Pengerusi BPUNK, YB Dato' Paduka Ahmad Bashah Mat Hanipah
T/Peng. BPUNK, YB Dato' Mukhriz Tun Mahathir
Walaupun berita mengenai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BPUNK telah di ketahui, tetapi ianya bukanlah satu kejutan kepada aku lagi, kerana desas-desus mengenai pemimpin2 BPUNK sememangnya berlegar-legar di antara empat lima nama yang cukup dekat dengan politik UMNO/BN Kedah. Walaupun pilihan aku ialah Dato' Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai pemimpin pelapis yang menjadi harapan sebahagian besar rakyat Kedah yang menjadi penyokong dan pendokong UMNO/BN mahupun rakyat biasa, mendengar keputusan oleh pihak tertinggi UMNO Pusat yang akhirnya memilih Dato' Paduka Ahmad Bashah sebagao Pengerusi dengan menggandingkan Dato' Mukhriz Tun Mahathir sebagai 'pair'nya bagi aku buat masa ini hanya ALHAMDULILLAH yang dapat aku ucapkan.
Walaupun hanya di 'angkat' sebagai Timbalan Pengerusi BPUNK, bagi aku ini adalah titik mula kebangkitan politik UMNO/BN Kedah yang sejak sekia nlama lesu selepas terkena badi Tsunami PRU12 yang lalu. Posisi DMM sebagai Tim.Peng. BPUNK ini aku harap juga menjadi pencetus kepada satu semangat baru kepada Generasi X dan pendorong yang positif kepada Generasi Y untuk membina satu struktur berpolitik yang baru dan idealis dalam UMNO. Dan norma-norma lama akan terkikis secara sendirinya dengan berundurnya generasi Boom sedikit demi sedikit dengan membawa stail berpolitik mereka bersama-sama mereka.
Kepada Pengerusi baru BPUNK, Dato' Paduka Ahmad Bashah yang sebelum ini walaupun berjawatan Timbalan Pengerusi BPUNK tetapi banyak menjalankan tugas-tugas sebagai Pegerusi BPUNK, diharap terus majujaya dalam mengendalikan BPUNK dengan bergandingan penuh ikhlas serta padu sebagai satu bersama Tim. Peng. BPUNK, DMM demi untuk merampas kembali Negeri Kedah dari pihak pr yang semakin goyah lagi bercelaru serta kelabu tanpa wawasan yang jelas.
Aku mohon jasa baik dari Dato' Paduka Ahmad Bashah sebagai Pegerusi agar membimbing DMM dan memberi serta membuka lebih banyak peluang serta pendedahan, begitu juga kepada ahli-ahli UMNO/BN Kedah ke arah yang positif dalam menuju PRU yang menungguh dihadapan dan semakin hari semakin dekat dengan pengundi-pengundi. Dan aku juga amat berharap DMM bijak melihat 'politic's game' UMNO Kedah yang mungkin tidak begitu senang dengan keputusan Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN Pusat. Kaki busuk yang nak 'kepak' DMM sentiasa sedang memasang dan menunggu perangkap untuk menjerat dan menamatkan karier DMM dengan 'networking' di seluruh Malaysia dan mungkin juga di luar(siapa tahu...).
Aku sudah mengambil keputusan bahawa pada saat ini dan seterusnya fokus aku ialah membantu setakat apa yang termampu sebagai akar umbi untuk melihat UMNO/BN kembali menguruskan Negeri Kedah sebagai sebuah kerajaan selepas mandat rakat berakhir tidak lama lagi.
Kalau hendak di umpamakan getah pengikat.....
**Ini bukanlah pesanan apatah lagi peringatan, tetapi hanya luahan pandangan dari suara akar umbi kepada DPABMH selaku Pengerusi BPUNK yang baru sahaja di tabalkan oleh Presiden UMNO semalam. Walau DPABMH antara yang mungkin di label sebagai DINASOR, tetapi apatah salahnya berusaha untuk menyingkir dan seterusnya menafikan label itu dengan terus memberi fokus kepada kerja-kerja mengukuhkan UMNO Kedah di samping bingkas membina persepsi bertenaga terhadapa golongan muda dari generasi X dan generasi Y. SEGERA!Regang telah ku regang,
Tapi takkan putus ku biarkan putus,
Kalau putus kita juga yang kurang,
Untuk mengikat lidi beratus-ratus.
Kepada DMM yang juga di TABALkan sebagai T/Peng BPUNK, anda adalah pemimpin selepas DABMH yang aamt di harapkan dapat mengembleng tenaga dan idea bersama dengan seluruh jentera UMNO/BN Kedah. kami menaruh harapan kepada ANDA!
Kepada seluruh rakyat Kedah yang mahu melihat Kedah KEMBALI kelandasan sebenar ayuhlah kita kembali menyokong setiap hela nafas dan langkah usaha BPUNK untuk insyaAllah kembali merampas Kedah!
GELOMBANG MERAH SEMAKIN MERAH MEM BARA BERNYALA!
Akum dan salam satu Malaysia
Sebenarnya saya bukanlah ada kepentingan dalam UMNO tetapi demi kesadaran dan kesejahteraan Negara terpanggil jua mencoret coretan PRU12 di Kawasan Padang Terap sebagai ahli biasa.
Sebelum buka buku baru eloklah kita tinjau ranjau di Kawasan Parlimen Padang Terap. Sebelum itu timbul perasaan tidak puashati dikalangan kepala-kepala masam (Golongan Terpengaruh UMNO) tentang percalonan Dato' Ghazali Ibrahim dan timbulkan catas mencatas. Ini terdiri daripada Geng di ketuai Bekas ADUN Kuala Nerang Haji Lateh Md. Saman, badrolhisam Md. Rejab, Saudara Cikgu Non, Kamel Munin, Cikgu Mat Lateh, Cikgu Talib Belukar Luas dan banyak lagi.
Paling malang dalang paling besar Bekas ADUN Kuala Nerang, Saudara Badrolhisam menggunakan takti kotor dengan menghasut penduduk dan ahli supaya tidak mengundi Saudara Dato' Ghazali Ibrahim. Katanya ADUN bagi UMNO dan Parlimen bagi PAS .
Justeru itu, inilah pertualang yang banyak menjahanamkan maruah UMNO bahkan negara dan agama. Amat malanglah kumpulan yang mendapat rahmat melimpah ruah atas perjuangan UMNO tetapi menikam belakang. Inilah bentuk manusia yang tak kenang budi. Mereka inilah yang banyak membinasakan UMNO Kawasan PEDU.
Tetapi harus ingat angin bertiup kencang kendengaran ketidakpuashati Zon Kawasan PEDU ketas orang kuat Dato Mahathir Khalid iaitu Ahmad Ayob, Mat Kang. Ini jelas sudah berlarutan tentang pengagihan peruntukkan dan pembahagian dariapada ketua bahagian. Ini jelas termasuklah agihan lembu korban, kemudahan bekalan bulan puasa dan sebagainya. Bayangkan di Zon Pedu 2 ekor lembu terpaksa dibahagikan kepada 5 kampung sedangkan di Kg. Lebai Saman 2 ekor bagi Kg. baru Lebai Saman dan Kg.Lebai Saman. Begitu juga dengan peruntukan kemuadahan lain jauh ketinggalan dan banyak pilih kasih.
Kedengaran bertiup kencang bahawa Dato Mahadir Khalid hanya melawat Naka dan Pedu ditinggalkan. Justeru dengan pendedahan ini haruslah dibuat iktibar agar peristiwa tidak berulang lagi.
Det, gambaq GELOMBANG MERAH tuuuuu.... cantik. Boh sama Pemuda dan Puteri....
Wanita saja, gelombang merah tak bergema.....
...GEEELOMBAAAAANNG ... MERAAAAAHHHHH....
... "BN MENANG KEDAH SENANG"
best juga cerita anom ni...imbas kembali permasalahan dan keputusan PRU ke-12 belas lalu yang mengakibatkan UMNO kalah dan PAS menang. Punca dan sebab musababnya dah jelas, semua orang tahu, kekalahan UMNO kerana wujudnya sabotaj yang sukar di buktikan. Perkara seperti itu bukan sahaja berlaku di kawasan yag di sebutkan, malah ia nya berlaku hampir seluruh kedah termasuk padang serai di mana Ketua Bhg yang ada sekarang tidak terpilih sebagai calon yang merupakan ikon harapan KJ telah bertindak mengkhianat calon UMNO DUN Merbau Pulas....penyakit ini akan berterusan dalam PRU ke-13 nanti kerana ianya telah menjadi virus baru dalam UMNO, kerana dendam, balas dendam. Sekarang team mantan MB akan bertindak mengkhianati UMNO sekali lagi dalam PRU akan datang kerana mereka kecewa mantan MB tak di pilih sebagai Pengerusi PUNK. Sampai bilakah UMNO akan terus begini, siapa pun yang jadi Pengerusi/Naib Pengerusi PUNK, virus dan wabak dendam akan terus menular yang akan, menguntungkan pembangkang...
Nampak hebat, sedikit gah, ada perubahan dan dah pun berubah. Kedah berubah, UMNO berubah, kepimpinan UMNO Negeri berubah, tahun juga akan berubah yang menunjukan kita kian kurang masa. Masa yang ada terlau terhad. Adakah sikap, perjuangan, perangai pemimpin di peringkat Cawangan dan Bahagian juga berubah. Berubah macam mana, kearah hadapan ataupun berubah ke belakang dari ada kepada tiada, yang ada di jualkan dan berikan kepada orang. Inikah yang di katakan berubah, betul dah berubah, habis punah. Sekarang kumpulan yang kecewa kerana taiko mereka tidak dipilih mengemudi UMNO kedah akan melakukan perubahan supaya ianya berubah. Tunggu dan lihat puak-puak yang kecewa ini hendak merubahkan UMNO kedah di bawah kepimpinan baru, jawapannya tunggu PRU ke-13 nanti, kalaulah ada diantara Ketua-Ketua Bhg yang sekali tidak dipilih sebagai calon dalam PRU ke-13 nanti, apakah insiden dalam PRU ke-12 akan berulang. Adakah Abd Rahman Mahmud serta konco-konconya akan berdiam diri, tidakkah Ishak Jubai masuk ke markas PAS dalam peti undi Bagan sena......apa kata beri besaq yang merupakan puaka dalam UMNO Pdg serai, bagaimana dengan wahab non senagau yang membantu jentyera PAS di Peti Undi Sidam Kanan. Ni semua kena tengok dan jangan pandang ringan, jangan anggap kes terpencil. PRU ke-13 akan menentukan hidup ...matinya UMNO. puak-[uak ni yang mengepalai UMNO Bhg. lebih suka UMNO/BN kalah dalam pilihanraya, sebab semua ketua Bhg dah jadi wakil rakyat dengan peruntukan yang banyak. Kalang untung...menang rugi......