Siapa Si Ezam? Masuk balik UMNO tak sampai sehari dah bunyi macam-macam.
Petikan dari Utusan:
Sedia tanding jawatan Ketua Pemuda
PETALING JAYA 29 Mei - Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, beliau sedia bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO jika ia mampu membina dan mengangkat martabat Melayu menjadi bangsa yang dihormati.
Bagaimanapun, beliau sedar kedudukannya yang masih terlalu baru di dalam UMNO tidak membenarkan beliau untuk membuat keputusan yang besar itu.
Namun Mohamad Ezam berkata, beliau akan membincangkan soal itu dengan pemimpin UMNO yang lain terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.
"Saya kena bincang dulu dengan pimpinan, kena bincang dengan kawan-kawan dan kalau jawatan itu untuk kepentingan negara, ia boleh membantu kepentingan negara, kepentingan parti, membina dan mengangkat martabat Melayu menjadikan Melayu satu kaum yang dihormati oleh kaum lain, saya akan pertimbangkan secara serius," katanya.
Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas kemungkinan kemasukan beliau ke dalam UMNO ialah untuk mengisi jawatan Ketua Pemuda yang akan dikosongkan penyandangnya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
- Bernama
*: Kata kemarin bukan kerana jawatan. Hari ini dah bagi 'hint'. Nampaknya UMNO sekarang benar-benar merudum darjah kemuliannya. Senang sangat kalau nak cari kedudukan. Keluar parti, jadi pembangkang yang vokal, keudian tu tunjuk insaf, masuk balik dengan kenyataan tidak kejar jawatan. Esoknya 'kenen' sikit, bagi 'hint' dan tunggu respon. Senang sungguh la ni nak buat marketing dalam UMNO.
Dan terkini ada satu blog yang mengimbau kegiatan masa lampau ezam, iaitu
http://kisahezam.blogspot.com/
Aku dah baca dan aka nterus membaca. Dan apakah didalam politik malaysia semuanya halal? Semuanya boleh? Putar belit kenyataan, mungkir janji, tikam belakang kawan, hubungan terlarang, bla bla bla....... Awat? Dalam politik ni Allah kata buat apapun tidak berdosakah selagi alasannya adalah kerana politik?
salam, aku tau dah..ezam tu mesti ada sesuatu..aku rasa anwar brahim tu dapat rasakan dia nya niat cam susah nak kesampaian jadi dia pun suh la salah satu anak dia gi dlm umno..utk jadikan boneka..ikut apa dia kata..pak dolah pulak kan desperate nak dpt sokongan..so dia trima ja lah sapa2 pun...mmm..aku takut pak dolah ni pun ada rancangan sndiri "dolah+kj+anwar+ezam"...berhati2 lah.