Pada aku kedua-dua mereka sudah mengorak langkah, walaupun hayunannya tidak sama tetapi tetap menuju kehadapan. Walauapun nampak seperti Najib melangkah bersopan santun macam pengantin manakala langkah Muhyidin dilihat seperti pendekar dihadapan pengantin, namun itulah langkah masing-masing. Siapa sampai dulu? Itu bukan ukuran. Tetapi langkah yang dibuat mencerminkan masing-masing dah sampai kesatu garis yang telah lama sepatutnya mereka tuju sebaik PRU 12 dahulu berakhir dengan keputusan kita menang(?)......
Garis ini adalah garis fasa 'ghempon' kepada fasa 'aggresif'. Kedua-dua mereka sudah kelihatan semakin aggresif. Ini adalah sihat untuk UMNO. Aku memang suka dengan kenyataan terusterang Muhyiddin mengenai reformasi yang wajib pada UMNO. Rasa seperti dipedulikan oleh pemimpin. Itulah rasa yang telah lama hilang dari aku selepas beberapa ketika TDM turun dan digantikan oleh penggantinya yang aku tidak sangka begitu halus sekali hatinya...lekeh adalah perkataan paling wajar untuk beliau. Akupun bayar yuran.......
0 Responses to NAJIB SIPENGKIAS, MUHYIDDIN SIPENGKAIS