SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

BARU NAK KOMEN

Posted by Detguaq Tuesday, July 22, 2008

Berita ini dipetik dari utusan:

21/07/2008

Pelan peralihan kuasa dapat sokongan besar - Abdullah

KEPALA BATAS 20 Julai - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pelan peralihan kuasa antara beliau dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat sokongan besar di kalangan ahli UMNO di peringkat akar umbi.
Menurut Perdana Menteri, ahli UMNO mahu proses peralihan berkenaan berjalan dalam suasana aman, elok dan baik supaya segala rancangan melibatkan projek pembangunan yang diatur selama ini akan berjalan lancar.
''Sebab itu saya dan Najib telah bermuafakat dan setuju supaya parti berada di tahap yang baik, tenteram, kukuh dan kuat. Maka lebih baik saya dan beliau kekal dengan peralihan itu.
''Nampaknya ada sokongan yang besar untuk saya dan Najib pegang jawatan itu," katanya ketika berucap pada majlis perasmian kelompok persidangan cawangan-cawangan UMNO Bahagian Kepala Batas di sini hari ini.
Hadir sama ialah Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Hilmi Abdul Rashid dan Naib Ketua Bahagian, Datuk Roslan Saidin.
Abdullah turut memberi jaminan bahawa segala projek pembangunan akan berjalan dengan baik sepanjang tempoh dua tahun pelan peralihan kuasa itu bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus memimpin negara.
''Ini penting kerana saya tidak mahu pembangunan akan terencat sebab ada masalah dalam parti. Kita mahu parti tetap tenang dan memberi perhatian penuh kepada usaha menjayakan negara seperti yang dihasratkan oleh rakyat," katanya.
Mengenai mesyuarat cawangan UMNO yang akan berlangsung mulai 17 Julai hingga 24 Ogos ini, Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO meminta supaya mesyuarat berkenaan dijalankan dalam suasana persaudaraan tanpa sebarang persengketaan.
Perdana Menteri berkata, kebiasaannya rakyat akan menyatakan bahawa persaingan hanya berlaku di peringkat atas dan ia berlaku kerana peringkat atasan yang berebut jawatan.
''UMNO tiada masalah, begitu juga di peringkat akar umbi dan cawangan. Kekuatan UMNO tetap ada tetapi (yang) di atas pula jangan berlaku kelemahan," katanya.
Katanya pemilihan untuk peringkat tertinggi seperti presiden, timbalan presiden dan ahli Majlis Tertinggi (MT) bukan sahaja mendapat perhatian ahli UMNO sebaliknya ia menjadi tumpuan negara luar yang mempunyai hubungan perniagaan dan pelaburan dengan Malaysia.
''Kepimpinan parti akan membawa pengaruh kepada kepimpinan kerajaan malah mereka yang dipilih di peringkat MT kemudian akan memegang jawatan dalam kerajaan termasuk menjadi menteri dan timbalan menteri yang akan menentukan masa depan negara.
''Walaupun BN tidak mendapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum lalu namun hakikatnya BN masih kuat dan yang pentingnya (berupaya) menguruskan hal berkaitan pembentukan dasar negara,'' katanya.
Komen aku:

Betul ke? Tak kan begitu cepat signal yang PM dapat dari akar umbi? Sedangkan signal PRU12 lalu begitu lembap untuk beliau fahami. Akar yang mana dan Umbi yang mana? Akar yang ori atau yang "plastik". Umbi yang berubi atau Umbi yang tidak berisi?

0 Responses to BARU NAK KOMEN

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO

    PELENGGAQ DETGUAQ