Nampaknya mahkamah telah di maklumkan yang lelaki Y kini telah di kenal pasti. Pihak pendakwa telah secara jelas menamakan lelaki berkenaan ialah AnYuar. Rakyat kini sudah mengetahui bahawa pemilik DNA ialah AnYuar. Kini walaupun debaran rakyat tidak lagi kuat debarannya sekuat menuggu keputusan mengenai lelaki Y, debaran tetap terasa untuk mengetahui siapakah pula lelaki XXX, adakah orangnya sama dengan Assyiekh AlOmegay waLiwati mu Juburi???
Dari Agendadaily:
Ingat lagi bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat liat nak beri sampel DNA beliau kepada mahkamah bicara kes liwat hingga jadi isu yang heboh.
Ramai yang mempersoalkan mengapa beliau takut sangat nak bagi sampel DNA itu.
Akhirnya mahkamah putuskan tiga bahan bukti yang diperolehi dari sel Anwar ditahan pada malam 16 Julai 2008 yakni botol air mineral,berus gigi dan tuala good morning diterima untuk ujian berkenaan.
Perbicaraan kes liwat yang disambung Isnin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur masuk ke babak yang menarik .Khabar yang ditunggu-tunggu terjawab.
Ini bila Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden memberitahu mahkamah bahawa semua ujian DNA yang dibuat oleh dua ahli kimia keatas sampel air mani dalam dubur Saiful Bukhari Azlan dengan tiga barang itu sahkah LELAKI Y itu ialah Anwar.
Katanya Anwar merupakan satu-satunya tahanan dalam sel itu ketika tia barangan berkenaan diambil.
Beliau menegaskan hakikat ini mengesahkan penyumbang tidak dikenali ‘lelaki Y’ itu ialah Anwar.Maka ini menunjukkan ada kes[I]prima facie.
[/I]Menurut Yusof ujian yang dijalankan tidak boleh diragui.
Beliau juga mengemukakan laporan dari dua ahli kimia bebas mengenai hal berkenaan.
Profil DNA Lelaki Y diperoleh daripada air mani yang terdapat pada seluar dalam saksi utama dan pengadu, Saiful yang dianalisis oleh Dr Seah Lay Hong.
Analisis sementara profil DNA daripada ketiga-tiga barang bilik Anwar di bilik tahanan berkenaan diperiksa oleh Ahli Kimia, Nor Aidora Saedon.
Yusof juga mengetepikan dakwaan Karpal yang mengatakan Saiful bukan saksi yang berwibawa dan pakar-pakar yang menjalankan pemeriksaan DNA tidak cekap dan berat sebelah.
Malah, Karpal dalam hujjahnya terdahulu mendesak supaya Saiful dikenakan hukuman kerana berbohong di mahkamah dan dakwaan ke atas Anwar digugurkan..
Karpal mendakwa terdapat terlalu banyak elemen tidak konsisten antara tuduhan ke atas Anwar dan keterangan yang diberikan oleh Saiful. Karpal juga menuduh pakar-pakar kimia dan forensik yang menjadi saksi dalam kes berkenaan tidak cekap dan berat sebelah.
Menjawab hujah Karpal, Yusof berkata, kredibiliti Saiful sebagai saksi tidak boleh dipertikaikan kerana tidak ada satupun keterangannya yang menunjukkan ia tidak boleh dipercayai.
“Saksi-saksi pakar pula telah menjalankan tugas dengan cekap dan tiada bukti bahawa bahan-bahan bukti telah terjejas atau diusik semasa di bawah jagaan mereka.
Terdahulu, Karpal Singh dalam hujahnya juga mendakwa tindakan Saiful tidak melarikan diri walaupun mempunyai peluang berbuat demikian menunjukkan dia berbohong ketika mengatakan dia diliwat tanpa kerelaan.
“Persoalan sama ada dia buat dengan rela atau tidak tidak relevan. Apa yang penting ialah sama ada zakar dimasukkan ke dalam dubur. Kegagalan melarikan diri bukan bermakna dia rela untuk diliwat,” kata Yusof.
Yusof juga berkata, kenyataan Saiful mengenai penggunaan KY Jelly ketika diliwat telah dijelaskan dengan terang dan ia konsisten dengan situasi ketiadaan kecederaan pada dubur Saiful.
Yusof seterusnya berhujah bahawa kejadian liwat di Desa Damansara boleh dipercayai. Katanya, rakaman CCTV juga menunjukkan Saiful berada di tempat kejadian.
Perbicaraan kes liwat ini telah berlangsung 57 hari dan 71 nama telah dikemukakan sebagai saksi, tetapi hanya 27 dipanggil memberi keterangan. Ia juga telah ditunda sebanyak lima kali.
Yusof akan menyambung hujahnya 9 pagi esok. Selepas itu Karpal pula akan membuat hujah balas sebelum hakim menetapkan tarikh mengumumkan keputusan. – 25/04/11.[B] - OLEH NOOR HASILAH ISMAIL[/B]
amik cow....>>>http://bit.ly/f4AVQO