LAHANAT BETUL PARTI SYURGA ! ... PAS PERNAH TOLAK HAK SARAWAK SERTAI MALAYSIA ! ... SEBARKAN !
Rakyat Sarawak perlu menolak parti PAS sama sekali pada pilihanraya kali ini dan pada masa hadapan. Sejarah tidak akan sama sekali menipu ... kecuali parti PAS. Gerombolan inilah yang pernah menafikan hak rakyat Sarawak untuk menyertai Persekutuan Malaysia pada 27 Mei 1961. Tunku Abdul Rahman melalui penubuhan Jawatankuasa Perundingan Persekutuan Malaysia (JPPM) membawa gagasan ini ke Dewan Rakyat. Kesemuanya bersetuju kecuali parti PAS.
PAS menolak penyertaan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Persekutuan Malaysia melainkan jika dan hanya Indonesia turut sama menyertai pembentukan Persekutuan Malaysia 'Malaysia Raya'. Konfrontasi Indonesia melalui 'Ganyang Malaysia' adalah disebabkan pengaruh beberapa pemimpin parti PAS.
Dan kini, parti ini terhegeh hegeh mahukan rakyat Sarawak menyokong dan mengundi hanya semata mata mahu meluaskan pengaruh parti di Sarawak. Apa kebaikan dan jasa parti PAS selama ini kepada penduduk Sarawak?
GWM cukup yakin rakyat di Sarawak dan masyarakat Iban khususnya, belum tentu boleh melupakan betapa celuparnya mulut Presiden PAS Hadi Awang menghina martabat kaum itu. Hanya kerana kekalahan calon Pakatan Rakyat (PKR) Jawah Gerang di PRK Batang Ai pada tahun 2009, Hadi Awang begitu biadap dan tanpa befikiran waras merendahkan martabat kaum Iban.
Apakah justifikasi parti PAS bertanding di Sarawak sedangkan tidak ada sebarang perubahan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat mahupun parti PAS ... hanya sekadar bertanding untuk memenuhi syarat dan perjanjian di antara parti yang bergabung.
Tidak keterlaluan GWM mengandaikan, jika sekiranya ditakdirkan Pakatan Rakyat tewas teruk pada pilihanraya kali ini ... apakah tidak mungkin adanya pemimpin lain dari Pakatan Rakyat yang akan berterusan menghina rakyat Sarawak.
Tidak mustahil rakyat Sarawak akan disumpah pemimpin parti PAS sebagai tidak layak menduduki syurga ... jika tewas pada pilihanraya ini!
**Terima kasih Gelombang Wangsa Maju
0 Responses to Rakyat Serawak Ada Sebab Yang Kuat Untuk Tolak PASRAEL Dari Buminya.