Hmm.......rentetan dari andaian MJ mengenai ahli-ahli pemuda dari cawangan PUJ, nilailah kembali 'assumtion anda sebelum 'presume' dengan andaian yang menyatakan bahawa
"ahli pemuda cawangan yang lain mungkin bukan macam ahli pemuda cawangan PUJ yang mungkin menilai pemimpin dari segi duit dan kemewahan adalah segalanya"
kerana dalam satu usul oleh NKPC(masih dikedudukan yang sama selepas mesyuarat), beliau ada mengusulkan supaya dapatlah kiranya Pemuda UMNO bahagian Jerai mencalonkan Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir Mohammed sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada PAU kali ini.
Apakah kami mengenali secara rapat dan secara peribadi DMM? Apakah kami pernah merasa belanja teh tarik dari beliau? Atau pernah bersama pekena nasi kandaq samada diJerai atau Jerlun ataupun di Kolalumpur? Tak pernah!!! Begitu juga dengan sesiapa juga calon yang sedang berkempen sekarang ini. Tanyalah mereka-mereka samada mereka pernah berjumpa secara peribadi dengan saya, atau denganNKPC saya semasa kempen sedang hangat sekarang ini. Tidak seorangpun pernah datang kepada saya. Tidak perlu kerana saya boleh menilai sifat kepimpinan, bukan melalui material tetapi melalui kerjabuat mereka. Cuma kerana adanya jiwa yang 'rebel', tidak suka dikongkong, kurang berminat dengan status quo dan suka kepada cabaran dan memberi cabaran tetapi atas 'premis' demi UMNO serta menolak sistem feudelisme dalam demokrasi UMNO, maka kami sentiasa membawa kelainan kepada keputusan mesyuarat. Semuga kita dapat memisahkan jiwa dari sifat 'jumud politik'.
Dan aku amat berharap dalam mesyuarat cawangan aku kali ini, ahli-ahli cawangan dapat memilih G7 yang akan hanya membawa mandat dari keputusan mesyuarat, bukan membawa misi peribadi yang bernilai komersial. Mesyuarat cawangan? Bila? Hujungggg......bulan(bukan bila bulan mengambang).
Dan aku akan mengusulkan bahawa selepas daripada ini G7 kebahagian hanyalah simbol keputusan yang telah dicapai diperingkat cawangan. Manakala G7 Bahagian juga hanya lah simbol keputusan cawangan kebahagian yang akan dibawa oleh bahagian ke PAU. Haraplah dengan cara ini tiada lagi rasuah dalam Pertubuhan Kebangsaaan Melayu Bersatu ini. Kalau dah banyak duit juga nak hambur secara haram.....pi lah ketiap-tiap ahli UMNO dan taburlah duit hangpa tu kalau nak 'botak'.....
Teringat satu cerita yang masih hangat lagi yang berlaku didalam Bahagaian yang dua sempadan keselatan dari UBJ. Pada satu hari semasa seronok membuat persediaan untuk mengadakan mesyuarat cawangan dirumah seorang ketua cawangan dengan tidak sengaja terpacullah dari mulut sang isteri dengan tak sengaja(jenis mulut murai saiz tempayan), "nasib baiklah calon XXX tu huloq RM15k kat abang aku bulan lepaih, dapatlah kami pebesaq ruang rumah," sambil terghenyeh dan menyelak lengan baju untuk menunjukkan lima nam utas gelang mas, lebihan dari duit yang dihuloq secara rahsia yang bukan rahsia lagi. "Baghulah boleh kita meshorat dengan selesa pasai duit tu pun ada belen lagi tuk bli ekon".
Ahli-ahli wanita dan Puteri yang mengadakan mesyuarat serentak ada yang terkejut dan ada yang tergamam mendengar pengakuan berani lagi sensasi dari sang isteri yang 'Mrs Bean' itu. Dan sudah tentu dalam ramai-ramai ahli tu bukannya semua sokong calon A, ad yang sokong calon B......hehehe.....mari kita tunggu apakah mereka akan mendiamkan perkara ini atau dijadikan 'lethal weapon' samada untuk tawar menawar antara calon atau sekiranya mereka meraskan bertanggungjawab sebagai ahli yang ada maruah akan bangkit membuat lapuran kepada pihak yang ada kuasa unutk bertindak.....
0 Responses to USUL dari NKPC PUJ