SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

PERBEZAAN ANTARA DUA KENYATAAN

Posted by Detguaq Monday, July 21, 2008

Ini adalah kenyataan DSHTH:

19/07/2008

Hishammuddin ulangi pendirian

PUTRAJAYA 18 Julai - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengulangi pendiriannya bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti boleh dipertandingkan pada pemilihan UMNO Disember ini kerana ia termaktub dalam perlembagaan parti.

Beliau berkata, tidak ada mana-mana pihak sekalipun boleh menghalang pihak lain daripada bertanding sebarang jawatan kerana ia bertentangan dengan perlembagaan parti.

''Perlembagaan parti membenarkan jawatan itu dipertandingkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan beberapa pihak supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan walaupun selepas proses peralihan kuasa dalam parti itu dimuktamadkan.

Semalam Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz meminta Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Naib Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin mematuhi persetujuan peralihan kuasa yang diputuskan Majlis Tertinggi (MT) yang sekali gus tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti Disember nanti.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, seperti Rafidah, beliau juga berharap jawatan itu tidak dipertandingkan kerana menyokong peralihan kuasa.

Bagaimanapun katanya, pada masa sama UMNO perlu mempertahankan proses sedia ada kerana ia akan menentukan kelangsungan sesebuah institusi.

Manakala ini pula ulasan oleh DMM:

20/07/2008

Mukhriz sokong Hishammuddin

ALOR STAR 19 Julai - Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir bersetuju dengan pendirian Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti dipertandingkan pada pemilihan UMNO Disember ini.Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, hak ahli untuk memilih siapa yang patut dicalonkan untuk menjadi pemimpin tertinggi dalam parti perlu dihormati.

"Semua pemimpin yang memegang jawatan sekarang telah dipilih oleh ahli pada pemilihan UMNO 2004 dan bakal mengakhiri tugas mereka penghujung tahun ini.

"Pertandingan bagi merebut jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak akan mengganggu proses peralihan kuasa di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak," ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mukhriz, peralihan kuasa antara Abdullah dan Najib serta pertandingan bagi merebut jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO adalah dua perkara yang berlainan.

"Peralihan kuasa hanya berlaku dua tahun selepas proses pemilihan UMNO dan adalah tidak wajar jika dua jawatan tertinggi di dalam UMNO tidak dipertandingkan.

"Suara ahli UMNO yang seramai 3.5 juta perlu didengar oleh semua pihak kerana ini penting bagi memastikan UMNO terus dihormati rakyat," katanya.

Dalam pada itu, Mukhriz menolak pandangan sesetengah pihak yang mengatakan akan berlaku perpecahan di dalam UMNO jika kedua-dua jawatan itu dipertandingkan.

Mukhriz memberitahu, Pilihan Raya Umum Ke-12 membuktikan bahawa ahli-ahli UMNO telah berpecah sehingga menyebabkan Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak jatuh ke tangan pembangkang.

"Bagi memulihkan parti, pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden perlu diadakan.

"Hanya dengan ini ahli boleh memilih siapa yang mereka mahu untuk menjadi pemimpin mereka," katanya.

Dan ini pula blow out dari Naina Mareecan:

Mukhriz jangan kelirukan kenyataan Hishammuddin

KUALA LUMPUR 20 Julai - Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir diminta supaya tidak mengelirukan kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang cuba digambarkan seolah-olah menyokong jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan.

Beberapa pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO menegaskan, Hishammuddin jelas menyokong pelan peralihan kuasa antara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kata mereka, cuma dari segi hak untuk bertanding kedua-dua jawatan itu, Hishammuddin mengakui bahawa sesiapa saja berhak untuk berbuat demikian kerana ia termaktub dalam perlembagaan parti.

Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, kenyataan Mukhriz yang disiarkan Mingguan Malaysia hari ini jelas mengelirukan.

Kata beliau, tidak timbul sama sekali Hishammuddin mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan.

''Pendirian Pemuda UMNO dalam hal ini jelas, kita memperakukan pelan peralihan kuasa itu.

''Apa yang ada ialah kalau masih hendak bertanding, maka kita tidak larang. Ini sama seperti kenyataan Majlis Tertinggi (MT) kerana soal hendak bertanding itu hak ahli, tetapi ia bukan pula bermakna menyokong pertandingan.

''Mukhriz turut berada dalam mesyuarat Exco Pemuda itu, jadi beliau patut faham, kecuali ada kekeliruan pada pemberita yang melaporkannya,'' kata Abdul Rahman ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mukhriz yang juga Exco Pergerakan itu dilaporkan bersetuju dengan pendirian Hishammuddin yang menyatakan mengikut perlembagaan parti, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti boleh dipertandingkan pada pemilihan UMNO Disember ini kerana ia merupakan hak ahli untuk memilih siapa yang patut dicalonkan.

Mukhriz menafsirkan pertandingan bagi merebut jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak akan mengganggu proses peralihan kuasa antara Abdullah dan Najib.

Mukhriz berkata, peralihan kuasa antara mereka berdua serta pertandingan bagi merebut jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO adalah dua perkara yang berlainan.

Hishammuddin selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Exco Pemuda UMNO 15 Julai lalu menegaskan, pergerakan itu menyokong peralihan kuasa antara Abdullah dan Najib, namun mengakui jawatan tertinggi parti boleh dipertandingkan berdasarkan peruntukan perlembagaan parti.

Sementara itu, Penolong Bendahari Pemuda UMNO, Datuk Abdul Hamid Nazahar berkata, kenyataan Mukhriz itu adalah berbeza sama sekali dengan pendirian Hishammuddin dan Pemuda UMNO.

Atas sebab itu, katanya, ia perlu diperbetulkan kerana boleh mengundang kepada kekeliruan di kalangan ahli khususnya akar umbi.

KOMEN AKU:


Walaupun aku ni penyokong DMM dan DSKToyo tetapi aku jugas bukanlah seorang fanatik. Malah fanatism itu amatlah aku benci. Jika dilihat kenyataan DHTHO, dan dakwaan DMM, memang aku lihat DMM memang tersilap memahami kenyataan dalam akhbar berkenaan oleh DHTHO. Dan dengan tahap akademik yang ada kenapakah kenyataan sebegitu jelas oleh Hishamudin disalah ertikan oleh DMM. Kenapa harus mencipta bola tanggung untuk orang lain merejam kembali bola itu kedalam gelanggang kita sendiri? Memang aku tahu Naina tu inner circle KJ. Mereka sentiasa 'scouting' apa sahaja benda yang boleh dijadikan senjata untuk menempelak orang lain.Tetapi memberi kenyataan yang tidak menepati konteks juga harus dielakkan bagi menghindari dakwaan orang terhadap kredibiliti kita. Nampak ada kegopohan disini. Maka pada aku DMM harus belajar menangani kegopohannya dalam memberi kenyataan.

Pada aku lebih baik setiap kenyataan kita, tidak kita kaitkan dengasn orang lain agar terlihat kebertanggngjawaban kita terhadap apa-apa kenyataan kita. Tentu DMM dapat menerima teguran ikhlas ini.

1 Responses to PERBEZAAN ANTARA DUA KENYATAAN

  1. Desperado Says:
  2. SALAM PEMUDAUJUNG JULAI...

    Baguih hang punya teguq..aku sokong...aku pun sayang UMNO, tapi jagan biaq kita jadi fanatik...

    HIDUP UMNO...
    www.pilihananda08.blogspot.com

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO

    PELENGGAQ DETGUAQ