Ini ada satu analogi untuk sang calon tak kira dimana anda menawarkan diri unutk bertanding.
Janganlah sehingga menjadi seperti
"Harapkan Sokong, Sokong Membawa Rebah".
Semakin jelas soksek-soksek dari kalangan yang rapat dengan aku bahawa salah seorang cari yg mencalonkan diri untuk KBUJ akan terhakis sokongan disebabkan munculnya beberapa watak yang aku panggil "cendawan" kerana keujudan mereka hanyalah kerana ada pemilihan. Cendawan-cendawan ini bukanlah baru diarena UBJ ini, mereka akan tumbuh bertenggek dimana salah seorang calon itu berlegar, dan akan kuncup menghilang bila calon itu ada urusan diluar Jerai. Namun lapuran yang sampai kepada calon berkenaan(bila dia keluar daerah) dari mereka seolah-olah mereka bekerja bertungkus lumus, siang malam, pagi petang meronda kekesemua cawangan-cawangan bagi me war-warkan hasrat calon berkenaan untuk menjadi KBUJ, padahal mereka meronda-ronda ke"lain daerah"......
Mungkinkah macam dulu-dulu juga???
Bagi aku kewibawaan yang ada pada beliau boleh dikatakan tak perlupun kepada kelibat mereka. Bahkan bisa mengundang kebencian orang......... Begitulah seperti yang diluahkan oleh.....(plural).....
0 Responses to ANALOGI UNTUK SANG CALON