Baru-baru ini aku berpeluang mendengar sendiri dari mulut mereka yangdiberi amanah untuk mengoperasikan kilang memproses 'rare earth' untuk dijadikan pelbagai barangan berasaskan teknologi tinggi yang kini mendapat permintaan dunia dan menjadi rebutan beberapa pihak untuk mengusahakannya disamping baik untuk persaingan kerana sekarang ini ianya hanya dimonopoli oleh sebuah negara sahaja, iaitu China.
Bahan mentah yang di panggil 'rare earth ini adalah satu bahan mentah yang dikategorikan selamat oleh pakar logam dan pakar fizik seluruh dunia. Dan rakyat Malaysia secaraq khusus akan mendapat manfaat dari penghasilan beberapa produk berasaskan 'rare earth' yang telah diproses ini. Malah badan tertinggi dunia yang mengawasi isu atom dunia iaitu IEAE juga sudah mengkategorikan 'rare earth' adalah bahan selamat. Kesan radiasinya adalah bersamaan dengan pancaran radiasi dari tubuh kita sendiri.
Oleh itu sebagai rakyat yang memahami aspirasi kerajaan dlam memajukan negara dan memberi peluang pekerjaan kepada rakyatdisamping pendekatan Pardana Menteri yang sedang berusaha menajdikan Malaysia sebagai negara maju dan rakyatnya berpendapatan tinggi, projek memperoses 'rare earth' untuk tujuan yang baik wajarlah aku sokong.
Play88 Review – Everything You Need to Know
1 week ago
aku sokong sebab ahli parlimen pas yg pakar nuklear tu cakap lynas selamat. fuziah je tipu. ada ke patut cakap loji nuklear mcm kat jepun tu.