Baru sebentar tadi aku mendengar berita bahawa seramai 23 orang pelancong dari Thailand telah meninggal dunia akibat bas yang terbabas dan merempuh tebing batu pejal ketika menuruni cerun curam berdekatan Terowong Menora.
Nampaknya sekali lagi PLUS menjadi medan korban besar kemalangan jalanraya. Apakah ini sekali lagi kecuaian manusia?
#####################################################################################
Maaf, ada sedikit ralat kerana ketika mendengar berita tadi saya agak tergesa-gesa dan hanya melihat gambar yang di tayang kan di TV serta mendengar secara sepintas lalu di sebabkan ketika berita itu pertama kali disiarkan, saya kurang memberi tumpuan.
Di bawah saya siarkan berita terbaru dan kejadian yang sebenarnya berlaku di KM 15 jalan Cameron Highland - Simpang Pulai. Mohon Maaf atas kesilapan.
27 terbunuh kemalangan bas di Simpang Pulai
TERKINI @ 04:53:40 PM 20-12-2010
December 20, 2010
IPOH, 20 Dis – Dua puluh tujuh orang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi tadi.Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 22 orang mati di tempat kejadian manakala empat lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di sini.
Katanya bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, itu membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.
Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.
Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.
Zakaria berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.
Menurutnya, identiti dan jantina mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti. – Bernama
Bro, ini di Cameron Highland, bukan berada dalam kawalan PLUS
Bro,
Saya dah betulkan maklumat. maaf bro...
Simpati dan kesihan pada mangsa trajedi tersebut.Tk
Dari 27 dah jadi 28 orang dah.....
Begitulah TT panjang...saya pun turut sama bersedih...