AKu dulu ada syorkan perhimpunan bersih yang kotor diadakan diStadium Melawati. Terbukti saranan aku benar berbanding kedegilan puak Ambingai yang diracuni pemikiran mereka oleh PAPADOLL. Buktinya perhimpunan HIMPUN berjalan lancar tanpa berlau huru-hara, tanpa tembakan dari meriam air dan tanpa gas pemedih mata.
Manakala apabila nasihat baik oleh kerajaan tidak dikuti, larangan hendak dilanggari, maka terimalah natijahnya. Lain Kali kalau bodohpun janganlah tunjuk sombong!
__________________________________________________________________________________
PM puji HIMPUN 'aman' tidak seperti BERSIH 2.0
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak memuji penganjur Himpunan Sejuta Umat
(HIMPUN) yang bertujuan mempertahankan akidah umat Islam yang
berlangsung semalam merupakan contoh penganjuran perhimpunan secara aman
seperti yang dihasratkan kerajaan.
"Perhimpunan semalam berlangsung secara aman dan terkawal, tidak ada sesiapa pun yang rasa terganggu, tertekan atau tidak selamat.
"Itulah hasrat kerajaan apabila kita menawarkan stadium untuk BERSIH 2.0 mengadakan perhimpunan mereka," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Perdana Bersama Perdana Menteri Dengan Pesara Dan Bekas Polis di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, hari ini.

Najib berkata HIMPUN mencerminkan usaha dalam agenda pembaharuan kerajaan bagi meminda Seksyen 27 Akta Polis untuk membenarkan lebih banyak ruang untuk demonstrasi aman.
"Kita akan mengkaji apa yang berlaku semalam dan mengkaji norma-norma di negara lain. Pihak Ketua Polis Negara dan Kementerian Dalam Negeri sedang meneliti perkara ini dan kita akan merumuskan apa yang terbaik, sesuai dengan amalan sebuah negara yang mengamalkan demokrasi moden dan progresif," kata Najib.

Mengulas resolusi perhimpunan itu yang meminta kerajaan menggubal undang-undang khusus bagi mencegah dan membendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam di negara ini, Najib berkata kuasa mengenai agama tertakluk kepada kerajaan negeri.
10 resolusi
"Saya percaya jika perlu akta ini, pihak negeri akan teliti tuntutan yang dibuat dan diberi tindakan sewajarnya," katanya.

0 Responses to BEERSHIT: Antara Bodoh dan Sombong serta BODOHSOMBONG.