SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

Siam Kedah turut nikmati Kedah Sejahtera.

Posted by DETGUAQ11 Tuesday, October 11, 2011




Petani berang jambatan diroboh



SIK 10 Okt. - Lebih 50 petani di Kampung Kalai, Mukim Jeneri dekat sini berang apabila jambatan yang menjadi laluan untuk ke kebun mereka di kawasan Asam Pagi dirobohkan syarikat milik kerajaan negeri, baru-baru ini.
Penduduk mendakwa keadaan itu turut menyebabkan mereka tidak dapat mengeluarkan hasil tanaman seperti padi, getah dan kelapa sawit daripada kawasan kebun yang dianggarkan seluas 1,500 ekar.
Ketua Masyarakat Siam Kampung Kalai, Nai Anek Ai Nam berkata, penduduk telah menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan melalui kawasan itu tanpa sebarang masalah sebelum tahun 1970 lagi.
Bagaimanapun, katanya, selepas pengurusan ladang berpindah tangan kepada pakatan pembangkang, penduduk menghadapi masalah melalui kawasan berkenaan.
"Keadaan tambah buruk apabila pada 11 September lalu, pihak pengurusan ladang mengarahkan jambatan itu dirobohkan tanpa sebarang notis.
"Mereka kemudian mengeluarkan satu surat menyatakan bahawa hanya jambatan kecil yang sesuai untuk laluan motosikal sahaja dibenarkan.
''Alasan yang diberikan ialah atas faktor peningkatan kes kecurian sekerap di dalam ladang," katanya ketika mengetuai perhimpunan secara aman menuntut penjelasan kerajaan negeri di sini, hari ini.
Hadir bersama ialah Ahli Dewan Negara, Senator Boon Som Inong dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sik, Mahadzir Abd. Hamid.
Nai Anek berkata, alasan yang diberikan itu tidak munasabah memandangkan ladang berkenaan dikawal rapi oleh pengawal keselamatan sepanjang 24 jam.
Selain itu, tambahnya, penduduk selama ini turut memberikan kerjasama termasuk mengadakan rondaan sukarela mengawal kawasan bagi mengelakkan kes kecurian.
Apa yang menyedihkan, ujarnya, jambatan tersebut dibina secara bergotong-royong menggunakan duit penduduk sebanyak RM6,000.
Seorang penduduk, Niam Endin Tek, 55, yang terkilan dengan tindakan itu berkata, kerajaan Negeri bukan saja tidak menyelesaikan masalah tetapi merobohkan jambatan yang menjadi laluan utama ke kebun.
"Kami lalu jalan ini sejak sekian lama tetapi kenapa sekarang hendak halang," katanya.
Seorang lagi petani, Ai Kean Endin See, 51, berkata, pengurusan ladang mengambil tindakan terburu-buru merobohkan jambatan berkenaan tanpa sebarang rundingan.
Sementara itu, Boon Som berkata, kerajaan Negeri harus berlaku adil kepada penduduk sejajar dengan slogan Kedah Sejahtera yang dibawa mereka.
"Memang jambatan ini dibina atas kawasan tanah milik ladang tetapi kerajaan negeri harus menggunakan budi bicara membenarkan penduduk membina jambatan dan menggunakan laluan ini.
"Lagipun mereka bukannya baru sehari dua gunakan jalan ini tetapi lebih 40 tahun lalu iaitu sebelum ladang ini diwujudkan lagi," katanya.
Mahadzir pula berkata, perkara tersebut tidak akan timbul semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) dahulu memandangkan pihaknya mengutamakan kebajikan rakyat.
"Pihak PKNK dan kerajaan Negeri harus mengatasi masalah ini dengan bijak kerana ia melibatkan isu kesejahteraan rakyat," katanya.

4 Responses to Siam Kedah turut nikmati Kedah Sejahtera.

  1. Anonymous Says:
  2. Buat piket ramai-ramai depan pejabat ......... biaq depa sedaq rakyat masih tehimpit dgn tindakan depa.

     
  3. DETGUAQ11 Says:
  4. Ada kawan aku suruh depa pi lunggok kok yang pecah depan rumah EXCO yang berkaitan. ha ha ha....

     
  5. Anonymous Says:
  6. mana punya anak syarikat kerajaan negeri tu? cuba habaq mai.

     
  7. DETGUAQ11 Says:
  8. LADANG PKNK

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO