SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

JAUH DIMATA DEKAT DIMAYA

Posted by Detguaq Saturday, August 29, 2009


Semalam aku dengan beberapa orang kawan aku mengadakan majlis perpisahan kecil dengan blogger yang juga kawan kami iaitu Duke Of UMNO yang akan bertukar tempat kerja kerana kenaikan pangkat. Beliau akan bekerja diKuala Lumpur, iaitu diHQ majikan beliau entah sehingga berapa lama. Tahniah! Alhamdulillah.

Kami menggunakan Restoran 8 beradik sebagai vanue untuk majlis berkenaan yang di'organize' oleh spanar bengkok yang selalu singgah di'kedai kopi' duke(shoutbox!). Duke ditemani oleh isteri begitu juga spanar bengkok. Aku dan 2 orang kawan lagi iaitu armG2 dan AbusgBelida hanya bertemankan kesejukan malam.

Kerana tidak rujuk balik dgn sms spanar, aku tiba awal. Jadi aku guna masa yang ada untuk kehujung jeti dan duduk menghadap jambatan semeling yang tidak pernah sunyi dari deruan jentera kenderaan yang melintasi sungai merbok. Aku lihat ditebing bersebelahan rstoran ada banyak sampan-sampan dan bot pemancing ditambat dikayu bakau yang menjadi penambat agar sampan-sampan dan bot pemancing tidak hanyut menurut arus. SEJUK!!!!

Akhirnya spanar bengkok tiba bersama anaknya yang sedang lena dan isterinya yang bernama lampu depan. "Tu yang aku malaih nak berghenkaey tu...." aku sapa spanar sebagai salam. "Aku sayang bini". "Hang tak sayang bini, tu yang hang tak bawa!". PANG!!! kata-kata dia menampar pipi hati aku. "Aku bukan tak sayang bini, tapi anak-anak ada yang nak mai ada yang tak mau, jadi aku tinggaikan mesyuarat kat depa dan biaq depa buat keputusan sendiri." "majoriti kata tak mau mai, aku akurlah."

Lepaih spanar mai barulah Duke mai dengan bini dia. Kami tukaq ke meja yang lebih besaq kerana lepaih ni dua orang lagi nak mai. Bini spanar yang dok dododi anak dlm kheta, keluaq mai dan dududk disebelah bini Duke dan terus borak macma lama dah kenai. Tang ni bini aku kalah. Dia jenih penyengap. Bukan macam aku. Dok tak lama hat dua orang lagipun sampai.

Teruih kami pakat-pakat order menu. Aku suggest ikan goreng jer, sebab aku kenyang lagi. Spanar pula tambah menu dnegan dua ekor ikan masak steam dan udang goreng tepong. Duke pesan tomyam dan kailan goreng. Pendek ceghita sampai saja pesanan, masing-masing balun sajian dengan penuh persaan hiba kerana duke yang akan berpindah ke KeyEl.

Sambil tu kami dok ceghitalah pasai politik semasa baik tempatan, mahupun nasional. Dari cegita Merbok timbul ceghita Jerai dari Jerai timbul Aloq Setaq dan tidak ketinggalan Luas dan Kota Seputih. Tak sah juga kalau tak mengimbau kembali PRK Permatang Pasir. Pengajaran yang cukup berguna untuk dijadikan ubat politik. Ceghita parpu bergambar dgn kj juga tersembur dari mulut aku menyebabkan duke tersembur ayaq yg dia dok minum. Dan bila armG2 timbulkan ceghita pasal Brader Anvar Bin Ibrahim, aku dan kengkawan yang lain secara spontan membetulkan posisi dikerusi masing-masing.....kami ghasa singkaey pungkoq bila dengaq nama sekoq ni.

Spana yang aktif diMerbok dok imbau ceghita bagaimana dia seolah terkena 'getah' bila diserempakkan dengan rombongan kempen kj semasa PRK Permtg Pasir hari tu. Nak mufarakah, dia pi dgn kawan. Nak tak nak ikuuuuttt je lah walau hati bagai bara. Aku, armG2 dan Abu pula dok sembang pasai Jerai.....hmmm....pakat dok meghungut pasai KB pulak dah...Ghamai dok kata KB Jerai la ni tak macam KB dulu, nampaknya pendekatan ala-ala koperat dan profesional menjadi sesuatu yang luar biasa bagi ahli UMNO Jerai. Yang tahap 'marah kari berapi' pun dah ada. KB Jerai tak boleh lewa, mungkin kena ubah pendekatan dengan ahli-ahli. TKB Jeraipun tak boleh loy. Terkecuali NKB Jerai yang terus pulun dengan kerja-kerja turba saban minggu dgn tidak mengira siapa untuk dibantu dan ditemui, rata-rata yang didengaq NKB Jerai menjadi buahmulut rakyat diJerai tak kira DUN, tak kira parti. Aku harap NKB Jerai meneruskan momentum yang ada dan bukan sahaja mengekal, malah memacu momentum yang sedia ada dengan lebih daya kecepatan agar impak yang dihasilkan adalah maksima.......untuk UMNO!!! ANDA SEDANG DINILAI(dengan nilaian yang positif!). Tak terkecuali kami juga berbincang mengenai ADUN guaq. Abu ada pengalaman, kerana dia Ketua Cawangan. ADUN Guaq katanya ghajin lawat DUN dia, itulah tanggungjawab. Aku tak banyak benda nak diperkatakan kerana aku tak berapa rapat dengan belia sebagaimana aku rapat dengan bekas ADUN yang dulu. He he he, tak ketinggalan kami juga berbincang mengenai Jamil Khir dan hala tuju beliau. Hmm....orang baru ni susah juga aku nak beri komen kerana sehingga kini aku belum berpeluang bertemu secara langsung dan bercakap dari hati kehati dengan dia. Namun aku berharap dia bersungguh-sungguh untuk membantu Najib diPutrajaya, UMNO Kedah sebagai Ketua Penerangan dan UMNO Jerai sebagai tanah tempat lahir beliau. Aku? Aku boleh sokong sesiapa sahaja jika mereka mahu memberi sumbangan terbaik kepada UMNO Jerai kerana aku bukan fanatik kepada individu tertentu. Jika bagus aku sokong, jika tidak menunjukkan prestasi dan kesungguhan aku tegur dan jika tidak 'perform'( No perfomance) kenalah berundur.

Tengah rancak dok berwacana, mailah pula staff restoran 8 beradik bagi tau restoran dah nak ditutup. Aik awai lagi, baru pukoi 12.45 t/mlm dah nak tutup? Hmm.....tak pa lah. Lalu kami pakat 'tontong' bayaq bil yang kami makan tadi dan kamipun bersalaman dengan duke sebelum bersurai.......duke kata, "Kalau aku dah disana nanti, tugaih hangpa-hangpalah untuk kongsi maklumat dengan aku". Aku sengih sahaja. Sebab aku nak kata macam ni kat dia:

"JAUH DIMATA DEKAT DIMAYA"

4 Responses to JAUH DIMATA DEKAT DIMAYA

  1. DukeOfUMNO Says:
  2. Tu diaaa...sebak aku baca "rakaman video" hang pasai majlis makan2 kat jetty semeling tu...err...hang tak habaq ka siapa yg makan paling banyak??? Hehehhehhe....tak cukup depan mata, hat yang dok blah nuuu pun "dia" balunnnn...muahahahahhaha! Weh Det...apa pun tengkiu bery bery much laaa pasai makan2 semalam tu...begitulah kawan2 "sejati"...tak macam 2 sesetengah "kawan2" tu...hehehhe...anyway, aku harap kita semua akan teruih berkawan sampai bila2 tanpa sebarang kepentingan...kita sama2 berjuang...perjuangan kita belum selesai....alif ba ta...

     
  3. Detguaq Says:
  4. Duke.

    Hangpun tau aku ni jenih apa bila berkawan. Aku paling suka lihat siapa sahaja yang berkawan dengan aku berjaya. Dan aku sedih jika mereka gagal. Dan aku bukan jenis hanya berkawan bila ada kepentingan sahaja. Dan aku juga bukan jenis kawan makan kawan walau beberapa kali aku di'makan' oleh mereka yang mengaku kawan, tetapi memusuhi aku selepas puas 'makan' kawan.

    InsyaAllah hubungan kita jika pakat-pakat jaga, Allah akan tolong pelihara.

     
  5. No KOMEN...
    Aku tetap dengan cara aku...
    Tak betoi...aku tegoq...
    tak mau terima... hang punya pasai...

    Yang penting... tak ada kepentingan peribadi...

     
  6. Admin CCZ Says:
  7. awat tak ajak ccz sama..?sampai hati..

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO

    PELENGGAQ DETGUAQ