SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com
SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com
Followers
Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog
HIMPUNAN JUTAAN BELIA
Tadi semasa aku singgah di mykmu, aku di ajak bertandang keblog yang menyeru Pemuda Rembau yang akan bersidang nanti.
Pesanan akhir buat Pemuda Rembau - Moh pertahankan warisan budayo kito~ Malaysiakini
Cakap-cakap yang mengatakan bahawa Khiary akan dimalu kan di Rembau telah bermain seawal pencalonan berjalan lagi, khabar angin mengatakan Khairy akan kalah telah disebarkan oleh penyokong Mukhriz untuk melemahkan pengaruh Khairy di Rembau, tidak hairan lah jika wakil-wakil Mukhriz telah hampir seminggu berkampung di Rembau untuk mengebom Pemuda Rembau bagi memalukan Khairy Jamalludin. Minggu ini pemuda Rembau akan mengadakan mesyuarat mereka. Semua mata kini tertumpu di Rembau .
Komen:Ramai juga penyokong Mukhriz diRembau rupanya..... siap ada bom lagi. Hisshh.. patutpun mereka yang pro kj ni macam cacing kepanasan. Cacing-cacing ni aku sarankan pi kursus ternak cacing lagi baik, boleh tambah pendapatan.
Melalui pemuda tempatan yang tewas tanpa bertanding Sdr Azman Mohd Sah yang juga merupakan kroni kuat kepada Mukhriz malahan adalah pemuda yang ditaja oleh Mukhriz mereka telah berkampung beramai-ramai untuk memastikan Khairy Jamaluddin tidak akan mendapat pencalonan dan sebaliknya mencalonkan Mukhriz di kubu Khairy.
Komen:
Ini kenyataan apa ni? Siapa yang taja siapa? kj atau DMM? Aku dengar kjlah yang banyak menaja calon, sebaik sahaja dihadiahkan kerusi Naib Ketua Pemuda anpa perlu bersusah payah, atas platformnya sebagai menantu pm. Hisshh..... Awat? Dulu ada dengar DMM pasang angan-angan nak jadi KPUM ka? Kalau tak kerana kemelut yang melanda mungkin dia hanya mahu berkhidmat setakat Exco dulu kemudian tu barulah fikir step yang seterusnya, bukan macam kj yang berangan kuat nak jadi pm termuda, tu yang hemoi minta kerusi NKPUM. Yang depa dok diatas tu ingat kerusi-kerusi penting tu boleh dibagi macam tu saja ka? Inilah NATIJAHNYA bila bagi kat orang yang gila kuasa dan gila pangkat tanpa melalui 'acid test' dulu. Dah tu guna modus operandi cara anwar berahim dulu, iaitu dengan memberi habuan tak habih makan kat KPUN-KPUN serta KPUB-KPUB melalui projek-projek kerajaan. Taja konon....
Kempen ini adalah kempen yang paling kotor dengan satu niat mahu mengaibkan Khairy Jamalludin.Azman seorang ejen insuran kini sungguh mewah dan ada juga desas - desus bahawa sebahagian dari budget yang diturunkan oleh Mukhriz telah selamat dalam tabung Azman dan perwakilan hanya menerima suku dari budget yang diterima, Mujurlah ramai ejen -ejen lain yang turun dan secara terang-terangan mereka bercerita dan mengira keuntungan sesama sendiri,
Komen:
Kempen kotor telahpun bermula lama dahulu oleh kj dimana dia bersama-sama konco-konconya cuba menjadi pencatur utama dalam PRU dahulu sehingga BN/UMNO diserang Tsunami. Bab niat tu bukan sahaja diRembau, malah dikebanyakan bahagian memang mahu melihat bukan kj yang menerajui PUM nanti. Yang pastinya bukan kj, tetapi calon yang lain. Setakat desas-desus, aku juga boleh buat ayat yang sama menggunakan perkataan desas-desus, misalnya begini, " Penulis blog yang menggunakan nick kulit pisang telah tertomoih kerana terpijak kulit pisang yang telah dibuang oleh beliau sendiri selepas memakan pisang berangan sambil berangan-angan menjadi setpol kepada bakal perdana menteri termuda diMalaysia, mengikut desas-desus yang hingaq kedengaran sekarang ini"
Kempen jahat ini lebih teruk dari kempen pilihan raya umum yang ke12 dahulu. Apapun yang berlaku di Rembau , diharap pemuda Rembau akan dapat mempertimbangkan dengan waras dan di harapkan mereka tidak meletakkan diri mereka di tempat pemuda yang tidak bermoral , apakah kita mahu melihat anasir luar datang merosakan keharmonian kampung kita. Tolak mereka , mereka datang hanya dengan satu niat yang jahat mahu memalukna ketua dan membuat kita kucar kacir, apa guna kita m enang sorak tapi kampung tergadai. Pepatah Negeri Sembilan ada menyatakan bahawa , biar mati anak jangan mati adat. Begitulah kuatnya orang-orang dahulu mempertahankan maruah mereka, maruah anak Negeri Sembilan.
Jangan jadi pemuda yang dayus sanggup mengadai maruah kerana wang ringgit, Jika mereka berikan wang ringgit , ambil lah (satu ajaran yang boleh menjerumuskan pemuda rembau kejurang yang amat hina), rezeki jangan ditolak namun maruah jangan di khianati. Orang-orang di Rembau dahulu sanggup mati kerana bopak kepala yang merupakan kepala suku. Orang negeri sembilan sememangnya terkenal dan kuat berpegang kepada adat, Bererti orang negeri sembilan begitu taat kepada pemimpin dan kukuh kepada setiakawan . Fikir lah semasak-masaknya dan mari lah kita sama-sama menolak pengkhianat dalam kelompok kita. Jangan biarkan wang ringgit merogol adat dan setiakawan(setia kat wang?) kita yang telah kita warisi dari nenek moyang kita dahulu, Bersatu kita teguh dan berpecah kita roboh. Adat pepatih setio pado ketuo. Biarlah orang kito yang monang , yang untung pun , awak gak bukan orang lain, orang tu datang buek kacau , lopeh tuh dio balik lah.(Apa? Ingat ni fun-fair ke? siapapun yang menang, tanggungjawab sebagai KPUM tetap dan wajib dilaksanakan dimana sahaja cawangan UMNO berada!!!) Yang malu kito , yang rugi pun kito . yang ketawo diorang , yang diketawakan , kito. Jangan lah bingai(takkanlah sampai gitu sekali Pemuda Rembau sekiranya memilih DMM?) sangat.(Orang UMNO yang cerdik tidak kira dimana mereka berada ialah yang dapat melihat gelombang perubahan yang sedang melanda secara menyeluruh, bukan memandang dari sisi kedaerahan atau kenegerian).
Kalau kito monang , yang handa kito , yang kuek pun kito . (Ini bukan persoalan kita diRembau sahaja, tetapi kita sebagai ahli UMNO secara keseluruhan!!!)
Cukuplah apa yang terjadi dengan Puteri UMNO Bahagian Rembau yang tidak mencalonkan Bibi, cukuplah Puteri Rembau dipersenda kan di seluruh Malaysia sebagai Puteri yang tidak matang. Bila sebut sahaja Puteri Rembau semua orang akan tersenyum . Puteri Rembau telah membuktikan pepatah yang popular di rembau satu ketika dahulu sememangnya benar - “Rombau sorombau -rombounyo. pakung Soadolah” Maksudnya orang Rembau sebenarnya berpekung(INI ADALAH SATU PENGHINAAN TERHADAP KEINTELKTUALAN PUTERI REMBAU!!! TAHNIAH PUTERI REMBAU YANG TELAH MENZAHIRKAN APA ITU DEMOKRASI). Marilah kita nafikan peribahasa ini dan marilah kita sama-sama menaikkan moral Pemuda Rembau dan mereka sebenarnya adalah pemuda yang tidak boleh dijual beli, biar kito kobulur , namun maruah bangso , maruah anak nogori jangan di gadai(HE HE HE...MATI KABULO? BOREK BONA UGUTAN NIH!). Adat pepatih mengajar kito taat pado pemimpin(yang ADIL dan ikhlas). Hidup Pemuda Rembau. Salam Perjuangan - tolong sebarkan . Di izinkan untuk copy dan paste tulisan ini bagi kegunaan mana-mana laman web.- terimakasih kepada blogger kulit pisang yang memberi kebenaran.
Oleh : Along (Anak Jati Rantau) KPMU
Aku dah komen sikit kat mana yang perlu.Lagi satu pasal banner blogger ni macam orang yang sedang pegang molotov kotel.......ini isyarat yang bahaya ni. kj patut menjauhkan diri dari penyokong yang begini. Penyokong seperti ni boleh diibaratkan "Sokong membawa REBAH!"

Malam in tepat pukul 11.59 malam akan aku hentikan paparan undian disebelah kanan sebagaimana yang aku sebutkan dulu. Dan Sebelum 12.oo cmalam juga semua ejen-ejen kena balik seghon, takut sat lagi calon yang hangpa sokong disqualified pula.
Tetapi yang paling penting walaupun aku ada favourite candidate, akhirnya siapa yang menang dialah KBUJ seluruh warga UMNO Jerai!
Siapapun yang menjadi line up sewajibnya memikirkan bagaimana untuk menarik kembali sokongan rakyat yang telah terhakis kepda BN dan UMNO.
Shahidan bayar tunggakan KWSP
![]() |
| Shahidan Kassim keluar dari pejabat KWSP Perlis di Kangar, semalam setelah mengadakan perbincangan mengenai tunggakan caruman pemain- pemain bola sepak negeri itu. - Bernama |
KANGAR - Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim akan membayar tunggakan caruman pemain negeri itu kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM900,000 secara ansuran selama dua tahun bermula bulan ini.
Difahamkan, jumlah tersebut merupakan tunggakan bayaran caruman PFA bermula September 2005 sehingga Ogos tahun ini.
Beliau juga akan menggunakan wang simpanan KWSP miliknya sebagai jaminan peribadi sekiranya gagal melangsaikan tunggakan dalam tempoh tersebut.
Shahidan berkata, persetujuan itu telah diterima oleh KWSP selepas mengadakan perbincangan.
"Mereka meminta agar PFA mengemukakan surat cadangan dan pembayarannya akan bermula bulan ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.
Menurut Shahidan, jika beliau gagal membayar dalam tempoh dua tahun seperti yang ditetapkan, pihak KWSP boleh menggunakan wang daripada akaun KWSP miliknya.
''Kalau perlu wang KWSP saya boleh dikeluarkan dan saya akan menggunakan elaun saya yang ada untuk tampung pembayaran ansuran bulanan itu.
''Dalam tempoh itu jika Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ingin memberikan sedikit bantuan saya rasa tunggakan ini dapat diselesaikan dalam masa lebih cepat," katanya.
Pertemuan telah diadakan antara Shahidan dengan Ketua Cawangan KWSP Perlis, Mahmud Shauqi Ahmad dan Pengurus Penguatkuasaan KWSP Perlis, Mohd. Termizi L. Karim di pejabat KWSP, di sini.
Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan Shahidan bersetuju untuk mengutus surat memohon bantuan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi menyelesaikan masalah tunggakan caruman PFA kepada KWSP.
Shahidan memberitahu, beliau sedikit kecewa kerana ketika pasukan Perlis yang berada di bawah pengurusan PFA menjulang Piala Malaysia ramai pihak yang menunjuk muka dan bersama-sama menjulang piala tersebut.
''Apabila berlaku begini, tidak ada siapa yang ingin membantu kecuali Menteri Belia dan Sukan dan kemungkinan selepas ini Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin juga akan menghulurkan bantuan.
''Selepas ini saya akan memberi perhatian terutama dalam menyelesaikan tunggakan gaji pemain selama dua bulan bagi membolehkan mereka lebih bersemangat untuk berlatih dan menjulang Piala Malaysia," ujarnya.
Menurut Shahidan, beliau mahu pemain tahu sukan bola sepak di Malaysia tidak akan mantap jika tanpa pengorbanan untuk meningkatkannya.
''Kalau pengurusan dan mana-mana pihak sanggup berkorban untuk meningkatkan mutu bola sepak negara, maka saya percaya ia boleh berjaya.
''Ini juga sebahagian daripada strategi dan matlamat untuk menjulang Piala Malaysia tahun ini. Cuma saya ingin memberitahu negeri jiran (Kedah), kami akan menjulang Piala Malaysia tahun depan," jelasnya.
Beliau juga percaya negeri lain banyak berhutang dengan KWSP, cuma mereka mengambil tindakan tidak mahu menghebohkan perkara tersebut.
Dari Utusan.
Kalau dilihat sepintas lalu oleh peminat sukan, ia hanyalah satu berita dalam kemelut sukan bolasepak negara. Tetapi jika dilahat dari sudut politik, maka ianya telah berjaya dijayakan dengan jayanya oleh watak utama dalam membantu 2 lagi calon yang sedang dalam penawaran diri. SiShidan tu nak bertanding MTY, macam gak dengan Sabri Bera. sorang lagi tu nak bertanding KPUM. Yang aku heran tu caruman tu tak dimasukkan sejak 2005, huih...lama tu. Awatnya dibiarkan dengan begitu lama, tak dak duit sungguh-sungguh ka samapai nak kena guna duit kwsp peribadi sebagai jaminan? Bunyinya macam baguih kalu denganq sekali lalu. Kalau renung balik pelan-pelan, tahun 2005 Shidan masih lagi MB. takkan dia tak sedar keadaan tu? kalau masa jadi Jora boleh istihar pemberian bonus, takkanlah caruman tak boleh dibuat? Atau saja-saja jer....maklumlah masa tu ada kosa dineghi....sapa berani kata apa. Dan tak salah aku dia dah jadi Presiden PFA ni dah lama dah. Dan acap kali aku dengaq ramai orang yang dok sumbang kat PFA tiap-tiap tahun, terutamanya dari GAPURA, serta lain-lain kumpulan perniagaan yang berkepentingan. Mana pergi duit-duit sumbangan tu? Atau telupa nak bayaq caruman kot? Telupa ni kira biasa lah.....
Dan mengenai mohon bantuan dari kementerian tertentu tu aku kira sesuailah kalau dah betul-betul dah tak dak duit, tetapi yang nak mohon dari kj tu pasai apa? dia Naib saja. Mohon teruslah dari FAM. Awat tak kata nak mohon bantuan dari FAM saja, kenapa perlu sebut nama orang tertentu, awat FAM tak dak Presiden ka? Teringat aku perangai dalam Pemuda UMNO dimana dalam hal-hal tertentu, Naib dia yang terlebih sudu dari kuah. Seolah-olah tak ada Ketua Pemuda atau Ketua Pemuda tak tahu nak mengetuai sesuatu event tu. Awat la ni dah merebak dalam FAM pulak ka?...... Kalau kementerian sukan tu kita fahamlah, pasai Ismail Bera tu adalah menteri dia, takkan nak pi jumpa Timbalan Menteri Sukan pula??? Nampak tak perbezaan tu?

Aku percaya dua tiga hari ni orangramai tak kira dimana akan bercerita akan seorang lagi presiden baru bagi Amerika. Kalau ditanya pendapat aku mengenai Obama dan dasar luar Amerika, tet
ntunya aku tidak dapat memastikan apakah perubahan yang akan berlaku selepas Amerika mendapat seorang Presiden yang bernama Obama. Walaupun skpetikal, namun hati kecil amat berharap Obama akan mengubah dasr luar Amerika yang lebih bersifat Raja Segala Raja, Polis Dunia, Hakim Dunia malah kadangkala seperi mengamalkan Jungle Law bila berhadapan dengan negara-negara kecil atau negara-negara lemah.
Ini membuat aku merasa banggan denganTDM yang selalunya berani berkata NO! kepada Amerika sekiranya beliau berpendapat dan yakin bahawa apa-apa isu yang timbul ketika belioau menjadi PM dahulu, berbanding bakal mantan pm kita yang sungguh kalangkelibut bila diacah pembangkang seperti dlaam kes ketuuuukkk ketammpiiii(kuang kuang kuang).....
Aku juga seperti yang lain amat berharap hubungan duahala dengan Malaysia lebih adil tanpa mengutamakan Singapura terutama apabila ianya berkaitan dengan kedaulatan malaysia sebagai sebnuah Negara yang merdeka. Juga selepas ini tiada lagi dasar mempertahankan secara sembrono anwaribrahim melebihi rakyat depa sendiri.
Aku jika harap sangat agar Najib dapat menjalinkan hubungan yang baik dan rapat dengan Obama, tetapi dalam pada masa yang sama juga berwaspada terhadap tektik dan strategi amerika dan bertegas apabila hak-hak Malaysia cuba diganggu gugat oleh negara besar itu.
Semuga Obama dapat menunjukkan kebolehannya membawa amerika kesuatu dimensi baru terhadap iklim politik dunia!
Manakala untuk G7 ada 20 orang yang menwarkan diri untuk dipilih. Inilah mereka-mereka yang akan diberi peluang selain dari KBUJ dan NKBUJ unutk mengundi semasa PAU yangtelah diseret sejauh bulan Mac 2009 nanti. Mungkin Najib yang dah diberi mandat oleh akaq umbi boleh heret balik PAU ke bulan duabelaih ni!!!
Seperti juga AJK G7 pun biarlah diwakili oleh ketiga-tiga DUN dengan nisbah 2:2:2 + 1. Satu tu biarlah penghormatan diberi kepada Dato' Razak yang UMNO dulu kini dan Selamanya!
Sebagai cadangan dari aku:
DUN Sg Limau ialah TATBahari(TAT 2) dan Halim Gendang Silat(dia kata dia nak buat usul kesenian nanti di PAU.....betoi ka?)
DUN GC pula Cikgu Paimin dengan Ahmad Muzaffar TT Teraih
dan DUN Gurun pula wakilnya ialah Zulkifli Darus Sg Bongkok aka batu 3 Petronas berserta Zulkifli Hamid
Maka setiap seorang kena mendapatkan lebih dari 100 undi perwakilan untuk membolehkan mereka menuju keDewan Merdeka PWTC nanti. Yang menang nanti janganlah lupa pada Allah yang akan menguji mereka dengan ujian yang akan menjadi persembahan di Hari Pengadilan kelak. Jangan kerana temujanji sebagai G7 di PWTC nanti membuat anda lupa kepada satu lagi temujanji yang pasti pada setiap makhluk iaitu temujanji pada HARI PENGADILAN.
yaaaaa........
Seramai 63 orang talah mempelawakan diri unutk menduduki jawatan 20 AJK UBJ. Mereka-mereka ini terdiri dari muka-muka yang terlalu lama, muka lama dan muka baru serta muka baru dari barisan Pemuda yang telah menopause(macam aku).
Bagi aku, muka-muka yang terlalu lama dibahagian ini patutlah mengundurkan diri bagi menggantikan muka lama tapi tak berpeluang. Aku syorkan muka-muka terlalu lama yang ada diUBJ ini menubuhkan kelab mereka dan melantik Presiden mereka, umpama Mubaraklah. Jadi mereka ini jika kecil bilangannya aku syorkan agar semuanya diberi jawatan selain dari Presiden ahli veteran, Timbalan, Naib dan sebagainya seperti juga dalam UMNO. Dan setiap kali ada persidangan tahunan mereka ini diberi penghormatan tertinggi dengan dijemput secara khas kepersidangan.
Manakala muka lama tapi tak berpeluang, eloklah kali ini diberi peluang, contohnya seperti kawan aku dari DUN Sungai Limau tu.....lama dah aktif, lama dah jadi Ketua cawangan, lama dah dok hadir Persidangan Tahunan, baru tahun ni menawarkan diri untuj jawatan AJK Bahagian, jika perwakilan rasa dia layak berilah peluang. Dia bahasakan diri dia CAN, mungkin ada can kot? Nombor dia?....tak ingat pula, sebab aku ni bukan perwakilan, so dia tak huloqlah call card yang ada nombor dia kat aku..he he he....
Jadi secara umumnya, aku memang mahu melihat gandingan dari ketiga-tiga DUN dalam UBJ ni ada dalam AJK. Jadi kalau 20 tu, nak bagi saksama ialah 6.333333 orang bagi tiap-tiap DUN!! Hish mana boleh tu. Jadi pandai-pandai perwakilan lah... nak bagi nisbah dia 6:6:8 ka 6:7:7 ka 6:8:6 ka, 7:6:7 ka......pandai-pandailah pusing nisbah tu...... Ni yang dulu-dulu aku nampak agak berat sebelah, tak seimbang, tak menggambarkan DACING yang menjadi simbul kesaksamaan.
Kalau mengikut kiraan aku sesiapa yang nak melayakkan diri untuj AJK mestilah melepasi 126 undi, iaitu 130 keatas.
Ada beberapa nama dari DUN Gurun yang aku kenali seperti Halmi Hassan(Tekun), Ibrahim Ahmad, Ir Md Nooq, Din Che Tam, Zulkifli Hamid dan Mohd Asri Shuaib(sekadar cadangan) manakala dari DUN GC pula aku sekadar mencadangkan nama seperti Mustar(Tat B), Aziz Din, Cikgu Zaki, Ahmad Muzaffar, Mawardi Abdullah, Zamri Tok Kau, Norma Awang dan Cikgu Mat Md Noh akhirnya DUN Sungai Limau seperti Mail Omaq, Kak Musropah, Suhaimi Lazim, Hasan Jaafar(ni lah CAN), Kamarudin Awang dan Cikgu Halim.
Lagi sekali aku nak tekanka ndisini, bahawa nama-nama diatas hanyalah cadangan peribadi aku bagi menggambarkan apa yang aku katakan mengenai nisbah AJK yang mewakili ketiga-tiga DUN dalam UBJ. Perwakilan adalah bebas untuk menentukan siapa yang terlayak untuk menganggotai AJK Bahagian ini.
Dengan keputusan untuk kerusi Presiden telah diketahui, iaitu DSNTR yang telah mendapat pencalonan secara majoriti, maka debaran sekarang lebih dirasakan terhadap persaingan calon unutk Timbalan Presiden. Secara peribadi aku mahukan TSMY digandingkan dengan DSNTR walaupun mungkin ada pertandingan, kerana bagi aku Ali Bollywood dan Maik Taisen tidak selayaknya menduduki kerusi nombor dua itu. Jika ditanya aku, Ali Bollywood lebih sesuai untuk terus berada diDUN dan terus menerajui Melaka, sangatlah sesuai. Maik Taisen? Hmm..... lebih baik bertanding di mana-mana parlimen dulu, dengan mengenepikan status senator agar mandat dari rakyat benar-benar terjelma sebagai menifestasi sokongan, maksudnya kena tunggu selepas PAU13lah sekiranya dicalonkan oleh BN dimana-mana parlimen dimana-mana negeri, kemudian tu barulah difikirkan kembali samada untuk melayan nafsunya untuk mencalonkan diri sebagai timbalan Presiden atau tidak. Lagi satu DRMMT aka Maik Taisen kenalah memperkemaskan keupayaan Bahasa Inggerisnya jika nak menjadi orang terpenting dalam UMNO.
Bukan apa, belum ada dalam sejarah Perdana Menteri Malaysia kena ada translator bila hendak berkomunikasi dengan pemimpin luar seperti amareka, beriten, nu zilen atau ostolia hatta singapork. Lainlah kalu nak berkomunikasi dengan pemimpin cina ka, jepun ka atawa rosia, yang tu mahadzir lokman pun kena pakai translator, pasai dia pun boleh melayu, inggeris dan prancis.
Tang Naib tu aku ingat DSHTH, Shapie Afdal dan Zahid dah cukup kot.
Tang MKT tu aku kira semua layak kecuali dua tiga muka yang teralau kuat menjadi tembok mentalun(yang menggemakan suara orang)kepada bakal bekas perdana menteri.
Manakala di Jerai ini, jika ditanya aku secara peribadi, tentulah pilihan aku Datuk Suhaimi Abdullah sebagai KBUJ dan Dato' Dr Ku Rahman sebagai TKBUJ, kerana secara tradisi ADUN Guar Chempedak adalah Timbalan Ketua Bahagian!!! Gandingan SAKu akan menjadi satu gabungan yang akan boleh memBANTU mengembalikan kepercayaan rakyat tidak berparti Jerai kepangkuan BN, terutamanya DUN Sungai Limau serta DUN Gurun. Manakala DUN Guar Chempedak, Alhamdulillah sehingga kini BN/UMNO masih lagi mendapat kepercayaan rakyat hasil ayaq tangan Mantan ADUN terdahulu, iaitu yang dikasihi, lagi dihormati serta dikenangi, Dato' Abdul Razak bin Hashim yang selalu dan masih mendampingi rakyat di Parlimen Jerai ni.
Tapi kalu DrKARKI tak mau TKUBJ, adik dia boleh juga. Adik diapun ada talent juga. Hebat juga semasa jadi KPUJ walaupun agak mendatar sikit geraf semasa jadi AJK bahagian, walaupun berpeluang memegang Biro Penerangan. Dia juga antara nama-nama yang sering dimasukkan dalam senarai calon-calon setiap kali adanya pilihanraya. Yang terbaru nipun nama dia disenarai pendek untuk jadi calon DUN GC, tapi sayang, walaupun dah dipendekkan tetap juga dicantas disaat-saat akhir .........SIAPALAH yang pi cantas tu? Tapi tak kisahlah, perkara dah berlalu, BIDULK LALU KIAMBANG BERTAUT. Jadi kiambang-kiambang lainpun kenalah bertaut juga...alaaa....kan ker kita ni seUMNO!
KuKu? dah kalau kehendak ahli nak buat gena? Ini demokrasi. Tapi Jerai ni bukankah banyak pemimpin, takkanlah nak kita gambarkan bahawa Jerai ini sudah kekeringan barisan kepimpinan sehingga kedua-dua jawatan tertinggi UMNO nak diberi kepada adik-beradik.
Prestasi kerja? DSA memang dah diuji serta teruji. Tekanan dalam kepimpinan juga dapat beliau serap dengan baik dan berhemah, walaupun tekanan datang dari atas, tepi, tengah mahupun bawah. Beliau tak lokek idea juga tak lokek sumbangan. Tanyalah kepada mana-mana cawangan diParlimen Jerai ni, cawangan mana yang kalau minta tolong yang dia tak bantu, tak kira masa, tak kira ketika...... tapi mungkin dalam mpat lima bulan ni suhu bantuan dia turun, kerana takut disalah ertikan oleh ahli UMNO dan calon lain. Dan aku tabik bila dapat tahu dia sedang giat berkempen secara 'direct contact' dengan cawangan-cawangan yang ada(Kaedah ini sentiasa aku tekankan kepada beliau dahulu). Datuk!!! Jentera tu jentera juga, tetapi janganlah terlalu berharap.......usaha sendiri lebih mendatangkan kesan.
DDrKARKI? Aku juga akui dia dah mula turun padang bertemu rakyat atas kapasiti dia sebagai ADUN. Pelantaq sebagai ADUN memberi banyak peluang untuk dia bertemu pelanggan(rakyat le tu). Melihat gambaq dia duk bertinggung dengan sluaq yang disintin kebetih sambey anyam daun palaih buat ketupat(masa bah di TT Traih) memberi kesan kepada nurani aku. Sesuai kalau dia meneruskan tradisi ADUN terdahulu sebagai TKBUJ, molek benar........
Walaupun aku dengar bahawa Bang Dot sedang diusung sakan oleh jentera yang digerakkan semata-mata nak menghalang sdr Ikmal dari kedudukan selesa sebagai calon peberit untuk NKBUJ, aku harap sangatlah perwakilan yang akan bersidang nanti berfikir secara mendalam akan jawatan ini. Sdr Ikmal merupakan barisan muda pelapis kepimpinan yang paling menonjol yang Jerai ada diperingkat UMNO pusat. Kenapalah pula hendak di gegarkan fokus perwakilan yang hendak mengundi calon bagi jawatan NKBUJ ni? Aku tak pasti misi dan visi Bang Dot sehingga beliau mahu terus bersaing dengan Ikmal. Untuk makluman, Bang Dot telah agak lama juga berada di AJK Bahagian, tetapi seperti terumbang ambing. Aku sebenarnya secara peribadi adalah kawan dan akan terus berkawan dengan Bang Dot waima apapun terjadi dalam pemilihan nanti, sebab aku dan dia adalah orang UMNO. Tetapi untuk jawatan NKBUJ ini biarlah perwakilan memilih sdr Ikmal unutk mendudukinya. Beri peluang kepada Ikmal yang sudah menunjukkan 'bekas' diPusat sebagai pengerusi Biro Pendidikan. Beliau juga memerlukan pelantaq(platform) untuk terus menaburkan bakti kepada anak-anak Jerai Khususnya dan anak-anak Malaysia amnya. Doa aku agar Ikmal juga berjaya dalam pencalonannya dalam EXCO Pemuda UMNO Pusat, InsyaAllah. Jasanya dalam menunaikan tanggungjawab sebagai pengerusi Biro Pendidikan tidak perlu diperjelaskan lagi. Kita boleh google dalam internet untuk menjejaki usaha beliau dalma memertabatkan mutu akademik anak Melayu Khasnya dan anak-anak Malaysia amnya. Wajar serta layak para perwakilan untuk memberi undi mereka kepada Ikmal bagi membolehkan beliau menjawat sebagai NKBUJ.
Gandingan ketiga-tiga jawatan diatas bagi aku adalah umpama gandingan DSNTR , TSMY dan DSHTH di UMNO Pusat, InsyaAllah.
Semalam lagi aku dah baca deklarasi berkenaan. Aku ambil masa juga untuk memahami deklarasi berkenaan, kerana tidak mahu gopoh dalam memahami apa yang sebenarnya yang mahu difahamkan oleh mereka-mereka yang duduk memerah otak di kawasan dingin Janda Baik sehingga terhasilnya deklarasi berkenaan.
Aku percaya kedinginan Janda Baik, terutamanya disekitar rumah milik Pak Habib memberi ketenangan lalu menjadi pencetus kepada deklarasi ini.
Sebagai sokongan terhadap deklarasi ini, aku linkkan blog yang dicipta oleh cheguman aka demang lebar daun.
Siapa dan antara yang tertekan ???
October 30, 2008 by admin
Siapa yang sebenarnya kini tertekan untuk menanti hari pemilihan UMNO yang akan diadakan pada bulan Mac ini. Bagi Datuk Seri Najib yang bertanding sebagai Presiden parti mungkin boleh merasa lega kerana beliau hampir selamat untuk menduduki takhta tertinggi dalam parti UMNO Mac ini. Yang tertekan ialah tengku Razaleigh Hamzah kerana langsung tidak nampak bayangan sokongan terhadap beliau. Ini amat memalukan kerana beliau dahulu begitu yakin ahli UMNO mahukan beliau. Rupa-rupanya anggapan beliau sebenarnya tidak lebih dari “Syok sendiri”
Bagi kerusi Timbalan Presiden, Tan Seri Muhyiddin Yassin mungkin belum boleh melenakan mata dan merasa selesa lagi kerana kerusi ini walaupun nampak selamat tetapi tidak mustahil akan ada calon-calon yang mungkin akan melepasi kuota dan akan menandingi beliau untuk kerusi Timbalan Presiden. Walaupun beliau lega dengan pencalonan berpihak kepada beliau tetapi beliau amat risau sekali jika Tan Seri Mohammad Mohd Taib atau pun Datuk Wira Ali Rustam berjaya melepasi kuota pencalonan kerana dalam masa 3 bulan apa-apa sahaja boleh berlaku.
Mengenali Tan Seri Mohammad Mohd Taib yang mempunyai rangkaian kerja yang baik dan juga pengalaman dalam banyak pemilihan UMNO, akan tercabar juga Tan Seri Muhyiddin Yassin. Rais Yatim juga yang sebelum ini merasakan dirinya begitu popular kini mulai merasakan tertekan kerana terjemahan perwakilan bahagian tidak memihak kepada beliau.
Antara mereka yang tidak boleh melelapkan mata ketika ini adalah Ketua Wanita UMNO. Calon yang memperolehi pencalonan tertinggi Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz dan juga Timbalan Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, kerana beliau kini dalam delima, antara mahu dan tidak untuk bertanding kerusi Ketua Wanita UMNO kerana telah layak bagi merampas takhta berkenaan dari Ketuanya.
Rafidah agak tertekan antara mahu meneruskan plan peralihan atau menentang Rafidah, sekiranya beliau mengambil keputusan menentang Rafidah dan tewas dalam pemilihan berkenaan, kerjaya politik beliau akan menjadi kelam. Jika beliau mahu meneruskan peralihan, ianya agak lama lagi dan apa juga pasti boleh berlaku dan ramai perwakilan yang mencalonkan beliau menganggap Shahrizat sebagai pemimpin yang tidak berani menyahut cabaran.
Bagi kerusi Ketua Pemuda UMNO pula, yang jelas tertekan sekarang adakah calon yang mendapat pencalonan kerana kini di anggap favourite dan perlu memastikan sentiasa favourite sehinggga pertandingan Julai ini dan sentiasa memastikan berada ditahap populariti yang tertinggi. Mukhriz terpaksa menang dalam pemilihan kali ini kerana jika beliau kalah ianya melibatkan ayahnya, mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir yang turut berkempen secara agresif sekali untuk memastikan Mukhriz menang .
Jika beliau kalah bererti, bukan hanya beliau sahaja yang kalah. Ayahnya turut kalah. Tidak mustahil Mukhriz juga boleh kalah, walaupun mendapat pencalonan tertinggi, kerana pencalonan tertinggi tidak menjaminkan kemenangan lagi. Ayahnya pernah mendapat pencalonan sebanyak 3/4 ketika menentang Tengku Razaleigh Hamzah tetapi hanya menang dengan jumlah yang kecil sahaja.
Bagi seorang calon lagi, bekas Menteri besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo juga kini dalam keadaan tertekan kerana kerusi Ketua Pemuda UMNO amat penting kerana jika beliau tewas bererti kerjaya politik beliau juga agak kelam kerana ini lah sahaja platform yang akan membariskan beliau berdiri sama tinggi dengan pemimpin -pemimpin tertinggi UMNO.
Seorang lagi calon, Khairy Jamaluddin walaupun tertekan tetapi lebih tenang kerana ini adalah satu permulaan yang nyata bagi beliau kerana beliau kini berhadapan dengan realiti politik. Yang bertanding sekarang adalah Khairy Jamaluddin yang masih muda dan masih punyai banyak masa. Namun sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO, beliau akan merasa terkilan juga sekiranya beliau kalah kerana kerusi berkenaan adalah hak beliau secara hakiki.
Tekanan terhadap beliau tidaklah sebegitu kuat memandangkan beliau terpaksa menebas hutan yang tebal untuk mencari realiti alam politik. Banyak halangan yang perlu beliau lalui dan berjaya melayakkan diri adalah satu bonus kepada beliau dan pendorong bagi beliau pergi lebih jauh dengan membawa nama Khairy Jamaluddin. Oleh kerana usia beliau yang masih muda dan mempunyai maka tekanan tidak lah begitu ketara kepada beliau yang dianggap underdog dan bukan favourate.
Sama seperti Rosnah, hak sebagai Ketua Puteri UMNO sepatutnya adalah hak beliau, namun beliau terpaksa menghadapi tentangan dari Shahaniza yang nampak lebih popular dari beliau. Namun Rosnah tidak tertekan kerana beliau masih ‘Maintain ” dan tidak ada sebarang tanda yang menampakkan bahawa beliau hilang ke popularitinya.
- Oleh Dinno
Aku nak sedut ayat tentang calon pemuda:
Bagi kerusi Ketua Pemuda UMNO pula, yang jelas tertekan sekarang adakah calon yang mendapat pencalonan kerana kini di anggap favourite dan perlu memastikan sentiasa favourite sehinggga pertandingan Julai ini dan sentiasa memastikan berada ditahap populariti yang tertinggi. Mukhriz terpaksa menang dalam pemilihan kali ini kerana jika beliau kalah ianya melibatkan ayahnya, mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir yang turut berkempen secara agresif sekali untuk memastikan Mukhriz menang .
Jika beliau kalah bererti, bukan hanya beliau sahaja yang kalah. Ayahnya turut kalah. Tidak mustahil Mukhriz juga boleh kalah, walaupun mendapat pencalonan tertinggi, kerana pencalonan tertinggi tidak menjaminkan kemenangan lagi. Ayahnya pernah mendapat pencalonan sebanyak 3/4 ketika menentang Tengku Razaleigh Hamzah tetapi hanya menang dengan jumlah yang kecil sahaja.
Komen aku:
DMM tertekan? hi hi hi.....sepatutnya yang duduk bawah ANJINGlah yang tertekan, bukan yang dapat pencalonan terbanyak, kerana pencalonan terbanyak inilah sebenarnya gambaran asal(gambar asli) hasrat akar umbi. APA PUNYA SPIN NI!!! Tetapi bila sampai keperingkat G2+2, gambaran ini akan diganti dengan gambar palsu undian yang mana boleh jadi undian oleh mereka adalah hasil balutan(lamination) muka Petuan Agong yang pertama. Jadi bukan sesuatu yang anih bila dilihat sejarah antara KuLi dan TDM sebabnya undi dah dibeli. Bukannya susah, cari duit haram untuk jayakan perkara haram. Dan sejarah juga menunjukkan bukan semua Melayu boleh dibeli dengan ringgit dalam menentukan survival dan maruah politik UMNO. Itu sebabnya sistem G7+2 dan G2+2 wajar dimansuhkan!!!
Bagi seorang calon lagi, bekas Menteri besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo juga kini dalam keadaan tertekan kerana kerusi Ketua Pemuda UMNO amat penting kerana jika beliau tewas bererti kerjaya politik beliau juga agak kelam kerana ini lah sahaja platform yang akan membariskan beliau berdiri sama tinggi dengan pemimpin -pemimpin tertinggi UMNO.
Komen aku:
Seorang lagi calon, Khairy Jamaluddin walaupun tertekan tetapi lebih tenang kerana ini adalah satu permulaan yang nyata bagi beliau kerana beliau kini berhadapan dengan realiti politik. Yang bertanding sekarang adalah Khairy Jamaluddin yang masih muda dan masih punyai banyak masa. Namun sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO, beliau akan merasa terkilan juga sekiranya beliau kalah kerana kerusi berkenaan adalah hak beliau secara hakiki.
Komen Aku:
Tenang??? Lawak tahap gaban! Sepatutnya jika betul-betul mahukan realiti dalam politik, baik saja kj ni balik kepada asal dengan bertanding diperingkat cawangan dulu, kendian tu diperingkat bahagian dengan meredah kampung-kampung yang ada cawangan Pemuda untuk pelawa diri jadi AJK Pemuda dulu, kendian tu dah duk dua tiga penggal kat AJK tu barulah pelawa jadi KPUBahagian. Buat kerja dibahagian dulu dua tiga penggal, kendian tu barulah tawar diri kepusat sebagai EXCO Pemuda Pusat. Dah dua tiga penggal, barulah tawar diri untuk NKPUM dan seterusnya......Macamtu lah. Bukan tiba-tiba terus pegang NKPUM dan terus belagak jadi kaduk. Awat? Ingat sireh tu tak sedih pilu ke? kalau tak dak pak metua kat situ ingat sireh tu nak biaq ka kaduk naik kejunjung? Hoi!!! Piirahhh!!!
Dan yang buat aku nak teruntah ialah perenggan yang kata:
Namun sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO, beliau akan merasa terkilan juga sekiranya beliau kalah kerana kerusi berkenaan adalah hak beliau secara hakiki.
Awat? Ada ka dalam perlembagaan yang kata bila seseorang tu dah jadi secara tiba-tiba sebagai NKPUM sewajibnya juga menjadi secara tiba-tiba KPUM? Lihat frasa hak beliau secara hakiki. Fahamkah sipenulis apa yang dimaksudkan dengan hak yang hakiki?
Kalau nak ampupun berpada-padalah.......mana ada manusia yang mempunyai hak yang hakiki? Hanya Allah yang mempunyai hak yang hakiki!!! Manusia dan makhluk seluruhnya terikat dengan kefanaan, hanya Allah yang Kekal. Ni apa ni takkan nak mengampu sehingga mengangkat orang yang anda ampu setaraf dengan Allah??? Maka tak hairanlah bila ada menteri kanan yang sanggup cium tangan budak kanyiaq ni depan public. Lu pikir lah sendri(pinjam kata nabil N9)
Tekanan terhadap beliau tidaklah sebegitu kuat memandangkan beliau terpaksa menebas hutan yang tebal untuk mencari realiti alam politik. Banyak halangan yang perlu beliau lalui dan berjaya melayakkan diri adalah satu bonus kepada beliau dan pendorong bagi beliau pergi lebih jauh dengan membawa nama Khairy Jamaluddin. Oleh kerana usia beliau yang masih muda dan mempunyai maka tekanan tidak lah begitu ketara kepada beliau yang dianggap underdog dan bukan favourate.
Komen Aku:
Analogi tebas hutan tu langsung tidak tepat. Terbabas dengan amat jauh dari realiti. Hanya orang yang dah mati sebelum kj aktif berpolitik(baca: kawin dgn anak paklah), anak-anak yang kecil dan yang belum lahir sahaja yang boleh termakan dengan cerita dongeng ini!. Dan kerana mudalah beliau wajib belajar dari Alif atau dari 'A'. Hangpa dok tebas dan kebaih duit dia yang dia dapat dari segala mak nenek komisen. Wang haram hanya layak dihabiskan dengan jalan yang haram.
Cukup-cukuplah tu......
Dua tiga hari ni hingaq sunggh pasai debat. Semua org dok berdebat pasai debat. ada yang berdebat kata debat tu baguih, ada pula yang dok debat bahawa debat tu akan menimboikan kesan negatif jangka panjang.
Tapi bagi akulah, yang si kj ni dok kalut nak berdebat sesama calon ni pasai apa? Dan kerana isu debat ini menarik minat aku, maka akupun berdebatlah dengasn jari aku agar mengoogle kisah debat si kj. Ropa-ropanya dia hanya berani berdebat dalam seghon dia saja. Kalu diluaq seghon dia seghot, ghmepon, khekot habih. Lari ghesap ghuyub bila orang luar spt pembangkang ajak berdebat.
Aku dapati dia dua kali tolak ajakkan untuk berdebat dengan Adlan Benan(telah meninggal) dan juga refuse untuk berdebat dengan beberapa tokoh pembangkang yang lain(rujuk:abitw). Hah! Sepatutnya dengan mereka inilah yang kamu kena berdebat!!! Bukan dok hingaq dalam gheban sendiri. Nanti gheban tu gheban sungguh baru hang tau!!! So! Kalu lari dari berdebat dengan depa-depa tu tak pengecut la? Dan aku amat malu apabila mykpmu(saing mykmu yang ditendang keluar oleh kj dari pwtc)menconteng muka DMM, kalau setakat blog persendirian tu aku tak heranlah, ini portal yang dinaungi oleh UMNO(baca: Kj)boleh buat lagu tu. Sapa yang mula main kotor?
Lagi pula kalau setakat nak habaq rancangan bila dah jadi ketua pemuda, manifestopun boleh, forum pun boleh, apa-apapun boleh, tapi janganlah dok merancang sehingga lupa adap! Hishamudin tu masih lagi Ketua Pemuda. Kalau tak mau Hishamudin tu lagi, kj oiii!!! Hang kenalah suruh paklah tu percepat tarikh PAU, tok sah dok tunda lagi, lagi lamalah Hishamudin tu akan jadi Ketua Pemuda. Apa punya gopoh, apa punya loqlag, apa punya tamak, apa punya tema'a, apa punya apa punya apa punya......
Dah acap kali kj melangkah kepala Hisham dalam aktiviti pemuda UMNO. Sapapun nampak betapa Kaduk ni suka benar naik junjung, walaupun sirih tak suruh, walaupun junjung tak jemput. lagi hang dok sebut pasai mengetuai jentera p/raya kecil, lagi meluat aku dengar...track record konon. TRACK RECORD KADUK!!!
La ni orang tak dengaq rekod dah haih, orang dengaq cd, mp3, mp4. Jadi kena ada track cd ka track mp3 ka atau yang sewaktu dengannya....
Semuga perwakilan yang sudah dan akan menetapkan hati memilih selain dari kj akan teruskan niat anda dala menolak kj.
Memanglah hasrat aku memilih 1hb Nov'08 ni untuk mengutarakan perihal pemilihan UMNO Bahagian JKerai yang akan berlangsung pada 8hbNov'08 nanti. Sedia maklum Tok Bad n Tok Daq dua-dua dah umum untuk berundur bagi memberi peluang muka baru(yg mmg dah lama dlm kepimpinan)untuk menerajui UBJ.
Bagi ketiga-tiga kerusi termasuk NKUBJ ada lebih dari seorang menawarkan diri untuk menjadi KBUJ, TKBUJ dan NKBUJ. Menurut congakan ramai kerusi NKUBJ agak selamat untuk sdr Ikmal, kerana dia calon idaman baghi ketiga-tiga DUN dlm Parlimen Jerai berbanding Bang Dot(Bahadur Omar, seorang peguam), begitu juga dengan TKBUJ yang nampaknya seperti Ku Razak menjadi calon idaman berbanding Fadzillah Ali(arkitek terbilang). Namun bagi KBUJ persaingan untuk menarik perwakilan bagi mengundi kedua-dua calon, iaitu Dato' Shuhaimi Hj Abdullah(DSA), bekas Ketua Pemuda yang juga tokoh korporat terkenal dan Dato' Dr Ku Abd Rahman(DKARKI) yang juga abang kepada Ku Abd Razak (calon TKBUJ) merangkap ADUN Guar Chempedak dilihat seakan seimbang. Kelebihan seolah-olah tidak terlihat diantara kedua-duanya (jika merujuk jumlah pencalonan dari cawangan-cawangan yang bermesyuarat).
Sokongan terhadap calon-calon juga telah menunjukkan perubahan. Kalau dahulunya mereka menyokong DSA semasa dia menjadi calon tertinggi yang dipilih mewakili UJ sebagai G7 ke PAU yg lepas, tetapi kali ini mereka ini dilihat telah beralih arah dengan menyokong DKARKI. Mungkin DUN Sg Limau adalah penyokong kuat DSA, tetapi bagi DUN Guar kebanyakan yang menyokong DSAi telah beralih menyokong DKARKI atas kapasiti beliau sebagai ADUN GC walaupun tetap ada ynag terus menyokong DSA.
Aku dapat berita(mungkin rumours je kot) bahawa Ku Razak sedang membantu berkempen untuk abang beliau, iaitu DKARKI dan pada masa yang sama tolong Bang Dot untuk kerusi NKBUJ, manakala KPUJ pula menyokong DSA. Apakah sokongan KPUJ ini juga disertai oleh anakbuah beliau?
Sokongan dari DUN Gurun agak kabur, walaupun dilihat Ku Razak mempunyai pengaruh keatas Dun Gurun yang mana pengaruh itu juga boleh diterjemahkan kepada menyokong DKARKI atas kerja kempen beliau, sokongan terus terhadap DSA tetap ada walaupun bebarapa penyokong beliau atas inisiatif mereka sendiri telah berjalan untuk berkempen kepada DSA. Dalam kumpulan-kumpulan inilah ada yang menjadi liabiliti kepada DSA.
Nasihat supaya DSA menjauhi mereka-mereka ini(oportunis) seolah-olah tidak memberi kesan bilamana dilihat mereka terus giat (berlakon) berkempen. Ramai veteran yang mahu melihat DSA memimpin UBJ telahpun menasihati DSA agar terus turun kebawah, kecawangan-cawangan bagi mendekati ahlul UMNO yang marhien bagi menarik sokongan dan dalam masa yang sama menyatakan misi dan visi beliau sekiranya dipilih mengetuai UBJ terus digiatkan oleh beliau. Dipercayai DSA telah juga dan semakin kerap menggunakan kaedah ini bagi menarik sokongan akaq umbi. Hasilnya hanya akan dapat diketahui pada petang 8hb Nov08 nanti.
Mari kita renungkan wahai ahlul UMNO Bahagian Jerai!!!!
atau
Anda mahu SAKu di Jerai?
*Apakah pilih SAKu akan membantu?



Aku mengkalu balik Kedah guna baih(bas) jika tiket yang aku beli tu tak mengizinkan aku segera berangkat, maka aku akan gunakan masa yang berbaki tu untuk ke JalanPetaling aka Petaling Street aka China Town . Aku tak tahu makna yang tepat untuk Petaling, sapa yang tahu bolrh beritahu kat bahagaian komen.
Seronok ada rimas ada berdebar ada bila melalui sepanjang jalan ini yang sekarang ni dahpun merebak kesimpang kiri dan kanan jalan Jalan Hang Lekir(fuhh puas juga aku nak cari nama jalan ni dalam tenet)
Seronok kerana dapat melihat(jarang belipun)pelbagai barangan tiruan dijual, dan berselisih bahu dengan mek Salleh, pompuan cina dari tanah besar, pompuan kazakhstan dan pompuan arab, eh eh tak lupa juga mek Ndon...... Mat Bangla? Bersepah!!!
Rimas dengan suasana panas lembab terutama lepas hujan, bau peluh manusia yang hanyir dan hapak pelancung bajet dan sistem paksa beli oleh penjual dan makihamun mereka jika kita tidak jadi membeli selepas tawar menawar.
Berdebar bila aku disapa oleh wanita tak dikenali ketika mundar-mandir, negro ada, cina ada, mat salleh ada, Ndon ada yang aku tak ada(dan dia orang tak tahu) ialah bajet untuk layan depa.
Kita tinggalkan cerita diatas.
Apa yang sebenarnya aku nak papar disini ialah sesuatau yang amat menarik hati aku seterusnya membuat aku terasa amat bangga dan kehilangan secara serentak. Bangga kerana beliau masih lagi menjadi idola kebanyakan rakyat tidak mengira bangsa, terasa kehilangan sentuhan seorang Negarawan yang telah berjaya mengangkat Malaysia kemata dunia, tetapi jatuh terduduk kerana sitidolah....
Gambar yang aku paparkan dibawah bukanlah lama dalam simpanan aku, aku baru sahaja ambil 3 hari yang lepas. Namun baru hari ini dapat aku paparkan disini.
Rupanya mereka juga masih hormati beliau dan buat sisipan akhbar (fotostat) tu sebagai tangkal pelaris. Buktinya semasa gambar tu aku ambil ramai orang Arab dok khumun apek tu sambil minum ayaq dan cedok tau fu fah.
Bila aku minta permission untuk snap gerai dia dan close up keratan akhbar tu, dia dengan bangga membenarkan permintaan aku. Bila aku sudah dia tunjuk kepada gambar tu dengan jari telunjuk kanan seterusnya mengangkat ibu jari tanda jelas beliau masih berbangga dengan Negarawan yang jika sitidolah makin marah, ramai rakyat makin SAYANG.
Sebab?
Aku tahu mengapa ramai pemimpin agak liat untuk membicarakan mengenai G7 +2 dan G2+2 secara telus. mereka-mereka yang dah lama berkecimpung didalam politik peringkat elit, baik diperingkat bahagian dan pusat amat tahu akan erti ni'matnya menjadi G7 +2 dan G2+2 setiap kali menjelang pemilihan.
Manakan tidak, semasa pemilihan inilah setiap calon akan diperah, ya...setiap calon akan diperah. Bila hasiol perahan diperolehi, maka perahan yang paling bernilailah yang akan diberi undi,. namun begitu terdapat juga pemerah-pemerah(pemeras?) ini akhirnya kembali memberikan undi mereka kepada calon kesukaan mereka walaupun mereka telah memerah calon-calon tertentu dengan pelbagai janji tertentu!!! Maklumlah siPenyamun berurusan dengan siPerompak ataupun sebaliknya. Kita anggaplah siPerompak adalah lebih besar dananya daripada sipenyamun.
Siperompak sentiasa sahaja merompak secara berterusan bagi menampung dana aktivitinya dari kantung perbendaharaan kerajaan dengan pelbagai cara terutamanya dari segi merasuah bagi mendapatkan sesuatu didalam perniagaan. Duit dari keuntungan itu dikumpul untuk digunakan bagi memberi dan membeli penyamun yang hadir 3 tahun sekali(sejak paklah ni dah jadi tak betoi dah...)itu.
Permainan inilah yang memeriahkan PAU sejak sekian lama.
Bagaimana pula jika saranan untuk menghapuskan peranan 'double handling' ini berjaya? Sudah tentu mesyuarat dicawangan kureng ummph bila mereka yang menawarkan diri untuk AJK Cawangan dan G7 bertandang dengan membawa 'serawa lenggak' saja. ni.Tuan rumah(ahlul UMNO cawangan) pula yang nak kena sediakan juadah kepada tetamu.
Diperingkat Bahagian? Mungkin selepas ini AJK bahagian tidak lagi berebut-rebut untuk menjadi G7 +2 dan G2+2, malah pakat-pakat tolak dan buka pencalonan untuk ahli biasa sahaja, pasai apa? Pasai tak boleh habuan dah...... pipun buat apa, habihkan duit poket sendiri, bukan boleh buat duit dah...... Silap-silap Ketua Bahagianpun hantaq wakil saja(tu pun jika dibolehkan oleh perlembagaan) atau lepas ni ahli-ahli pakat desak ubah perlembagaan agar orang lain boleh ganti KUB(bukan MKT) masa PAU. Manakala setiap kali MPB, lenganglah rumah-rumah Ketua cawangan, tidak seperti biasa, ada saja serbuan oleh team-team yang hendak bertanding. Jawatan campaign managerpun menjadi tidak mencabar dari segi bajet-membajet! Dan bila tiada sessi bajet-membajet oleh campaign manager, maka tidaklah beliau boleh manipulate akaun untuk kikis duit calon.....hishhh kerja haram lagi. Sapa ada idea untuk peringkat bahagian ni, boleh contribute....silakan!
Diperingkat Pusat: Hmm.... Bolehkan anda bayangkan PWTC apabila PAU semasa pemilihan tiada lagi kuasa mengubah keputusan MPB oleh G7 +2 dan G2+2??? Tentulah suasananya longlai dari hari pertama hinggalah kehari terakhir.....kerana apa? Tiada lagi duit dari perahan rasuah oleh calon berlegar diruang legar!!! Maka perniagaan oleh para peniagapun bolehlah kita jangkakan...... Mungkin yang paling laku sekali ialah kacang rebus saja. Cofee housepun mungkin ditutup awal sebab mana ada ahlul biasa berani bertenggek tanpa sponsor!!! Dan sapa nak sponsor jika tak dapat memerah? Ya lah, tangan yang memerah ni kan ada jari, yang melilih dari jari tulah yang digunakan untuk belanja ahlul marhien dicofee house....nak kluaq duit dari poket sendiri??? Tunggu kiamatlah...... Dan G7 +2 dan G2+2 mungkin kena bawa mai khemah dan ubat nyamuk jenis lingkaq dan ramai-ramai buat 'camp'aign kat Dataran Merdeka.....fuh!!! Adventerous!!! Baru semangat semasa Malaysia hampir merdeka dapat dihudupkan semula!!!
Dan tentu kita semua boleh bayangkan apa lagi kejutan yang akan berlaku jika peranan G7 +2 dan G2+2 ini dilupuskan kuasa 'double handling' dalam pengundian bagi membolehkan UMNO menzahirkan undi yang benar-benar mewakili akaq umbi!!!
Dan walaupun Hamid Albar bukanlah antara menteri yang aku sukai cara beliau berpolitik, tetapi kenyataan terbaru beliau yang bunyinya sama dengan apa yang aku dan beberapa orang bloggers lagi suarakan, iaitu menghapuskan peranan G7 bagi mengambarkan undi terus oleh akar umbi menunjukkan desakan oleh ahlul marhien UMNO semakin didengari, dan aku berharap sangat ianya bukanlah retorik, kerana SILpun benci rasuah dalam politik dan retorik. Suci betullah SIL sorang ni. Kheeiiyyiiaaqq Ptuihhh!!!
Baru hari ni aku berkesemptan untuk berblog lagi. Ini berkaitan dengan kehadiran aku kemajlis anjuran mykmu di Kelab Darul Ehsan tempohari.
Secara keseluruhan, memang meriah. Maklumlah namanya pun hari terbuka, dapat berjumpa dengan ahlul kmu, dapat lihat TDM, bergambar dgn TDM dan dapat berinteraksi secara eksklusif dengan TDM. Makanan pun sedap. Puas sebab hadir dan guna duit titik peluh sendiri untuk hadir majlis berkenaan.
Dapat juga berkenalan dengan orang baru dan orang yang hanya dikenali melalui mykmu sahaja. Aku ada beberapa cerita menarik untuk aku paparkan diblog aku ini atas lingkungan INI WILAYAH PERIBADI AKU. Dan sudah tentunya aku berhak untuk melontarkan pandangan peribadi aku.
Sesampainya aku keKelab dengan teksi(tumpang keta anak sedara , naik rapid dari TTDI, naik monorail dari KL sentral, naik LRT dari Hang Tuah dan akhirnya naik teksi dari terminal Ampang), Sdr Jebon dah ada kat depan Kelab. Aku dimaklumkan oleh Duke melalui khidmat pesanan rnbgkas (yg baru naik pangkat) Tun belum sampai. Akupun lewat sikit pasal guna public transport(masih banyak ruang yang perlu diperbaiki). Selepas bersalaman dengan Jebon dan beberapa orang lagi ahlul mykmu(TDM sebut 'em waai kay" saja....) aku meluru menuju kemeja pendaftaran. Lepas bayar duit pendaftaran, aku tertarik dengan baju T yang ada sillhoute TDM. Aku capai yg kala hitam, sebenarnya dah banyak kali hati aku meruntun nak beli baju T oleh mykmu ni, tetapi tiap kali nak ambil, gostan tengok poket, tak berapa mengizinkan. Tapi kali ni, ada lebihan stok yang menyebabkan aku tidak berfikir 2 kali untuk beli baju ni pada kali ini. Maklumlah, aku kalu beli baju, yang ghega dia ataih pada 10 hinggit, sluaq ataih pada 30 hinggit mmg aku berpada-pada, maklumlah ekonomi tengah menunjukkan kadar menurun/menjunam!!! Aku pula bukannya orang kaya.......
Selepas pendaftaran, aku meluru masuk kedewan...... eh eh eh, mana pi kawna-kawan yang aku kenal? Awat banyak sangat veteran ni??? Yang abangpun veteran, yang kakakpun veteran, tak nampakpun wajah-wajah putera, puteri dan pemuda, yang ada kebanyakannya wajah wanita dan peTUA!!! Kalut aku kontek Duke.....Duke jawab panggilan, aku kata aku tak dapat locate dia!!! Last skali aku suruh dia angkat tangan.....jawapannya negatif.... Aku berpeluh! Tang mana pula ni??? Sesatkah aku? Dan dalam keadaan 'lompang masa' sekejab, aku benar-benar terkedu! "Hoi!, hang masuk dewan mana? Dewan tu untuk Persatuan Teksi! Dewan kita yang opposite!"Duke sergah aku.
Hish... aku denga nmuka sadin kluar dari dewan tu dan diluar riuh rendah depa dok gelak kat aku pasai wrong entry! Eh eh, aku sebenarnya bukan silap(nak cover lah ni)...akupun drebar teksi juga, jadi aku masuk untuk jumpa beberapa kawan-kawan aku kat dalam tu..... dah salam-salam akupun keluarlah.....back on track... Duke gelak sampai sengat kepiah 'tunku' tu. Dah agak reda, dia pekenai aku kpd teh-tarik. Oooo Org Utara gak. Lpaih tu pakat2 tukaq2 nombor lah.
Kendian tu aku masuk dan duduk dimeja yang kerusi dia masih kosong. Sebelah aku ialah....lupa pula nama dia. Maklumlah gabra silap masuk dewan masih ada. Dan sebelah dia aku ingat pula nama dia.....Azad kot? Setelah itu ramailah bloggers yang terkenal masuk. Depa dok satu meja yang khusus. Tapi paling awal aku nampak Dato' Rijal Arbee. Lpeas tu baru nampak KJ masuk(he he Kadir Jasin lah.... orang Tanamera...) dan ramai lagi.
Kendian tu TDMun tiba. Macam biasalah....org2pun serbu utk salam dgn dia. Memang aura TDM masih dapat mengegarkan suasana. Aku cool jer.... Stakat ambil gambar. Tun Hasmapun aku ada ambil gambar dia. Dah reda, nyawapun dah teratuq, maka majlispun dimulakan oleh MC. Suara merdu dan lancar. Sempat juga dia promote yang bapa dia besa dapat surat pelantikan sebagai ketua cawangan yangditandatangani oleh TDM. Simpan buat kenangan anak cucu!!!
Jebon berucap!
Tun bercakap!
Lepas TDM selesai dan mc mempelawa hadirin untuk makan, maka melurulah kami kemeja hidangan, inilah agenda utama mesyuarat orang kita, termasuk aku. Lagipun duit dah bayar. Makanlah, sebab selepas makan ni, ada sessi soal jawab.
Selepas beberapa orang bangun untuk bersoal dan TDMpun menjawab, maka akupun bangun menuju ke mikropon(aku ni pantang dgn mikropon...tapi utk k'oke saja). Aku perkenal diri, aku habaq kat TDM aku ada cadangan/saranan dan minta TDM ulas atau cadangbalas.
Begini bunyinya: Tun, dalam memikirkan cara bagaimana untuk mengatasi rasuah dalam politik SAYA dan seorang komentator dalam blog saya mencadangkan salah satu darinya 'term' politik wang kena ditukar kembali kepada rasuah politik. Manakala peranan G2 + 2 dan G7 + 2 mestilah dirombak. Dimana perlantikan mereka untuk mewakili bahagian-bahagian hanyalah sekadar membawa mandat oleh cawangan-cawangan yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Perwakilan Bahagian(MPB) kePAU. Maksudnya mereka ini tidak boleh dan tidak perlu mengundi sekali lagi sehingga apa yang telah diputuskan oleh perwakilan cawangan semasa MPB menjadi tidak bernilai, tidak bermakna! Aku kata bahawa disinilah kunci yang menghidupkan jentera rasuah dalam politik, bilamana undi mereka ini boleh diubah semasa PAU, bukan lagi undi oleh akar umbi, tetapi undi oleh G2+2 atau G7+2.
UNDI AKAR UMBI KEPALA HOTAK!!!
Aik, Tun...apa yang susahnya??? Mana lagi senang, G7 n G2 bawa mandat akar umbi tanpa perlu diadakan undi semula diPAU atau nak angkut depa pi masjid buat majlis angkat sumpah? Dan sumpah dalam politik ni boleh pakai ke? Ntah berapa banyak sumpah yang telah dipermainkan, kerana sipenyumpah(tambah-tambah sumpah palsu) tu fikir balasan Allah lambat lagi, sempat tobat, rugi jika duit yang akan diperolehi setelah memerah calon-calon tidak boleh dipraktikkan lagi dan bla,bla,bla,bla,bla,bla,.....
Teringat aku ayat-ayat Allah:
2:224. Janganlah membuat Allah satu penghalang, melalui sumpah-sumpah kamu, untuk menjadi taat, dan bertakwa, dan membetulkan antara manusia. Allah Mendengar, Mengetahui.
9:95. Mereka akan bersumpah kepada kamu dengan Allah, apabila kamu balik kepada mereka, supaya kamu berpaling daripada mereka. Maka berpalinglah daripada mereka kerana mereka adalah kotoran, dan tempat menginap mereka ialah Jahanam - satu balasan ke atas apa yang mereka mengusahakan.
9:96. Mereka bersumpah kepada kamu supaya kamu sangat berpuas hati terhadap mereka; tetapi, jika kamu sangat berpuas hati terhadap mereka, sungguh, Allah tidak berpuas hati terhadap kaum yang fasiq.(Fasiq=orang yang tidak mengendahkan larangan Allah).
Allah sebenarnya melarang diriNya dijadikan rujukan sekiranya apa yang kita sumpah kan itu adalah ihklas dan tulin. Tetapi jika tetap juga Allah yang mereka hendak gunanakn namanya sebagai jaminan, ini peringatan Allah:
16:90. Sesungguhnya Allah menyuruh membuat keadilan, dan berbuat baik, dan memberi sanak saudara; dan Dia melarang kesumbangan, dan kemungkaran, dan keangkuhan, dengan menegurkan kamu supaya kamu mengingati.
16:91. Tepatilah perjanjian Allah apabila kamu membuat perjanjian, dan janganlah melanggar sumpah-sumpah setelah mengukuhkannya, dan kamu membuat Allah penjamin kamu; sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu buat.
InsyaAllah, balasan dari Allah yang berat didunia dan akhirat menunggu.
Apakah TDM tidak mahu mendesak UMNO untuk menguji dahulu cadangan ini, sebagaimana beliau mendesak melalui kuasa PM(dahulu) untuk menambat nilai ringgit atau memajukan industri automatif?
Akan menyusul analisis mengenai G7 dan G2
Ah ha......Pekan calon DMM.
Sembrong calon kj.
Apakah analisis yang dapat kita huraikan???
Najib dan Hisamudin pupu, ada pertalian darah.
Dalam politik?
Ya....dlm politik ada pertalian ke selain pertalian sama satu parti?
Mengenai Aku
Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.
Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.
Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.
BERANI BERUBAH!!!
DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO
PAPA DOLL





