Aku tahu mengapa ramai pemimpin agak liat untuk membicarakan mengenai G7 +2 dan G2+2 secara telus. mereka-mereka yang dah lama berkecimpung didalam politik peringkat elit, baik diperingkat bahagian dan pusat amat tahu akan erti ni'matnya menjadi G7 +2 dan G2+2 setiap kali menjelang pemilihan.
Manakan tidak, semasa pemilihan inilah setiap calon akan diperah, ya...setiap calon akan diperah. Bila hasiol perahan diperolehi, maka perahan yang paling bernilailah yang akan diberi undi,. namun begitu terdapat juga pemerah-pemerah(pemeras?) ini akhirnya kembali memberikan undi mereka kepada calon kesukaan mereka walaupun mereka telah memerah calon-calon tertentu dengan pelbagai janji tertentu!!! Maklumlah siPenyamun berurusan dengan siPerompak ataupun sebaliknya. Kita anggaplah siPerompak adalah lebih besar dananya daripada sipenyamun.
Siperompak sentiasa sahaja merompak secara berterusan bagi menampung dana aktivitinya dari kantung perbendaharaan kerajaan dengan pelbagai cara terutamanya dari segi merasuah bagi mendapatkan sesuatu didalam perniagaan. Duit dari keuntungan itu dikumpul untuk digunakan bagi memberi dan membeli penyamun yang hadir 3 tahun sekali(sejak paklah ni dah jadi tak betoi dah...)itu.
Permainan inilah yang memeriahkan PAU sejak sekian lama.
Bagaimana pula jika saranan untuk menghapuskan peranan 'double handling' ini berjaya? Sudah tentu mesyuarat dicawangan kureng ummph bila mereka yang menawarkan diri untuk AJK Cawangan dan G7 bertandang dengan membawa 'serawa lenggak' saja. ni.Tuan rumah(ahlul UMNO cawangan) pula yang nak kena sediakan juadah kepada tetamu.
Diperingkat Bahagian? Mungkin selepas ini AJK bahagian tidak lagi berebut-rebut untuk menjadi G7 +2 dan G2+2, malah pakat-pakat tolak dan buka pencalonan untuk ahli biasa sahaja, pasai apa? Pasai tak boleh habuan dah...... pipun buat apa, habihkan duit poket sendiri, bukan boleh buat duit dah...... Silap-silap Ketua Bahagianpun hantaq wakil saja(tu pun jika dibolehkan oleh perlembagaan) atau lepas ni ahli-ahli pakat desak ubah perlembagaan agar orang lain boleh ganti KUB(bukan MKT) masa PAU. Manakala setiap kali MPB, lenganglah rumah-rumah Ketua cawangan, tidak seperti biasa, ada saja serbuan oleh team-team yang hendak bertanding. Jawatan campaign managerpun menjadi tidak mencabar dari segi bajet-membajet! Dan bila tiada sessi bajet-membajet oleh campaign manager, maka tidaklah beliau boleh manipulate akaun untuk kikis duit calon.....hishhh kerja haram lagi. Sapa ada idea untuk peringkat bahagian ni, boleh contribute....silakan!
Diperingkat Pusat: Hmm.... Bolehkan anda bayangkan PWTC apabila PAU semasa pemilihan tiada lagi kuasa mengubah keputusan MPB oleh G7 +2 dan G2+2??? Tentulah suasananya longlai dari hari pertama hinggalah kehari terakhir.....kerana apa? Tiada lagi duit dari perahan rasuah oleh calon berlegar diruang legar!!! Maka perniagaan oleh para peniagapun bolehlah kita jangkakan...... Mungkin yang paling laku sekali ialah kacang rebus saja. Cofee housepun mungkin ditutup awal sebab mana ada ahlul biasa berani bertenggek tanpa sponsor!!! Dan sapa nak sponsor jika tak dapat memerah? Ya lah, tangan yang memerah ni kan ada jari, yang melilih dari jari tulah yang digunakan untuk belanja ahlul marhien dicofee house....nak kluaq duit dari poket sendiri??? Tunggu kiamatlah...... Dan G7 +2 dan G2+2 mungkin kena bawa mai khemah dan ubat nyamuk jenis lingkaq dan ramai-ramai buat 'camp'aign kat Dataran Merdeka.....fuh!!! Adventerous!!! Baru semangat semasa Malaysia hampir merdeka dapat dihudupkan semula!!!
Dan tentu kita semua boleh bayangkan apa lagi kejutan yang akan berlaku jika peranan G7 +2 dan G2+2 ini dilupuskan kuasa 'double handling' dalam pengundian bagi membolehkan UMNO menzahirkan undi yang benar-benar mewakili akaq umbi!!!
Dan walaupun Hamid Albar bukanlah antara menteri yang aku sukai cara beliau berpolitik, tetapi kenyataan terbaru beliau yang bunyinya sama dengan apa yang aku dan beberapa orang bloggers lagi suarakan, iaitu menghapuskan peranan G7 bagi mengambarkan undi terus oleh akar umbi menunjukkan desakan oleh ahlul marhien UMNO semakin didengari, dan aku berharap sangat ianya bukanlah retorik, kerana SILpun benci rasuah dalam politik dan retorik. Suci betullah SIL sorang ni. Kheeiiyyiiaaqq Ptuihhh!!!
Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com
SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.
SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com
SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com
Followers
Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog
HIMPUNAN JUTAAN BELIA
Mengenai Aku
Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.
Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.
Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.
Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.
Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.
Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.
Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.
BLOG ARCHIVES
-
▼
2008
(166)
-
▼
October
(26)
- SALAM SYAWAL
- RUMAH TERBUKA HINDRAF???
- 08 OKTOBER YANG CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG !!!
- Dato' Shuhaimi Vs Dato' Dr Ku Rahman
- G2
- AZAN(Terjemah sebagai SERUAN)
- RUMAH TERBUKA
- PRESIDEN DAN DEPUTI PRESIDEN UMNO
- MESYUARAT PEMUDA UMNO JERAI
- ANTARA BERANI BERUBAH, PEMUDA BERANI DAN SETIAKAWAN.
- PEMILIHAN PEMUDA UMNO JERAI
- G2 dan maruah Pemuda UMNO
- LANJUTAN: G2
- GAMBAR-GAMBAR PADA HARI PPPUJ
- WAJARKAH PEMUDA KUBANG PASU DICOP SEBAGAI BODOH DA...
- PENCALONAN OLEH PEMUDA UMNO KEDAH
- SHAHIDAN......ORANG PEGHELIEH, SAPA TAK KNAI!
- CADANGAN TERBAIK YANG PERLU DIJAYAKAN
- Fokus Calon: NKBUJ
- KONAR BARING ATAU 'TURNING POINT'?
- PANAZZZZZ TIGA PENJURU
- YANG TERSIRAT???(PT 1)
- YANG TERSIRAT (PT 2)
- HARI TERBUKA MYKMU
- ANALISIS MENGENAI G7+2 DAN G2+2
- AYAQ SOYA PETALING STREET
-
▼
October
(26)
Salam Blogger,
Semoga 'kesayangan' anda akan sentiasa bersama anda.
Jika sayangkan Umno, berbakti dan ubahlah Umno yang ada sekarang.
Ikhlas,
Sarfarizmal Saad
Salam Sarfar, saya dan anda juga wajib akur bahawa sayang kita kepada apapun tidak kekal. Sayang yang hakiki ialah hanya pada Allah Semata.
Terima kasih atas komen anda.