah menjadi ahli dan kepada yang belum pernah menjadi ahli mana-manapun eloklah isi borang UMNO/BN, kerana kita dapat lihat UMNO/BN semakin hari semakin pulih dan terus menyusun perancangan untuk terus berkhidmat kepada rakyat.  Atau sekurang-kurangnya kembali menjadi pengundi atas pagar jika belum pernah menyertai mana-mana parti sebelum sertai pkr yang dah mulai nazak.

0 Responses to Kedah: pkr dan dapig hanya melutut di tepi gantang.

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO

    PELENGGAQ DETGUAQ