Hari ini 25/08/2009 Selasa bersamaan 4Ramadhon 1430 adalah merupakan hari penentuan, hari perhitungan, hari perubahan dan hari pengundian kepada pengundi-pengundi Permatang Pauh. Semalam tepat pukul 12 tghmlm, maka berakhirlah kempen merayu undi kepada kedua-dua parti yang bertanding, semasa aku keluar dari rumah Kedah menuju keCC kira-kira pukul 11.30mlm, semasa membelok kePermatang Pauh aku dapat dengar suara Dato' Othman Abdul, bekas Ahli Parlimen Jerai sedang berceramah dengan penuh semangat. To' Man Bedoi memang cukup berpengalaman, malahan cukup masak dengan sejarah dan latarbelakang politik Brader Anvar Bin Ibrahim. Tetapi yang menjadi pertanyaan dalam diri aku, walau seberapa banyak cerita-cerita benar dan berfakta oleh menteri-menteri dan bekas menteri-menteri kabinet era Tun, mengenai Brader Anvar Bin Ibrahim ini, berapa ramai pula yang tidak mahu percaya dan berapa ramai pula yang percaya tetapi sanggup menerima figura ini?
Semasa berada di bilik Unit Media Baru(UMB), aku sempat bertukar-tukar ilham dengan blogger-blogger pro UMNO/BN yang hebat2 seperti Pusaka Ayahnda, Darul Ehsan Today, ParpuKari, Pisau, Briged Mohon Setia, Doc MIM dan lain-lain pihak UMB sempat menemuramah calon, sdr Rohaizat dan kemudiannya menemuramah Tan Sri Muhyiddin. Banyak ilham positif dan berguna untuk aku apply dengan Penerangan UMNO Kedah jika berlaku PRK atau untuk PRU nanti, InsyaAllah.
Hari ini aku tiba agak lewat, sekitar pukul 2.00ptg. Aku lalu ikut Padang Serai dari Sg. Petani dan ikut BKE dari Lunas kePenanti. Sebelah pagi aku keHospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani kerana menjalani latihan fisio diunit fisio selama 3 jam. Seperti biasa seawal tiba, aku pergi menyeluk lilin(waxing) untuk melembutkan sendi-sendi yang kaku. Selepas itu membuat beberapa jenis latihan untuk menguatkan kembali otot dan tendon yang putus(telah disambung lima bulan dahulu), selesai, aku masuk buat pula 'ultra sound' untuk melembutkan parut dibahagian sendi tangan untuk membolehkan pergerakan tangan lebih fleksibel. InsyaAllah mungkin 6 bulan lagi aku kembali pulih. La ni [un tangan yang cedera tu, dua jari dah boleh aku gunakan kembali untuk menaip. Kelajuan menaip aku nampaknya semakin menunjukkan peningkatan.
Berbalik kepada Permatang Pasir, aku pilih untuk menghala keIKBN dahulu, untuk melihat perbezaan keadaan temapt itu semasa hari penamaan dahulu dan pada hari ini. Malam nanti temapt itu akan digunakan sebagai temapt rasmi mengira undi. Keadaan tenang dan sunyi. lalu aku bergerak pula keKubang Semang. Memasuki pekan Kubang Semang dari BKE, keadaan mua menjadi sibuk. Aku ambil keputusan untuk lalu jalan Kubang Semang ke Bukit Mertajam.
Selepas melalui pusat mengundi SK Seri Penanti, Hadapan Mobil sehinggalrbihkurang 2km, kain rentang berbentuk petai tersusun dilambai angin, Sampai depan dewan UMNO Permatang Pauh hingga lepas dari Taman Guru, diganti pula dengan lambaian logo kati seimbang pula melambai-lambai. Aku ambil keputusan untuk patah balik ke Pekan Kubang Semang, bila tiada lagi poster dan banner, baik petai tersusun mahupun kati seimbang kelihatan. Mungkin dah hujung sempadan DUN....
Dari Pekan Kubang Semang aku cuba guna Jalan Kubang Semang-Permatang Pauh yang melalui CC, namun aku tersekat dalam 'macet' yang teruk diKg Petani, menyebabkan aku ambil keputusan untuk patash balik dan guna jalan Kampung Pelet -Guar Perahu. Aku berehenti dihadapan sedikit dari Srjkc Kubang Semang diKg Pelet, untuk ambil beberapa keping gambar temapt mengundi dan MARTEK. Semasa itu aku dapati beberapa pemuda PIS menaiki motosikal dengan tidak memakai topi kaledar dan hanya memakai topeng belambangkan 'tiket keSuurga' bukan hanya menekup mulut, tetapi juga menekup kepala. Sebab tulah kepala meereka tidak boleh berfikiran waras. Kurang ajar sungguh kerana melanggar undang-undang jalanraya, walau dihadapan polis. Tahniah polis Malaysia yang sabar walau diprovok sebegitu sekali oleh pemuda PIS yang 'tertututp' kepala dan minda.
Aku menunggu agak lama untuk snap gambar mereka sekiranya mereka berpatah balik, namun setelah lebig dari 15 min menunggu aku ambil keputusan untuk beredar. Dihujung Pusat komuniti, beberapa budak-budak baya sekolah juga tidak memakai topi keledar malu-malu kucing untuk beraksi diatas jalan raya, tidak seperti along mereka. He he.....depa bukan sahaja provokasi polis rupanya mereka juga hendak provok Pemuda UMNO yang berkumpul disebelah skjc berkenaan(Barisan Kesatria tak salah aku).
Aku kemudiannya ambil keputusan untuk balik sahaja, semasa melintasi Guar Perahu aku jumpa banner yang dah lusuh yang menggambarkan lusuhnya pengaruh Brader Anvar Bin Ibrahim terhadap rrrrakkyyattt Malaysia dari hari kehari....... Aku yakin kestabilan baik dari segi ekonomi mahupun politik hanya dapat dikembalikan bila Brader Anvar Bin Ibrahim diberi cuti tanpa tempoh di Pusat Rekreasi Sungai Buloh.
Dan......Keputusannya..........
0 Responses to PENGUNDI PERMATANG PASIR: BERANI BERUBAH?