Apa sahaja benda yang boleh menakung akan di jadikan takungan
Jika tiada air dari SADA, air hujan juga akan di tadah.
Ini bukan produk teh segera terbaru
Ini bukan resepi teh tradisional
Bukan pula untuk penguat tenaga batin
Jauh sekali untuk supplementary food.
Setelah di tadah, air akan di tapis untuk di buang segala keladak dan
kotoran sebelum di jerang sehingga mendidih bagi mematikan kuman.
Bagaimana ini boleh terjadi? Setelah tiga minggu air tidak di hantar oleh Syarikat Angin Dato' Azizan maka tong-tong dram dan plastik pelbagai saiz yang sentiasa ternganga dahaga menungu air bekalan kering kedahagaan. Hanya curahan kurniaan Allah dari langit yang dapat sedikit sebanyak menampung kegunaan mereka kerana kedudkan rumah-rumah mereka yang tinggi dan berbukit-bukau.
Air akan di jerang kembali sekiranya ingin di adun bersama teh atau kopi.
Lebih menyedihkan apabila mereka di maklumkan bahawa bekalan ke Pusat Tahanan PATI Belantek adlah keutamaan SADA(baca Syarikat Angin Dato' Azizan). Mereka lalu bertanya sesama sendiri, apakah istimewanya pendatang tanpa izin yang kesemuanya pendatang haram berbanding mereka? Bukankah mereka sebagai warganegara lebih berhak? Adakah kerana mereka dari golongan miskin maka kerajaan Kedah sekarang ini langsung tidak memandang dan memberi perhatian? Mereka hanya terssenyum sinis apabila di lagukan dengan slogan Kedah sejahtera....
Mereka juga cukup terkilan dengan carar SADA bertindak, iaitu apabila menghantar notis berwarna merah jinga yang mengugut untuk memotong bekalan air, padahal sudah bertahun paip air kerumah mereka hanya membekallkan angin berbanding air. Mereka berpendapat tidak sepatutnyapun apa-apa notis mengenai bekalan air layak mereka terima memandangkan bekalan air yang di hantar oleh lori[un sudah 3 minggu mereka tidak terima.
Apakah fenomena TEH AIR HUJAN ini akan berterusan??? Harap YB Mohd Tajudin segera mencari jalan untuk membantu mereka mengatasi masaalah air ini.
Bro...
air hujannya kalau yang ambik dari cucur atap...warnanya seperti air teh....campurannya juga banyak...daun betik, daun nangka, taik burung, taik cicak, taik tokek....jika diamalkan kemungkinannya mampu menggantikan makjun seperti yang diiklan dalam akhbar harakah.
Air hujan juga menjimatkan teh kerana serbuk teh tak perlu guna banyak...warna air hujan dah seakan-akan air teh...
Bini didahulukan, PATI diutamakan....isk..isk..isk..MB tak tau apa2, awat teghuk sangat niiii
Pak teh, depa betul-betul dalam delima....
Kalau hujan turun lebat, air di takungan akan penuh dan mereka boleh mandi....tapi dema tak leh gi motong....badan basah, perut pula lapar
Orang buat bil setempat tak susah sekali p pejabat Pos selesai ni 2 kali bayar bil depa suruh kerja dua kali punya la bongok bin bahlul puak lalat hijau ni.Ambik kau pandai sangat pelekeh kejaan dulu sekarang jadi tokey potong babi.