Aku pasti kedua-dua calon untuk KB telahpun bergerak berusaha mempengaruhi cawangan-cawangan agar memilih mereka sebagai KB. Dan aku pasti mereka tidak mampu bergerak secara 'sole propertier'. Jentera yang mereka susunlah yang akan bergerak dan membantu kemenangan mereka. Aku sarankan(jika nak dengarlah) agar jentera ini dilantik dari mereka yang tidak mempunyai masalah besar terhadap cawangan-cawangan. Istiharkan pasukan yang menjadi jentera mereka, agar tiada pihak lain yang mengambil peluang untuk mengakui bahawa mereka bergerak untuk sipolan-sipolan, padahal calon sendiri tidak mengetahui atau mengiktiraf mereka-mereka ini sebagai sebahagian dari pasukan kempen kepada calon-calon. Aku risau akan pandangan-pandangan negatif terhadap calon tertentu dek kerana bahana yang dibawa oleh mereka yang telahpun dilabelkan sebagai mempunyai masalah dengan cawangan-cawangan.
Dan lagi satu hal yang menarik ialah munculnya kembali cendawan-cendawan yang menenggek dibatang pemilihan. Jika tiada pemilihan, tiadalah cendawan ini. Berlainan sekali dengan cendawan-cendawan ini yang berharap bila calon yang mereka harap menang, bila menang jangkahayat mereka sebagai parasit akan berpanjangan dan dapatlah mereka berpaut lebih lama kerana ada baja AJK sebagai sumber. Cendawan-cendawan ini adalah cendawan yang bertopengkan politik untuk perniagaan. Berhati-hatilah wahai calon KB Jerai, cendawan-cendawan ini anda memang kenali. Ada anda ada mereka, hilang kelibat, mereka menguncup....... orang melihat timbul benci, bukan kerana calon, tetapi tempiasnya tetap terpalit!!! Manakala ada yang benar-benar ingin berkhidmat dan sentiasa berkhidmat tidak kira tahap, baik dicawangan mahupun dibahagian, baik dipemuda mahupun dibahagian, tanpa mengira siapa KB mereka, depa-depa inilah yang patutnya cawangan-cawangan pilih.
Dan aku dapat gambaran bahawa salah seorang calon mendapat sokongan dan bantuan dari KB yang tidak akan mempertahankan jawatan. Dan apa yang aku nak kata ini adalah pandangan peribadi aku.
Biarlah calon-calon ini bertanding diatas pentas(kekuatan mereka sendiri) yang samarata.
Dan kepada calon-calon, berkempenlah dengan sihat, jauhilah dari mereka yang suka mengambil kesempatan. Jangan biarkan peluang anda menjadi kabur dek kerana parasit-parasit ini. Kalau dulu dah sebut nakkan tempat/kerusi nombor anu, bertandinglah dikerusi nombor anu tu, janganlah nak ubah fikiran kerana tamakkan jawatan. Dah banyak hati dan perasaan yang terluka kerana rempuhan -rempuhan yang telah dilakukan.
Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com
SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.
SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com
SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com
Followers
Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog
HIMPUNAN JUTAAN BELIA
Mengenai Aku
Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.
Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.
Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.
Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.
Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.
Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.
Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.
0 Responses to SERUAN UNTUK CALON KETUA