Aku dapat berita mengenai perletakan jawatan Mahfuz Omar sebagai Pengerusi Syarikat SLC Kedah iaitu Kedah Sato awal sedikit dari siaran dalam talian dan juga akhbar konvensional. Terkejut juga aku, seorang yang lulusannya tak seberapa boleh mempengurusikan syarikat berkaitan kejuruteraan. Dan kalau tanya aku tak sepatutnya di meletakkan jawatan, sebab dia tak sepatutnya pun di lantik sebagai pengerusi syarikat kejuruteraanpun!
Jika mengikut lapuran BERNAMA beginilah buyninya:
29 Disember, 2010 22:00 PMMahfuz Letak Jawatan Pengerusi GLC KedahALOR SETAR, 29 Dis (Bernama) -- Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata beliau telah melepaskan jawatan Pengerusi Syarikat Kedah Sato Sdn Bhd, anak syarikat milik kerajaan Kedah berkuatkuasa serta merta.
Katanya surat peletakan jawatan telah diserahkan kepada pihak pengurusan Kedah Sato minggu lalu yang merupakan anak syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB).
"Tak perlu saya dedahkan sebabnya, elok pihak media bertanya sendiri kepada Kedah Sato," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata memandangkan berita itu sudah tersebar sama ada melalui internet ataupun dari mulut ke mulut, beliau mengambil sikap terbuka dengan tidak menafikannya kerana tidak mahu berbohong kepada umum.
"Memang betul apa yang anda dengar. Saya tidak nafikan...," katanya.
Ditanya beliau telah memaklumkan kepada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Anggota Parlimen Pokok Sena itu berkata: "Mereka sedia maklum kenapa saya bertindak begitu kerana saya telah jelaskan dalam surat peletakan jawatan saya. Mereka ada jawapannya," katanya.
Desas desus tentang peletakan jawatan Mahfuz sebagai Pengerusi Kedah Sato tersebar sejak akhir-akhir ini dikatakan berpunca daripada Mahfuz yang tidak bersetuju dengan penganugerahan projek kepada pihak yang tidak mengambil bahagian dalam tender dan tidak mengikut peraturan.
-- BERNAMA
Tapi itu bunyi dari bacaan kita dari BERNAMA, tapi sebenarnya jika kita baca 'betul-betul' ada bunyi lain yang mungkin juuga bunyi sebenar berbanding bunyi apa yang kita baca dari pihak akhbar. Aku berpendapat bahawa bukan persoalan tidak menyetujui cara tender di uruskan, tetapi inilah cara TEAM Mahfuz yang kini hanya sebagai kumpulan yang disisih oleh TEAM Azizan dalam pas Kedah.Adakah ini adalah menifastasi ketidapuasan hati Mahfuz terhadap tindakan Azizan dan konco-koncnya??? Atau ini sebenarnya isyarat untuk menekan Azizan dan kumpulannya setelah ramai di kalangan pemipmin dan ahli-ahli pas Kedah sendiri amat tidak berpuas hati dengan cara Azizan mengendalikan isu banjir di Kedah yang menampakkan secara jelas kerajaan pas Kedah GAGAL mengurus negeri dengan cara yang sewajarnya sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab!!!!
**Nampaknya SPRM tidak boleh tunggu lagi kerana terang-terang Mahfuz memberi isyarat ada kepincangan dalam cara menguruskan tender oleh Kedah Sato, SLC(GLC) Kerajaan Negeri Kedah.
SPRM tunggu apa lagi? Jalankan tugas anda ataupun mungkin anda pun perlu disiasat sama?