Sejak sihawa silap memilih menu yang kononnya diet terbaik untuk suami dan anak-anak, sehinggakan suami senak perut, anak-anak cirit-birit sihawa tetap memepertahankan bahawa itulah menu yang terbaik. "Alah....bukan matipun, baru senak dengan cirit-birit," alasan sihawa. "Lama-lama bila dah biasa dengan resepi tu oklah.....,"tambah hawa lagi. Beliau lupa yang sisuaminya tu deketot(doktor). Sebagai suami yang ada ilmu, sideketot tadi menyanggahi pendapat sihawa yang telahpun terbukti resepi tadi merbahaya pada kehidupan dan nyawa dia dan anak-anak.
Dan deketot tu pula tahu yang resepi tu jiran sebelah yang baru saja hawa bagi 'batu menggilin' pada jirannya walaupun dia tahu batu tersebut adalah warisan turun temurun depa. Kononnya pasai nak jaga hati jiran walaupun jiran tu tak pernahpun jaga hati mereka. Ntah berapa kali dah depa mengkelai pasai jiran ni. Tak tau macamana dah nak buat sideketot ni dgn bini dia. Hari tu dengan ank-anak dah ada yang protes, tapi dia buat macam muka kebaih, macam tak dak apa-apa.... Pagi tu pasai dah tak tahan dah dengan prangai bini dia, deketot tu pun kata kat bini dia, "Aku akan tinggaikan hang selagi hang dok guna resepi tu untuk jamu aku dan anak-anak makan.""Aku akan hanya kembali tengok anak-anak untuk pastikan depa selamat, itupun dari luaq sehiggalah hang tak lagi guna resepi yang boleh bunuh kami ni." Kecoh juga keh ni sampai Pak Long tau, Pak Ngah tau, Pak Lang tau, Makcik bedah tau. Aji yg dok kat balik sana jln pun tau, Chong Ah Koo yg dok meniaga peluang tu pun tau, Kepal Singh Waliapun tau........ pak lahpun tau, tapi dia buat tak tau....buat-buat muka kebaih......
Inilah kiasan yang paling sesuai bagi aku dengan tindakan TDM yang keluar sementara dari UMNO sehinggalah pak lah turun dari tampok.
0 Responses to KIASAN: SAYANG BINI TINGGAL-TINGGALKAN