SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

Pada saudara Ir Mat Noor, saya ucapkan tahniah atas keberanian anda menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai Ketua Pemuda UMNO Jerai jika menang nanti, InsyaAllah. Maksudnya ada juga pemuda dari DUN Gurun yang mempunyai daya kepimpinan dan keberanian unutk memimpin.

Saya percaya anda sebagai "technical expertise" sudah tentu mempunyai "tactical plan" dalam fasa berkempen ini. Diharap MISI dan VISI anda jelas supaya sokongan dapat diraih ketika berkempen. Pemuda UMNO DUN Gurun patut berbangga dengan beliau. DUN Guar Chempedak bagaimana? Tiadakah yang layak untuk menawarkan diri unutk berkhidmat sebagai Ketua Pemuda?

Kepada mereka-mereka yang ingin menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai AJK Pemuda, adakah anda juga sudah membuat persediaan? INGAT!!! La ni musim hujan, kena jek sikit spring kreta tu, lapik bagi tinggi sikit pasai nak kena randok bataih ban dan akar getah dalam estet. Lopak ayaq dan lanyau tak dapat dielak.

Saya kenal baik dengan sdr. Bassori Abu Hassan. Petah berpidato, kerana itulah sesuai beliau bekerja dengan Jabatan Penerangan(dulu). Hasrat beliau untuk terus menerajui kepimpinan Pemuda UMNO Jerai pada saya tidak ada masaalah. Tetapi baru-baru ini, tindakan beliau yang agak terburu-buru pada saya tidak perlu. Beliau tidak perlu panik bila ada orang lain menawarka n diri untuk bertanding pada posisi yang sama. Kewibawaannya dalam mengepalai Pemuda walaupun diragui pada peringkat awal dahulu(selepas menang tidak bertanding)kerana pada masa itu tidak dapat tidak ahli-ahli Pemuda semestinya akan membandingkan beliau dengan sdr Ku Razak, namun beliau dapat meneruskan tugas sehingga sekarang dengan dibantu oleh beberapa kerat AJK Pemuda. Bagi aku yang lain tu hanya seronok bertanding tapi baloq bekerja. Yang bekerja keras membantu sdr Bassori walaupun tanpa mendapat mandat dari perwakilan Pemuda dahulu apatah lagi yang menang terkejut, tetapi buat kerja "tak terkejut" sehngga mendapat kepercayaan dari barisan AJK lain untuk naik menjadi deputi kpd sdr Bassori, saya ucapkan tahniah. Tak dak jawatanpun pun boleh berkhidmat....apatah lagi jika ada jawatan(?).

Sila nyatakan dengan jelas misi dan visianda ketika berkempen.

Dipetik dari utusan:

23/07/2008

Badruddin lepas jawatan

ALOR STAR 22 Julai – Ketua UMNO Bahagian Jerai, Datuk Paduka Badruddin Amiruldin menyatakan kesediaan beliau untuk melepaskan jawatan tersebut bagi memberi peluang kepada muka baru.

Badruddin yang memegang jawatan berkenaan selama 15 tahun berkata,

antara sebab utama yang membuatkan beliau mengundurkan diri adalah mahu menumpukan perhatian kepada UMNO pusat dan memikul tugas baru sebagai Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

“Saya baru dilantik sebagai Pengerusi FAMA dan ia adalah satu tanggungjawab yang berat bagi memastikan bidang pertanian terus mendapat tempat di kalangan masyarakat.

“Saya akan meneruskan perjuangan di dalam UMNO pusat dan saya juga mahu melihat generasi baru mencorakkan kembali kepimpinan UMNO,” ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Badruddin yang juga Timbalan Pengerusi Tetap UMNO memberitahu, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Jerai, Datuk Razak Hashim turut mengambil keputusan untuk mengundurkan diri.

“Kami secara sepakat mengambil keputusan ini kerana sayangkan UMNO dan pengunduran kami bukan bermakna perjuangan kami telah terhenti.

“Kami mahu melihat generasi baru yang lebih bersemangat memperjuangkan hak bangsa Melayu,” jelasnya.

Menurut Badruddin, beliau menyerahkan kepada kesemua ahli cawangan Jerai bagi memutuskan siapa yang layak untuk menggantikan tempat beliau sebagai Ketua UMNO Jerai.

“Saya tidak menyatakan siapa yang layak menggantikan saya dan semua ahli berhak membuat pilihan sendiri siapa yang layak menjadi pemimpin mereka,” jelasnya.


SEKALUNG TAHNIAH TIDAK TERNILAI untuk kedua-dua pemimpin yang meletakkan kepentingan UMNO melebihi kepentingan peribadi demi survival MELAYU.

1. KB - Dato' Paduka Badruddin Amiruldin yang popular diperingkat UMNO Malaysia

2. TKB yang juga regu beliau semenjak Pemuda iaitu Dato Razak Hashim yang amat rapat dengan pengundi DUN Guar Chempedak khasnya dan UMNO/BN Jerai amnya. Rata-rata rakyat masih mahu beliau menjadi wakil mereka, namun takdir Allah mengatasi Tuhan Politik. Biarlah mereka berebut arang yang akhirnya menjadi abu....... Luahan sejarah silam semalam membuat aku terharu, bagaimana semangat beliau yang masih utuh terhadap roh perjuangan UMNO dulu, kini dan selamanya.....Nama anda akan tersemat wangi dalam lipatan sejarah UMNO.... Terimakasih juga kerana mengimbau sejarah UMNO cawangan Guar Chempedak yang Nenda saya(Allahyarham bekas imam)juga salah seorang Ketua Cawangan yang beliau biasa berkhidmat sebagai setiausaha.

Walaupun nenda saya tidak pernahbercerita mengenai sejarah politik beliau, namun ayahnda saya(yang juga telah meninggal) selalu bercerita hal-hal perjuangan mereka dahulu. Semangat mereka terus menular kesanubari saya menyebabka ntiada pernah ada rasa benci saya kepada UMNO. Tidak sehaluan dengan pemimpin dalam beberapa hal dalaman adalah harus pada saya.

Bolehkah ADUN Guar Chempedak yang baru ini berkhidmat sebaik Dato' Razak? semuga beliau dapat menunjukkan sesuatu perubahan bagi menggambarkan bahawa beliau layak menjadi ADUN Guar Chempedak setelah rakyat DUN Guar Chempedak memilih beliau yang bertanding atas tiket BN untuk menang pada kali ini. Dato' Dr Ku Rahman!!! Anda ditagih(demanded) khidmatmu...... Anda mesti cepat belajar untuk menyesuaikan diri dengan seluruh rakyat DUN Guar Chempedak tanpa mengira siapa. Ya....mungkin dalam UMNO anda boleh membuat percaturan, bagaimana dengan mereka yang diluar sana? Sekali lagi!!! Cepat belajar!!!

Aku pada awainya teruja bilamana ujud blog-blog yang menyorot UMNO Jerai kedalam dunia internet setelah berapa lama aku agak kesorangan dalam membicarakan UMNO Jerai.

Padam sudahkah umnojeraiblogspot dan pemudajeraiblogspot? Apakah hasrat sebenar pihak yang mentadbir blog-blog berkenaan kerana sebaik sahaja pengumuman oleh Tok Bad dan Tok Razak untuk mengundurkan diri, maka seperti disiram air lalu terpadamlah bara yang tak sempat bernyala????

Atau kan adakah blog-blog lain unutk memperkatakan UMNO Jerai selepas ini selain dari blog ini secara regular?

Ketika merayau-rayau mengoogle masih ada satu blog iaitu melayujerai.blogspot yang kali terakhir postingnya ialah pada 17/7/08 yang aku bagi komen dlm blog ini.

Malam kemarin cawangan aku buat mesyuarat khas. Ketua cawangan panggil pasal nak tentukan tarikh untuk buat mesyuarat. Tarikhya dah confirm, cuma tempat sahaja yang belum konpom. Inilah nasib cawangan aku dari dolu......tak dak dewan sendiri, harap dok tumpang sekolah, tumpangdewan milik kerjaan tempatan dan juga lain-lain temapt yang sesuai.

Semasa memberi kata-kata lauan, ternyata beliau amat runsing, benar-benar rungsing mengenai keadaan yang berlaku kepada UMNO khasnya dan Melayu amnya. Walaupun pada dia, mendakwa bahawa ianya seolah-olah satu misteri dengan senario yang berlaku, seperti kecelaruan dalam UMNO, kebangkitan suara-suara protes dari rakan-rakan BN yang kini men'damba'kan lebih itu dan lebih ini, bagi aku yang marhein ini bukannya satu misteri lagi. Aku ada jawapannya walaupun tidak 100% tepat.

Mesyuarat tamat pukul sebelas lebih dan kami sambung-sambung chit-chat dengan Ketua cawangan kami. Aku kira aku bernasib baik duduk dicawangan ini, kerana kami mengamalkan keterbukaan terhadap apa-apa isu hatta dalam menentukan siapa yang hendak dipilih baik diperingkat cawangan, bahagian mahupun pusat. Dan tradisi keterbukaan itu terus menjadi amalan kami semua.

Kluar dari rumah beliau, saya menuju ke satu gerai, saja-saja ronda. Dan disitu ada sekelompok manusia yang amat-amat aku kenali. Depa melambai kearah aku dan aku membalas lambaian depa dengan penuh 'mesra'.

Turun dari mobil, aku menuju kemeja mereka. Ada lebih kurang sepuluh orang, KPB, calon Naib KP dan beberapa AJK Pemuda duduk berbual-bual. Selepas bersalaman, aku di 'intrerogate' oleh KPB, walaupun dia baru terima lapuran dari penyelaras mengenai mesyuarat khas tadi. Ada juga kawan aku yang memang rapat, yang mendedahkan bahawa jika cukup pencalonan, daipun akan bertanding....lupa pula nak tanya bertanding di Pemuda atau diBahagian, nanti aku konpom balik.

Manakal beberapa AJK Pemuda yang 'menopause'(istilah aku) atau dah 'baligh'(istilah Datin, isteri TKB sehingga pemilihan nanti) ada memberitahu nak bertanding di kerusi bahagian pula. Nanti aku cuba dapatkan senarai nama-nama mereka yang hendak bertanding.

Menjadi kerungsingan aku juga, ialah siapa yang hendak ambil alih jawatan aku dicawangan, kerana akupun dah menopause, bukan baru nak menopause. Naibpun dok liaq jer.....

Sebelum aku meninggalkan kelompok tadi, aku dipesan oleh KPB bahawa dia nak mempertahankan jawatan. Dan ada seorang lagi yang bertitle iR juga menawarkan diri. Bagi aku kedua-dua mereka berkelayakan, seorang tu memang dah dok teraju, manakala sorang lagi tu kelayakan akademik diapun tinggi....... Namun sebagai calon, apakah MISI dan VISI mereka?

Berita ini dipetik dari utusan:

21/07/2008

Pelan peralihan kuasa dapat sokongan besar - Abdullah

KEPALA BATAS 20 Julai - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pelan peralihan kuasa antara beliau dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat sokongan besar di kalangan ahli UMNO di peringkat akar umbi.
Menurut Perdana Menteri, ahli UMNO mahu proses peralihan berkenaan berjalan dalam suasana aman, elok dan baik supaya segala rancangan melibatkan projek pembangunan yang diatur selama ini akan berjalan lancar.
''Sebab itu saya dan Najib telah bermuafakat dan setuju supaya parti berada di tahap yang baik, tenteram, kukuh dan kuat. Maka lebih baik saya dan beliau kekal dengan peralihan itu.
''Nampaknya ada sokongan yang besar untuk saya dan Najib pegang jawatan itu," katanya ketika berucap pada majlis perasmian kelompok persidangan cawangan-cawangan UMNO Bahagian Kepala Batas di sini hari ini.
Hadir sama ialah Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Hilmi Abdul Rashid dan Naib Ketua Bahagian, Datuk Roslan Saidin.
Abdullah turut memberi jaminan bahawa segala projek pembangunan akan berjalan dengan baik sepanjang tempoh dua tahun pelan peralihan kuasa itu bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus memimpin negara.
''Ini penting kerana saya tidak mahu pembangunan akan terencat sebab ada masalah dalam parti. Kita mahu parti tetap tenang dan memberi perhatian penuh kepada usaha menjayakan negara seperti yang dihasratkan oleh rakyat," katanya.
Mengenai mesyuarat cawangan UMNO yang akan berlangsung mulai 17 Julai hingga 24 Ogos ini, Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO meminta supaya mesyuarat berkenaan dijalankan dalam suasana persaudaraan tanpa sebarang persengketaan.
Perdana Menteri berkata, kebiasaannya rakyat akan menyatakan bahawa persaingan hanya berlaku di peringkat atas dan ia berlaku kerana peringkat atasan yang berebut jawatan.
''UMNO tiada masalah, begitu juga di peringkat akar umbi dan cawangan. Kekuatan UMNO tetap ada tetapi (yang) di atas pula jangan berlaku kelemahan," katanya.
Katanya pemilihan untuk peringkat tertinggi seperti presiden, timbalan presiden dan ahli Majlis Tertinggi (MT) bukan sahaja mendapat perhatian ahli UMNO sebaliknya ia menjadi tumpuan negara luar yang mempunyai hubungan perniagaan dan pelaburan dengan Malaysia.
''Kepimpinan parti akan membawa pengaruh kepada kepimpinan kerajaan malah mereka yang dipilih di peringkat MT kemudian akan memegang jawatan dalam kerajaan termasuk menjadi menteri dan timbalan menteri yang akan menentukan masa depan negara.
''Walaupun BN tidak mendapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum lalu namun hakikatnya BN masih kuat dan yang pentingnya (berupaya) menguruskan hal berkaitan pembentukan dasar negara,'' katanya.
Komen aku:

Betul ke? Tak kan begitu cepat signal yang PM dapat dari akar umbi? Sedangkan signal PRU12 lalu begitu lembap untuk beliau fahami. Akar yang mana dan Umbi yang mana? Akar yang ori atau yang "plastik". Umbi yang berubi atau Umbi yang tidak berisi?

Ini adalah kenyataan DSHTH:

19/07/2008

Hishammuddin ulangi pendirian

PUTRAJAYA 18 Julai - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengulangi pendiriannya bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti boleh dipertandingkan pada pemilihan UMNO Disember ini kerana ia termaktub dalam perlembagaan parti.

Beliau berkata, tidak ada mana-mana pihak sekalipun boleh menghalang pihak lain daripada bertanding sebarang jawatan kerana ia bertentangan dengan perlembagaan parti.

''Perlembagaan parti membenarkan jawatan itu dipertandingkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan beberapa pihak supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan walaupun selepas proses peralihan kuasa dalam parti itu dimuktamadkan.

Semalam Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz meminta Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Naib Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin mematuhi persetujuan peralihan kuasa yang diputuskan Majlis Tertinggi (MT) yang sekali gus tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti Disember nanti.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, seperti Rafidah, beliau juga berharap jawatan itu tidak dipertandingkan kerana menyokong peralihan kuasa.

Bagaimanapun katanya, pada masa sama UMNO perlu mempertahankan proses sedia ada kerana ia akan menentukan kelangsungan sesebuah institusi.

Manakala ini pula ulasan oleh DMM:

20/07/2008

Mukhriz sokong Hishammuddin

ALOR STAR 19 Julai - Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir bersetuju dengan pendirian Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti dipertandingkan pada pemilihan UMNO Disember ini.Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, hak ahli untuk memilih siapa yang patut dicalonkan untuk menjadi pemimpin tertinggi dalam parti perlu dihormati.

"Semua pemimpin yang memegang jawatan sekarang telah dipilih oleh ahli pada pemilihan UMNO 2004 dan bakal mengakhiri tugas mereka penghujung tahun ini.

"Pertandingan bagi merebut jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak akan mengganggu proses peralihan kuasa di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak," ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mukhriz, peralihan kuasa antara Abdullah dan Najib serta pertandingan bagi merebut jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO adalah dua perkara yang berlainan.

"Peralihan kuasa hanya berlaku dua tahun selepas proses pemilihan UMNO dan adalah tidak wajar jika dua jawatan tertinggi di dalam UMNO tidak dipertandingkan.

"Suara ahli UMNO yang seramai 3.5 juta perlu didengar oleh semua pihak kerana ini penting bagi memastikan UMNO terus dihormati rakyat," katanya.

Dalam pada itu, Mukhriz menolak pandangan sesetengah pihak yang mengatakan akan berlaku perpecahan di dalam UMNO jika kedua-dua jawatan itu dipertandingkan.

Mukhriz memberitahu, Pilihan Raya Umum Ke-12 membuktikan bahawa ahli-ahli UMNO telah berpecah sehingga menyebabkan Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak jatuh ke tangan pembangkang.

"Bagi memulihkan parti, pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden perlu diadakan.

"Hanya dengan ini ahli boleh memilih siapa yang mereka mahu untuk menjadi pemimpin mereka," katanya.

Dan ini pula blow out dari Naina Mareecan:

Mukhriz jangan kelirukan kenyataan Hishammuddin

KUALA LUMPUR 20 Julai - Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir diminta supaya tidak mengelirukan kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang cuba digambarkan seolah-olah menyokong jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan.

Beberapa pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO menegaskan, Hishammuddin jelas menyokong pelan peralihan kuasa antara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kata mereka, cuma dari segi hak untuk bertanding kedua-dua jawatan itu, Hishammuddin mengakui bahawa sesiapa saja berhak untuk berbuat demikian kerana ia termaktub dalam perlembagaan parti.

Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, kenyataan Mukhriz yang disiarkan Mingguan Malaysia hari ini jelas mengelirukan.

Kata beliau, tidak timbul sama sekali Hishammuddin mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan.

''Pendirian Pemuda UMNO dalam hal ini jelas, kita memperakukan pelan peralihan kuasa itu.

''Apa yang ada ialah kalau masih hendak bertanding, maka kita tidak larang. Ini sama seperti kenyataan Majlis Tertinggi (MT) kerana soal hendak bertanding itu hak ahli, tetapi ia bukan pula bermakna menyokong pertandingan.

''Mukhriz turut berada dalam mesyuarat Exco Pemuda itu, jadi beliau patut faham, kecuali ada kekeliruan pada pemberita yang melaporkannya,'' kata Abdul Rahman ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mukhriz yang juga Exco Pergerakan itu dilaporkan bersetuju dengan pendirian Hishammuddin yang menyatakan mengikut perlembagaan parti, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti boleh dipertandingkan pada pemilihan UMNO Disember ini kerana ia merupakan hak ahli untuk memilih siapa yang patut dicalonkan.

Mukhriz menafsirkan pertandingan bagi merebut jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak akan mengganggu proses peralihan kuasa antara Abdullah dan Najib.

Mukhriz berkata, peralihan kuasa antara mereka berdua serta pertandingan bagi merebut jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO adalah dua perkara yang berlainan.

Hishammuddin selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Exco Pemuda UMNO 15 Julai lalu menegaskan, pergerakan itu menyokong peralihan kuasa antara Abdullah dan Najib, namun mengakui jawatan tertinggi parti boleh dipertandingkan berdasarkan peruntukan perlembagaan parti.

Sementara itu, Penolong Bendahari Pemuda UMNO, Datuk Abdul Hamid Nazahar berkata, kenyataan Mukhriz itu adalah berbeza sama sekali dengan pendirian Hishammuddin dan Pemuda UMNO.

Atas sebab itu, katanya, ia perlu diperbetulkan kerana boleh mengundang kepada kekeliruan di kalangan ahli khususnya akar umbi.

KOMEN AKU:


Walaupun aku ni penyokong DMM dan DSKToyo tetapi aku jugas bukanlah seorang fanatik. Malah fanatism itu amatlah aku benci. Jika dilihat kenyataan DHTHO, dan dakwaan DMM, memang aku lihat DMM memang tersilap memahami kenyataan dalam akhbar berkenaan oleh DHTHO. Dan dengan tahap akademik yang ada kenapakah kenyataan sebegitu jelas oleh Hishamudin disalah ertikan oleh DMM. Kenapa harus mencipta bola tanggung untuk orang lain merejam kembali bola itu kedalam gelanggang kita sendiri? Memang aku tahu Naina tu inner circle KJ. Mereka sentiasa 'scouting' apa sahaja benda yang boleh dijadikan senjata untuk menempelak orang lain.Tetapi memberi kenyataan yang tidak menepati konteks juga harus dielakkan bagi menghindari dakwaan orang terhadap kredibiliti kita. Nampak ada kegopohan disini. Maka pada aku DMM harus belajar menangani kegopohannya dalam memberi kenyataan.

Pada aku lebih baik setiap kenyataan kita, tidak kita kaitkan dengasn orang lain agar terlihat kebertanggngjawaban kita terhadap apa-apa kenyataan kita. Tentu DMM dapat menerima teguran ikhlas ini.

G7

Aku adalah penentang cara memilih G7 untuk ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian(MPB). Pada aku disinilah bermulanya bibit-bibit umpan-mengumpan "fulus wal mahfiz"(betul ke arab kau ni?) Apa yang telah diputuskan oleh ahli akar umbi dicawangan-cawangan akan hanya menjadi debu dituip angin bila rombongan G7 berlabuh diMPB nanti. Manakan tidak, bilamana calon-calon yang ingin menang jawatan-jawatan tertentu sudah pasti akan melabur dengan G7 ni. Mana mungkin mereka mahu melabur dengan akarumbi dicawangan......manyak wooo.....jenuh!! Gunung Jeraipun gheban hooo!!!!

Delima mereka ialah kalau tak dihulur, dikatakan "kudukut", jika menghulur dikatakan amal rasuah.....ditelan kata tangkai jerin', diluah kata rasuah".

Bagi aku, sepatutnya untuk MPB kali ini, biarlah ianya menjadi batu terat(bench mark) baru dengan merujuk batu terat asal untuk calon-calon hatta ahlul UMNO. Amalkan kembali sifat dan sikap ahlul UMNO ketika mula-mula berjuang untuk Alif Ba Ta dulu. Bencana alam politik sebesar Tsunami itu sepatutnya telah menyedarkan pemimpin-pemimpin UMNO bahawa mereka tidak boleh terus-terusan menjadi "terusan rasuah" untuk menuju kepintu kuasa(Gate of Power). Pada aku jika ditolak amalan ini secara kolektif, maka akan ranaplah apa yang telah dibina oleh beberapa pemimpin yang terdahulu(Siapakah mereka ini??)

Aku cabar seluruh calon-calon yang ingin menawarkan diri bertanding dalam apa-apa jawatanpun agar menghindari amalan ini. Buktikan kepada diri sendiri, Allah AlBaseer, marhien UMNO, parti-parti lain terutamanya PAS dan lain-lain parti. Selepas dah menang tu kalu nak adakan kenduri kesyukuran tu buatlah.....tarak hal punya.

YANG PENTING ialah MISI dan VISI yang jelas yang boleh difahami oleh akar umbi.

Petang tu juga telahpun disebarkan helaian yang mengandungi senarai nama sepasukan mereka-mereka yang ingin menawarkan diri untuk mengisi kerusi AJK UBJerai. Dalam senari nama tu, nama kekanda aku, Jit Din(adik Jet Lee) tercicir......

Pada aku, Jit Din yang masih muda tu masih lagi boleh berkhidmat sebagai AJK. Pengalaman ada dan rajin juga(pada aku la). Nasihat aku, kalu nama dia tercicirpun, bukanlah satu 'disaster'. Dah cek ke dengan satu lagi list?(ada ka....). Pengaruh dia dengan Wanita dan Puteri tentu akan dapat menampung undi dimesyuarat pemilihan nanti InsyaAllah.

Berbeza pula dengan seorang lagi kawan aku yang sorang ni.......dia juga tidak akan menawarkan diri untuk AJK. Dia kata nak duudk sebagai ahli biasa sahaja. Dia juga agak lama dalam Barisan kepimpinan Bahagian.......

Tapi bila aku jolok,"macamana kalu hat menang jadi KBUJ nanti lantik hang jadi AJK(dilantik)"? Dia kata kalau KB sudi aku terima saja.........dah dia nak lantik..... Hmm lagu tu ka????

Aku amat berbangga dengan sikap salah seorang kawan aku dalam Pergerakan Pemuda UMNO Jerai(PPUBJ). kali ini dia awal-awal lagi ingin menarik diri dari bertanding walaupun jika menawarkan diri, pemuda-pemuda cawangan tidak akan fikir 2x untuk memilih beliau.

Alasan beliau untuk tidak berada dlm barisan AJK Pemuda ialah kerana kesibukan terhadap karier utama beliau. Terus-terang beliau kata masa yang ada tidak dapat lagi dibahagikan antara komitmen dalam menguruskan syarikat dan menguruskan portfolio dan biro beliau dalam pergerakan Pemuda. Namun sebagai Bendahari Pemuda, beliau telahpun menjalankan tugas beliau dengan memuaskan semasa sessi yang lepas.

Maka pada sessi kali ini kepada sesiapa yang dipilih untuk mengepalai PPUBJ kenalah mencari calon lain(yang bakal dipilih oleh pemuda akarumbi) sebagai bendahari baru. Biarlah dia menjadi ahli biasa sahaja, kerana aku lihat semasa sedang berdialog dengan akupun tidak putus-putus dia bercakap dengan kakitangan dia menggunakan PTT dan plan 3+1......sibuk sungguh. Ini disebabkan ayahnda beliau tidak lagi dapat meneruskan tugasan kerana uzur, manakala calon yang layak untuk membantu beliau dalam menguruskan syarikat beliau yang sedang berkembang(terima kasih UMNO)........

Tahniah diatas keikhlasan anda kerana tidak tamakkan jawatan........

Petang kemarin semasa dok berlegar kat luar aku didatangi oleh kawan yang agak lama tidak aku ketemui. Dia dari DUN Gurun. Dia minta aku war-warkan hasrat untuk bertanding, dan dia juga minta tolong war-warkan seorang lagi kawan beliau yang diperkenalkan secara spontan. Kedua-dua mereka memang pandai berpidato. Dia cikgu dan kawan diatu pun pengerusi koperasi felcra(kawasan).

Beliau adalah cikgu Art(Jeniang) dan Sdr zulkifli(Kg. Berjaya).....semuga berjaya.

Tetapi aku nasihati kepada diri aku sendiri dan juga ahli akar umbi yang lain, silalah bertanya dengan mereka yang ingin menawarkan diri, apakah misi dan apakah visi mereka dalam UMNO

Aku cakap sebagai parlimen yang diwakili oleh 3 DUN, aku berharap akar umbi membuat pilihan seadil-adilnya untuk menempatkan wakil-wakil dalam AJK Bahagian secara saksama, dimana ketiga-tiga DUN ini ada wakil dalam AJK, dan mereka amat bersetuju dengan saranan ini.

Mereka juga setuju dengan saranan aku agar tiap-tiap jawatan penting yang tiga diatas tu turut ditandingi bagi mengambarkan kesuburan demokrasi di Jerai, baik di tahap Pemuda, Puteri, Wanita mahupun Bahagian. SUBURLAH DEMOKRASI DALAM UMNO JERAI!!!!


Setiausaha sedang memberi penerangan


Sepertimana dirancang, majlis berkenaan telah diadakan didewan SMKA Yan di TT Serong bermula pukol 2.30ptg dan berakhir pada pukul 6 lebih sikit kerana ucapan panjang lebar oleh Dato' Paduka Badruldin Amiruldin @ Tok Bad.

Tok Bad Sedang Berucap

Aku tak nak bercerita panjang seperti Tok Bad, kerana yang paling penting ialah visi dan halatuju UMNO Jerai setelah pengumuman dibuat bahawa Tok Bad dan Tok Daq tidak akan mempertahankan jawatan masing-masing.

Yang jelas, Tok Bad tidak menamakan waris yang bakal menggantikan takhta KB Jerai, begitu juga Kerusi TKB. Maknanya pemilihan kali ini adalah datang terus dari akar umbi. Diharap tiada tangan-tangan dibelakang untuk "pull our string". Biarlah ahli akar umbi menentukan sendiri KB, TKB dan NKB Jerai.

Secara peribadi aku mengharapkan agar barisan kali ini dibarisi secara seimbang oleh mereka yang berwibawa dari ketiga-tiga DUN, iaitu Sg Limau, Guar Chemnpedak dan Gurun untuk menunjangi barisan kepimpinan UMNO Jerai dalam menggalas cabaran PRU13 agar InsyaAllah, kemenangan bersih kepada BN kelak.

Untuk Tok Bad dan Tok Daq:

~JASAMU DIKENANG OLEH SELURUH WARGA UMNO JERAI KHASNYA DAN MALAYSIA AMNYA~

Biarlah segala yang berlaku menjadi sejarah dalam lipatan hidup sebelum menuju mati. Banyak juga kisah mereka berdua yang aku ketahui dan banyak juga yang aku tidak tahu.......







Tentunya sesiapa yang pernah melawat blog ini pernah membaca rencana perihal penggunaan air sebagai tenaga percuma. Dan kemarin buat pertamakalinya pihak kerajaan telah mengambil peranan aktif dalam menyokong usaha ini secara jelas(lihat utusan)

Dan aku bersyukur dengan tindakan ini. Bagi aku harga adalah adat berniaga. Mahal? Ya apa yang mereka tawarkan adalah mahal. Aku juga sudah memasang peranti yang sewaktu dengan apa yang pihak kerajaan lancarkan. Ada gambar untuk aku kongsikan. Oleh keran blog ini bukan blog untuk aku cari makan, maka sesiapa yang hendak mengetahui lebih lanjut boleh e-mail pada aku.

Esok petang pukul dua, akan dikumpulkan semua cawangan UMNO dalam Bahagian Jerai untuk diadakan perasmian serentak. Aku turut dijemput untuk ke SMKA Yan. Hmm..... nak pi ka tak pi ka? P ka tak P ka mesyuarat cawangan aka ntetap berjalan seperti yang telah dijadualkan.

Cuma aku terteka-teka apakah intisari ucapan oleh KB Jerai. Aku dengar bakal ada pengumuman yang WOW!!!! Pada sesetengah ahli, memang menunggu-nunggu, manakala pada sebahagian yang lain pula tidak mahu hal ini berlaku. Apa-apapun sifat manusia ini sentiasa 'baharu'....

Semalam aku terserempak dengan kawan-kawan yang memang bila berjumpa akan bersembang pelbagai topik termasuklah politik. Salah seorang ialah orang yang dilabelkan sebagai 'calon baru' dlm blog pemuda jerai. Maka telah ada calon dari DUN Gurun, Syabas orang Gurun. Sempat juga aku menjolok beliau mengenai penawaran beliau. Aku sarankan jika dia hendak menawarkan diri sebagai KP beliau wajib serius dalam misi ini. Jentera mesti kukuh dan agresif, bukannya jentera yang bila bos ada baru macam tikus terjegomoh dengan bapak kucin'. Dalam kem tok mi(dulu....) ramai yang macam tu. Bukan buat kerja sangat, depa tunjuk rajin depan dia saja....maklumlah.....'satu malaya' tau waktu tu....

Berbalik kepada Pemuda Jerai, aku juga mendapat khabar agak mengejutka nmengenai Naib...Amboi...kwn aku tu langsung tak habaq.... tak apalah....akupun dah hujung julai... Dan kengkawan aku juga bersetuju dengan aku bahawa rencana mengenai Ikmal dalam blog Pemuda bukanlah hasrat sebenar Ikmal.

Dan walaupun aku dengar sikit-sikit mengenai Tok Bad, Tok Mi, Tok Rajak, Dr Ku Man(boleh pakai ke nick ni?), adik dia Ku Daq(amacam nick ni?), Fadhillah dll, namun disebabkan tiada yang soheh, maka biar aku letakkan cerita berkenaan dibangku simpanan dulu.

Yang aku tunggu ialah biar ada pertandingan pada kali ini. Siapa yang kata ianya boleh bawa pergaduhan, orang itu ternyata tidak mengambil erti yang sebenar apa itu demokrasi. dan orang yang bergaduh keran politik dalaman bagi aku adalah merka yang jahil erti politik. Calin barupun terkial-kial apabila kau minta beliau mendifinasikan politik mengikut penertian beliau sendiri. Apa-apapun, kepada mereka-mereka yang telah/hendak menawarkan diri, biarlah matlamat mereka jelas.


Falsafah aku ialah:

Sebelum pengundian "aku sokong calon yang aku sokonglah"

Selepas pengundian "aku sokong calon yang menang". Ya lah......takkan kerana calon yang aku sokong tu kalah aku kena keluar parti...........hmm....keluar parti....keluar parti....keluar parti...

No comment.

Lagi satu blog baru untuk sekitaran Jerai diujudkan. TAHNIAH kepada Melayu Jeri yang memperkenalkan blog beliau kepada aku dichat box aku(awat tak dak orang nak chat ngan aku tak tau....). Dah aku lawati. Topik awal ialah pasai ghengga dan topik kedua ialah pasai pemilihan.

Komen Aku:

Pasai Ghengga. Pada sifat memanglah ghengga suka bersarang dipokok-pokok termasuklah pokok buah-buahan. Dan memang dah Allah anugerahkan sifat ghengga ni sifat begitu. Sifat kewilayahan adalah sifat semulajadi makhluk. Manusiapun ada sifat kewilayahan begitu. Tetapi makhluk lain bertindak(respon) mengikut naluri yang Allah dah tetapkan, iaitu menyerang apabila terasa diganggu/ceroboh wilayah mereka.

Bab pasai tak boleh kat sapapun buah yang masak ini adalah sebenarnya sifat yang ada pada sebahagian manusia tak kira sapa, terutama Melayu(pada aku). Tapi mengenai DAP menggunakan PKR dan PAS, pada aku adalah sebaliknya. Sebenarnya pada aku, guna memperguna sebawnarnya tiada yang terkecuali dan berkecuali. PAS guna PKR. PKR guna DAP. Dap perguna PAS. Dalam BN? Seropa gak......

Dan aku juga nak komen mengenai coretan dibawah yang aku cut dari blog berkenaan:

"berbalik bab bila Pak Lah nak letak jawatan aku rasa sudah terjawab bila dia nak letak jawatan , tapi masih berbunyi cuma aku teringat kata-kata kawan aku yang juga orang UMNO, nak buat peralihan kuasa ni melibatkan hal Negara bukan nak tukar pengerusi PIBG, banyak perkara-pekara penting yang perlu diselesaikan. rasanya aku pun tak mau penganti Pak Lah nanti tercari-cari atau mengagau merata, kawan aku keje MPSP sebagai "Pilot Helicopter" ( Tukang Mesin Rumput ) nak naik pangkat sebagai mandor pun kena kursus dulu......."

Bagi aku pengumuman peralihan kuasa itu bukanlah jawapan kepada senario politik semasa. Ini bagi akulah. Kenapa mesti tunggu hingga dua tahun? Kenapa pula bakal pengganti beliau perlu tercari-cari atau menggagau merata? Apakah penulis bermaksud dan mengakui bahawa perjalanan regim DSAAB ini begitu kucar-kacir sekali dan tiada langsung sistemnya? Apakah benar begitu dahsyat sekali sehingga perlu menggagau merata? Dan apakah benar bahawa bakal penggantinya nanti walaupun siapapun gerangannya adalah orang yang tiada langsung pengalaman dan perlukan satu lagi 'padang bola' untuk warm-up kerana sekarang ini hanya dibenarkan duduk dibangku simpanan dengan tidak langsung diberi peluang hatta untuk berlari memanas badan walaupun hanya di'tepi padang'? Apakah DSAAB hendak penggantinya mengulangi senario belum sempat 'menendang bola' berulang?

Memang betul peralihan kuasa melibatkan hal Negara, tetapi kita juga harus ingat bahawa formula berkenaan bukanlah formula yang sesuai untuk sistem demokrasi. Apakah definasi demokrasi sebenarnya? Ini pada saya adalah formula untuk sistem menggantikan penghulu kampung pinang sebatang atau sistem beraja, yang boleh mewasiatkan kedudukan beliau kepada pengganti semasa beliau masih lagi berkuasa tanpa perlu merujuk kepada sesiapa. Manakala UMNO adalah sebuah parti yang menguruskan satu komponen parti-parti yang menguasai sebuah kerajaan yang menggunakan sistem demokrasi sebagai landasan pemerintahan.

Aku tertarik dengan klausa masih banyak "perkara penting yang perlu diselesaikan". Apakah perkara itu? Untuk rakyat atau untuk diri sendiri? Kalau begitu nisbahnya, tentulah TDM dulupun wajar meregang masa beliau sehingga semua perkara penting yang beliau rancangkan tidak tergendala. Ya.....sudah tentu jambatan indah sudah menganjur beberapa ratus meter ketengah selat terberau, sudah tentu proton sekrang ini berupaya mengeluarkan enjin kereta yang lebih ekonomik dan menjimatkan minyak hasil penghibrinasi antara enjin berteknologi lotus dan mv Augusta, sudah tentu singapura masih lagi terkial-kial dalam mendapatkan hak keatas batu putih,
sudah tentu DSAI masih lagi berehat didalam sel tanpa dapat mengucar-kacirkan cuaca politik Malaysia, sudah tentu......banyak kalu nak sebut....

Dan analogi terakhir tu malas aku nak kupas kerana terlalu jauh menyimpang kerjaya sebagai mandur dan kerjaya politik.

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO

    PELENGGAQ DETGUAQ