PERKASA jangka 30,000 berhimpun di Kedah
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mahu kaum Cina dan India melihat dari sudut positif perjuangannya dalam mempertahankan hak orang Melayu di negara ini.
Yang Dipertua Perkasa Kedah, Syed Osman Mansor, berkata perjuangan PERKASA tidak dibuat secara tersembunyi malah ia akan terus mempertahankan kepentingan bangsa Melayu mengikut lunas undang-undang.
"Bangsa Melayu berpecah kerana politik, namun peningkatan kesepakatan mereka dapat dilihat melalui dua perhimpunan besar-besaran (anjuran Perkasa) di Pasir Mas, Kelantan dan di Pasir Salak, Perak tahun ini.
"PERKASA Kedah akan menganjurkan perhimpunan ketiga di Stadium Sultan Abdul Halim di sini Jumaat dan Sabtu," katanya kepada pemberita di Alor Setar hari ini.
Syed Osman berkata lebih 30,000 orang dijangka menghadiri perhimpunan dua hari itu.
Katanya PERKASA akan melancarkan kempen "1Bumi 1Melayu" pada Sabtu untuk menuntut hak Melayu secara terbuka.
--Bernama
Parkasa badan NGO pro aktiv.Malang UMNO nama sahaja parti melayu masih syok sendiri.Belum laju dan pantas.Lebih 50 tahun merdeka umno buat kerja undur kebelakang.Pemimpin UMNO Kedah tak ada vision.
Eh eh eh eh eh 30 ribu.betoi ke ni.Aku takut yg mai 3 ribu sahaja.
Non,
Sila senaraikan vision dari non sendiri untuk memperkasakan UMNO. errr selain teleVISION lah...
Anon, jom cukupkan jumlahnya.